DOKTOR PULA AKAN DIGANTUNG - Ref Malaysiakini

Doktor atau sesiapa juga yang membocorkan laporan perubatan Saiful Bukhari di Pusrawi sudah pasti akan digantung dari perkhidmatan atau dilucutkan kelayakan professionalnya jika beliau seorang doktor.

Maka melayanglah periuk nasi individu terbabit hanya semata-mata ingin menegakkan kebenaran yang Anwar tidak meliwat Saiful Bukhari. Betapa murninya dan dahsyatnya pengorbanan insan tersebut.

Namun rekod perubatan tersebut belum tentu dapat menyelamatkan Anwar kerana Kementerian Kesihatan akan membuat kenyataan bahawa kementerian hanya mengiktiraf hasil pemeriksaan perubatan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat penasihat PKR, di hospital Kuala Lumpur.

Demikian ditegaskan oleh ketua pengarahnya Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican hari ini.Kenyataan medianya hari ini sebagai mengulas kebocoran laporan perubatan pemuda itu yang dibuat lebih awal, pada 28 Jun, di Hospital Pusrawi.Menurut laporan yang dibuat oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid, tiada kesan-kesan Mohd Saiful diliwat.

Dr Mohd Ismail berkata pemeriksaan HKL dibuat mengikut aturan yang betul dengan menjaga sepenuhnya etika perubatan, kerahsiaan dan profesionalisme."Butiran hasil pemeriksaan itu tidak akan sekali-kali didedahkan kepada kakitangan atau jabatan yang tidak dibenarkan. Sesiapa pun tidak wajar membuat spekulasi atau membuat kesimpulan atau andaian tentang pemeriksaan perubatan itu," katanya seperti dilapor laman web The Star.
Beliau menambah, kementerian menyedari wujud satu laporan yang didakwa mengandungi butiran pemeriksaan terhadap bekas pembantu Anwar itu, dengan menambah hospital swasta itu akan dihubungi untuk memastikan kesahihan laporan tersebut dan bagaimana ia boleh terbocor kepada umum."Kami akan menyiasat sama ada terdapat protokol dan prosedur di institusi itu sebelum mengeluarkan rekod perubatan.
"Sama ada rekod itu sahih atau tidak, ia seharusnya dianggap sulit dan tidak boleh diedarkan (kepada umum)," Dr Mohd Ismail dipetik sebagai berkata. Tambahnya, tindakan boleh diambil kepada pihak hospital yang membocorkan rekod perubatan pesakitnya bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998.
Katanya, Majlis Perubatan Malaysia terkejut besar dengan penyebaran rekod perubatan itu di internet oleh seorang pengamal perubatan yang berdaftar. Kementerian mengingatkan kepada semua pengamal perubatan bahawa mereka tertakluk kepada tanggungjawab moral, etika dan perundangan untuk menjaga kerahsiaan seseorang pesakit.Maklumat pesakit tidak boleh didedahkan bila-bila masa pun tanpa kebenaran pesakit sendiri, tambah Dr Mohd Ismail.

Comments

Ang Nua Lee Wat said…
berani buat berani tanggunglah..