BANTU ANWAR HABIS-HABISAN - SAIFUDDIN NASUTION ~ Ref Malaysiakini

Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution memohon seluruh rakyat Melaka khasnya turun habis-habisan membantu Anwar jika ditakdirkan pilihanraya kecil berlaku di Kulim-Bandar Baharu dan Anwar bertanding di kawasan tersebut.

Menurutnya BN sudah pasti akan mengerahkan seluruh bala tenteranya terdiri dari jentera kerajaan, samseng-samseng dan sebagainya demi untuk mengembalikan maruah mereka yang tercalar sejak Pilihanraya Umum ke 12 lalu. Oleh itu, katanya, Pakatan Rakyat juga mesti mengerahkan seluruh ahli-ahli dan penyokongnya untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut di samping memastikan Anwar menang dan masuk ke parlimen untuk mengetuai Pakatan Rakyat di parlimen.

"Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin telah bersetuju memberi laluan kepada Anwar untuk berdepan dengan calon BN di kawasan tersebut, malah PAS Kedah telah awal-awal lagi telah membuat kenyataan akan turun habis-habisan untuk membantu Anwar". "Umno dan Barisan Nasional cukup takut kalau-kalau Anwar dapat memasuki Parlimen sebab itulah pelbagai usaha dirancang untuk menghalang beliau" katanya yang juga merupakan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Beliau juga mendedahkan bahawa pelbagai usaha akan dilakukan oleh pihak tertentu untuk mengagalkan usaha Anwar untuk kembali ke parlimen dan akhirnya membentuk kerajaan pusat yang baru menjelang 16 September ini. Usaha pertama ialah menuduh beliau meliwat Saiful Bukhari Azlan dengan menjadi Saiful sebagai pelakon utamanya. "Tuduhan liwat merupakan usaha untuk menggagalkan perancangan Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan pusat".

"Kalau diibaratkan keretapi Butterworth ke Kuala Lumpur, keretapi kita sudah sampai ke Rawang dan tergelicir sedikit dari landasan, maka sudah tentu ia memakan masa untuk diperbaiki" . "Saya yakin keretapi kita akan sampai ke Kuala Lumpur dan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan baru menggantikan Barisan Nasional" tambah Saifudin.

Menurutnya Umno dan Barisan Nasional cukup takut kalau-kalau Anwar dapat memasuki Parlimen sebab itulah pelbagai usaha dirancang untuk menghalang beliau. Jadi usaha terakhir mereka untuk menghalang kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat ialah menghadapkan Anwar ke mahkamah dan hakim akan membuat keputusan tidak membenarkan Anwar diikat jamin.

"Kita kena ingat bahawa hakim adalah hakim politik, Peguam negara adalah lantikan politik, ini terbukti apabila perkara sama berlaku dalam kes liwat tahun 1998 dahulu"tambah Saifudin Ceramah beliau tersebut mendapat sambutan yang diluar dugaan apabila orang melimpah sehingga keluar dataran Pejabat PAS Bukit Katil.

Turut berceramah bersama beliau ialah Adly Zahari Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua Angkatan Muda Keadilan dan Yaakob Sapari Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Comments