PTG PAUH : IMAM PIRDAUS MAHU MASUK KUBUR KALI KETIGA - Ref Malaysiakini

Imam 'Pencen' Masjid Negara, Pirdaus Ismail nampaknya memang muka tak malu menawarkan diri untuk bertanding sekali lagi di kerusi Parlimen Permatang Pauh. Rakyat Permatang Pauh sudah dua kali menolak beliau iaitu pada Pilihanraya Umum (PRU) 2004 dan 2008.

Imam Pencen tidak sedar sebenarnya rakyat Permatang Pauh takut kepadanya sebab beliau terkenal suka menyepak tak tentu pasal. Pada PRU 2004 peti undi menjadi mangsa sepakannya. Perangainya langsung tidak melambangkan beliau seorang Imam Pencen. Sepatutnya sebagai Imam Pencen beliau mesti menjaga akhlaqnya kerana perbuatannya sudah tentu menjadi teladan kepada orang lain.

Inilah masalah sebelum jadi ahli Umno perangainya elok tetapi bila dah jadi Umno perangainya berpusing menjadi 360 darjah. (Oleh itu jangan jadi ahli Umno atau penyokong Umno, buruk padahnya).

Hari ini Pirdaus tanpa segan silu dan dengan mukanya tidak bermaruah menawarkan diri sekali lagi untuk menentang Anwar. Lawan isteri Anwar pun engkau tergolek inikan pula lawan Anwar. Imam Pencen ini memang menggali kubur kali ketiga. Masalahnya dah dua kali tertonggeng masih belum serik. Inilah perangai yang diwarisi dari Umno iaitu pangkat dan kuasa serta kedudukan menjadi objektif utama. Kalau saya jadi Imam Pencen ini, lebih baik saya merayu pada Imam Hadhari supaya lantik saya jadi Senator ganti Mashitah. Senang tak payah bertanding boleh masuk kabinet. Tapi Imam Pencen ini nak glamour agaknya masuk kabinet dengan menang pilihanraya buka ikut pintu belakang macam Mashitah.

Namun Imam Pencen kena sedar selagi beliau bertanding di Permatang Pauh selagi itulah beliau kempunan untuk menang. Lainlah kalau beliau bertanding di Kepala Batas. Jadi saya sarankan kepada Imam Pencen ini supaya menggesa Imam Hadhari meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas dan beri peluang kepada Imam Pencen menggantikannya. (Kan elok tu sebab sama-sama Imam.) Imam Hadhari pun patut sedar bahawa rakyat telah menolaknya. Rakyat negerinya sendiri menolak Imam Hadhari sehingga negerinya sendiri dirampas oleh Pakatan Rakyat. Malulah sikit Imam Hadhari. Beri peluang kepada orang muda pula untuk menerajui negara.

Sekali lagi saya merayu kepada Imam Pencen Pirdaus supaya tak payah masuk bertandinglah kali ini, sebab takut kalah kali ketiga, nanti masuk kubur kali ketiga bila bangkit balik jadi 'hantu kubur' pula, susah orang kampung nak halau hantu kubur ini.

Comments

dariana said…
dua kali imam ditolak/tak dipilih oleh makmum, memang patut le tak payah jadi imam lagi.tak sah org2 yg di belakang mengikut atau meng'amin'kannya.

kata beliau wan azizah tak bertanggungjawab kpd rakyat yg memilihnya; bila pulak dia ni nak cek kelih tanggungjawab orang.imam patut tanggungjawab kat makmun dah lah, nasib badanlah bila makmun pulak tak suka imam ni.