SIAPA YANG MAHU KERJASAMA SIAPA YANG MAHU PECAHBELAH? ~ Ref Malaysiakini

ADUN BN Pulau Pinang tolak anggota jawatankuasa kerajaan negeri
Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang daripada Barisan Nasional menolak pelawaan kerajaan Pulau Pinang untuk menganggotai tiga jawatankuasa peringkat negeri kerana mahu melihat kemampuan sebenar kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan tugas mereka.
Jadi siapa sebenarnya yang tidak mahu kepada perpaduan dan kerjasama, Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional. Kerajaan menawarkan jawatan di dalam jawatankuasa tersebut, BN tolak, selepas tuduh kerajaan negeri tidak demoktratik.
Beginilah cara Umno dan BN berpolitik mereka langsung tidak memikirkan maslahat rakyat. Apa yang difikirkan hanyalah nafsu dan ego mereka sahaja.

Beberapa orang ADUN BN telah ditawarkan untuk jawatan tersebut antaranya ialah Ketua Pembangkang Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) selain kepada Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya), Datuk Mahmud Zakaria (BN-Sungai Acheh), Muhammad Farid Saad (BN-Pulau Betong), Syed Ameruddin Syed Ahmad (BN-Bayan Lepas) dan Jahara tetapi mereka menolak.
Namun yang sedihnya mereka menolak dengan pelbagai alasan yang menggelikan hati. Umpama surat tak sampai dan sebagainya.

"Kita sudah pun menghantar surat tetapi masih ada wakil pembangkang yang mendakwa tidak menerima surat tawaran itu. Ini membuktikan bahawa ADUN Barisan Nasional lebih mempertahankan keegoan daripada sanggup berkorban untuk rakyat," kata Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim.

Jawatan yang ditawarkan mereka tidak mahu, jawatan yang kita suruh mereka letak jawatan seperti Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mereka tak mahu lepaskan. Sehingga ini ADUN Permatang Berangan, Shahabudin Yahya tanpa segan silu terus menjadi Pengerusi MAIPP walaupun kerajaan negeri sudah bertukar. Memang muka tak malu.
Inilah cara Umno dan BN berpolitik iaitu cara berkonfrontasi dan mengikut nafsu dan tamak kuasa.

Comments