TAWARAN KEPADA KETUA MENTERI MELAKA UNTUK SERTAI PAKATAN RAKYAT - Ref Malaysiakini

Saya mempelawa Pengerusi Umno Melaka merangkap Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam menyertai Pakatan Rakyat. Dato' Seri Mohd Ali boleh memilih mana-mana parti yang beliau suka samada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS atau DAP.

Saya membuat tawaran ini kerana nampak tanda-tanda Mohd Ali inginkan perpaduan antara Umno dan PAS seperti yang beliau tulis dalam blognya baru-baru ini. Jadi oleh kerana PAS menolak kerjasama politik dengan Umno maka jalan untuk merealisasikan perpaduan ialah dengan cara ahli-ahli Umno menyertai PAS atau Parti-parti Pakatan Rakyat lain.

Jika Mohd Ali dan ADUN-ADUN BN lain menerima tawaran ini maka kita akan tentukan kemudian siapa yang akan jadi Ketua Menteri dan sudah pasti parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak akan menjadi Ketua Menteri dengan persetujuan Yang Dipertua Negeri Melaka.

Mohd Ali tidak perlu bimbang dengan jawatannya sekarang kerana Umno mempunyai paling banyak kerusi jadi kemungkinan besar beliau akan dikekalkan sebagai Ketua Menteri Pakatan Rakyat Melaka jika tawaran ini diterima.PAS dan PKR sendiri tiada sebarang kerusi di dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Jadi jika Mohd Ali dan rakan-rakannya menyertai PAS maka Mohd Ali akan menjadi Ketua Menteri atas tiket ADUN PAS atau sebaliknya beliau akan menjadi Ketua Menteri juga jika beliau menjadi ADUN DAP atau PKR.

Tidak perlulah Mohd Ali bimbang dengan jawatannya sekarang, beliau cuma tukar 'baju' sahaja.Kereta kerajaan, rumah kerajaan, elaun dan keistimewaan yang beliau perolehi kini masih kekal jika beliau menjadi Ketua Menteri kerajaan Pakatan Rakyat Melaka.

Cuma Mohd Ali mestilah bersedia untuk menerima agenda perjuangan Pakatan Rakyat iaitu mementingkan keadilan dan kebajikan rakyat. Agenda perjuangan ini bukanlah susah untuk diikuti kerana ianya selaras dengan tuntutan Islam dan kehendak rakyat.Saya bersedia untuk menjadi orang tengah bagi perundingan antara Mohd Ali dan pimpinan PAS dan PKR serta DAP jika Mohd Ali ingin menyertai Pakatan Rakyat.

Saya yakin kesemua pimpinan PAS, PKR dan DAP bersedia untuk menerima kemasukan Mohd Ali kedalam Pakatan Rakyat. Mohd Ali boleh menghubungi saya bila-bila masa melalui Pejabat PAS negeri di Semabok.

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka.

Comments

Unknown said…
Now we can see if UMNO is really sincere when they say they want to unite with PAS demi kepentingan Malay race and for Islam.

You will see.

When it comes to Johor, Melaka, Negri, Pahang and Trengganu, they will treat PAS like they have always treated PAS! Like Dirt!

Pls b careful PAS, dont get cheated again!!!!!
Hasbullah Pit said…
Apabila Ali Rustam mengatakan cadangan Tajol Rosli itu "munasabah" maksudnya dia sedia untuk menyerahkan jawatan KM kepada PAS.

Dia perlu melepaskan beberapa DUN dan jawatannya untuk untuk merelisasikannya
dariana said…
satu saranan yg munasabah.bilhikmah.
kadang2 org BN ni tak sedar apa yg dia kata.
dia ingat semua orang pendek akai sperti dia