.

.

10 April 2010

KETUA PENERANGAN UMNO TAK 'RETI' MATEMATIK

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, wajar Parlimen Hulu Selangor disandang oleh bukan Melayu memandangkan dua daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Hulu Selangor iaitu Hulu Bernam dan Batang Kali kini disandang pemimpin Melayu.

Katanya, oleh itu adalah wajar jika kerusi Parlimen diwakili oleh pemimpin bukan Melayu di samping DUN Kuala Kubu Bharu memandangkan jumlah pengundi Melayu dan bukan Melayu adalah seimbang

Saya rasa Ketua Penerangan Umno ini tidak tahu mengira dan tak pandai Matematik agaknya. Dia kata pengundi Bukan Melayu dan Melayu di Hulu Selangor seimbang. Dari mana dia belajar Matematik ini. Statistik menunjukkan kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus.

52.7% pengundi Melayu adalah lebih besar dari 47.3% pengundi Bukan Melayu. Takkan Ahmad Maslan tidak tahu angka 52.7 % lebih besar dari 47.3 %. Dari mana Mad Maslan ini belajar Matematik....anak saya yang PASTI pun tahu 52.7 lebih besar dari 47.3%. Saya cadangkan Mat Maslan masuk PASTI semula.

09 April 2010

UMNO'S CURRICULUM VITAE

UMNO’s Curriculum Vitae

Stadium Runtuh Jambatan Bengkok Barang Naik Roboh Masjid ADUN Lompat Syirik Depan Tugu Negara Penyiasat Bala hilang Di Mana Sharlinie Trajedi Kg Memali ISA Wilayah Pembangunan Iskandar Israel

Royalti Minyak Kelantan dan Trengganu Penghapusan Imuniti Raja-Raja Melayu Budak Tingkat Empat Mata Lebam Anwar Ibrahim Setinggan Kg Plentong Islam Hadhari PKFZ Sidang Bawah Pokok Kapal Selam tak boleh menyelam Minyak Naik Gaji Pekerja Estet RM350 Seleweng Duit PPRT Jual Saham BERNAS kepada tauke Hong Kong MAS Rugi Rizab Negara Merudum Makmal Komputer Runtuh PPSMI VK Lingam Correct Corect Correct Rampasan Kuasa Di Perak Jual Tanah Rizab Melayu Lina Joy Ahli Parlimen Lompat Akta Gaji Minimum Khir Toyo Hadiah Penyapu Pos Malaysia Rugi Ekuiti Bumiputra Masih 19% Kalimah Allah “Kami Mahu Idris,Natang” Tol Naik Tenaga Nasional Rugi Seleweng Subsidi Nelayan Enjin Jet Hilang Setinggan Kg Berembang APCO Rumah Khir Toyo RM27j DR M: UMNO Busuk Sampai ke Usus Speaker Haram Perak Trajedi Lubuk Merbau GST Tutup Sekolah Agama Rakyat SCOMI: Ular Lidi Telan Naga Jual Air Ke Singapura 3sen/1000 liter Altantuya Penyelewengan Dalam Felda Perisik Israel Dalam PDRM Arak Kepala Lembu Bakar Gereja RM52bilion Saham Melayu Hilang


Emailed by Nor Effendy Abdul Kadir

AMALAN KRONISME TERUS HANTUI MCA, RAKYAT MELUAT

Kalau pada zaman Ong Ka Ting, beliau melantik kroninya Ong Ka Chuan yang juga abangnya sebagai Setiausaha Agung MCA, kini Presiden baru MCA yang 'terkenal' Chua Soi Lek melantik anaknya Chua Tee Yong menganggotai Majlis Presiden Parti itu.\

Apakah Chua ingin menjadikan MCA sebagai parti keluarga?

Hari ini Presiden MCA itu menggemparkan ahli-ahli MCA terutama musuh dalamannya apabila mengumumkan anaknya itu yang juga Ahli Parlimen Labis sebagai anggota Majlis Presiden.

Tindakannya mengundang reaksi negatif di kalangan ahli dan pimpinan MCA dan juga di kalangan rakyat Malaysia keseluruhannya. Apakah MCA sudah ketandusan pemimpin sehingga Chua terpaksa melantik anaknya sendiri menjadi anggota Majlis Presiden yang berkuasa itu.

Atau apakah Chua ingin memastikan pengaruhnya bertambah kuat kerana sudah tentu beliau akan mendapat sokongan padu dari anak kesayangannya itu.

Selain melantik penyokong setianya ke jawatan utama, dia juga membuat kejutan dengan menamakan beberapa pemimpin persatuan dan dewan perniagaan Cina untuk menduduki majlis presiden.

Saya yakin tindakan beliau menyebabkan perpecahan di dalam MCA bertambah parah kerana sudah kelihatan bibit tidak baik menjadi bertambah teruk dengan amalan kronisme ini.

Pengundi Hulu Selangor diharapkan dapat membuat undi protes terhadap MCA dan Chua Soi Lek dengan mengundi calon PKR pada 25 April ini. Puak-puak memang patut diajar supaya mereka sedar bahawa rakyatlah sebenarnya yang berkuasa.

KEPUTUSAN PRU 2008 BANYAK SELAMATKAN RAKYAT

Keputusan PRU 2008 yang menyaksikan PR menafikan majoriti 2/3 BN banyak menyelamatkan rakyat dari menjadi mangsa kezaliman BN. Saya yakin jika BN menang besar pada PRU 2008, rakyat akan bertambah sengsara kerana sudah tentu akan berani melakukan apa sahaja kerana BN tahu rakyat tetap menyokong mereka walau apa pun mereka lakukan.

Namun oleh kerana BN melihat rakyat Malaysia sudah berani membuat perubahan, maka BN pada hari ini lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduk mereka. Dengan kehilangan majoriti 2/3 BN mula gusar dan tahu langit itu tinggi atau rendah. BN sekarang ini sentiasa mencari jalan terbaik bagi mengurangkan kemarahan rakyat. Tetapi pada masa yang sama BN masih tidak dapat membebaskan dirinya dari 'wirid' harian mereka iaitu rasuah, kronisme, menyalahgunakan kuasa, zalimi rakyat dengan ISA, diskriminasi negeri PR, meminggirkan hak asasi rakyat dan lain-lain. Jika BN masih tidak mahu berubah saya yakin rakyat akan mengubah kedudukan BN dari menjadi kerajaan kepada pembangkang pada PRU ketiga belas nanti.

Saya yakin dengan kesedaran rakyat sekarang BN tersungkur pada PRU 13 nanti.

Pada masa yang sama saya ingin ulangi apa yang saya katakan tadi bahawa jika tidak kerana keputusan PRU 12 dahulu yang menyaksikan kemenangan bergaya PKR, DAP dan PAS, BN akan melakukan perkara di bawah :-

1) Melaksanakan GST dalam masa terdekat.

2) Tarif elektrik dinaikkan dalam masa terdekat

3) BN akan meneruskan khidmat APCO SYARIKAT YAHUDI dalam mengendalikan sistem keselamatan PDRM. Negara berada dalam bahaya kerana rahsiah kita terdedah kepada musuh.

4) Kemungkinan harga minyak akan dinaikkan

5) Terus bermaharajalela dengan duit royalti petroleum dan tidak akan memberikan satu sen pun kepada Kelantan, Terengganu dan lain-lain

6) Terus mendiskriminasikan negeri Kelantan dan lain-lain.

7) Membiarkan harga barangan naik melambung tinggi.

8) Masalah rasuah dan jenayah akan lebih membarah.

9)Mengajar BN supaya tidak menyalagunakan kuasa dan harta rakyat dengan sewenang-wenangnya.

10)Maksiat akan lebih teruk kerana kerajaan akan terus membiarkannya malah mungkin menggalakkanya.

TAHNIAH SPR : TERPAKSA ADAKAN SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL

Saya mengucapkan tahniah kepada SPR kerana terpaksa mengadakan satu lagi Pilihanraya Kecil ekoran meninggalnya seorang lagi ahli Parlimen hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Sudah menjadi lumrah SPR bahawa bukan mudah untuk badan tersebut mengadakan pilihanraya kecil. Sudah banyak kali Speaker DUN mengisytiharkan kerusi DUN kosong tetapi SPR mencari helah agar pilihanraya kecil tidak diadakan. Antaranya di DUN Changkat Jering, Behrang, Jelapang dan Kota Seputeh.

Bagi SPR tugasnya bukan lagi mengendalikan pilihanraya tetapi sebuah badan yang mencari jalan supaya Pilihanraya tidak diadakan.

Kali ini SPR sekali tidak boleh berhelah kerusi kosong kali ini adalah bukan kerana perletakan jawatan tetapi kerana kematian. Maka SPR sudah tentu tidak ada kuasa untuk menyekat seseorang itu mati. Namun rasanya kalau boleh SPR ingin menghidupkan balik wakil rakyat yang meninggal dunia supaya tiada pilihanraya.

Untuk rekod Mendian Datuk Robert Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi Parlimen Sibu pada PRU 2008 lalu dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).


Sumber : Malaysiakini

23岁承包商半年获5千万工程 潘检伟揭巫统朋党享巨额合约


民主行动党八打灵再也北区国会议员潘俭伟今日针对财政部采购网站的奇怪账目,发出第三波攻势。他一连揭露4组巨额采购合约,怀疑获颁合约者都是巫统的朋党。

潘俭伟昨日已经引述网站资料,揭露政府耗资7792万令吉巨款,为一所登嘉楼国中兴建只供200人居住的学生宿舍,受益的承包商是一家名为Rafa Sepakat有限公司。不过,政府已在昨日更正有关数据,确实仅为大约780万令吉。

570万兴建宗教办公室

然而,掀起更多疑问的是,潘俭伟在采购网站上进一步搜查,获知该公司还另外获得数项大工程,在最近半年累计获得的合约总值5340万令吉。

他今午在国会走廊召开记者会说,该公司获得的其他采购合约包括了,以570万令吉在马樟兴建宗教场所的办公室等。

“我与另一个消息人士查获,该公司也获得登嘉楼州政府颁发,一个总值3990万令吉的房屋计划。”

2007年创立不曾有利润

最让人咂舌的是,经过潘俭伟向公司委员会追查后,该公司才在2007年12月成立,截至2008年12月31日前未有任何净收入。

“更有趣的是,该公司的66%大股东阿都拉曼(Abdul Rahman Abdul Ghani)在本月杪才23岁,意味着他成立公司时只有21岁!”

潘俭伟表示,本身并非质疑这名年纪轻轻的大股东的商才,但肯定的,执法单位必须深入调查这些资料。

巫统领袖获140万合约

潘俭伟根据采购网站资料,也揭露另外3组不同的问题合约:

—教育部针对彭亨州76所寄宿学校的膳食提供,总共颁出76项合约总共1亿2350万令吉,单项合约价从最低42万令吉到最高391万令吉。绝大多数的合约,都是颁给个人,而非公司。

潘俭伟指控其中一名获得合约者,是巫统马兰区部妇女组执委拉菲达(Rafidah Halib),合约值140万令吉。

近4000万购打印机器材

—警方拥有两项采购合约,用来购买佳能牌(canon)打印机的墨粉盒及打印带,分别值2540万令吉及1290万令吉。

潘俭伟指出,这笔价钱等同于,可为每名警员提供400令吉的预算,以购买打印机的墨粉盒及打印带。

促请公布所有采购详情

—国防部把一份总值8280万令吉的合约,颁给一家KDI Garment有限公司,用以购买防护衣。

潘俭伟向公司委员会调查后,发现该公司在2006年7月的收入只有175万令吉,净收入仅有1607令吉。

他促请纳吉履行承诺,公布所有政府部门的采购详情,以铲除政治恩庇文化。

“为了符合纳吉的‘现在表现’口号,只要我们一获得相关详情,就会在14天内公布所有可疑的朋党名单。”


当今大马

MYPROCUREMENT : ADA PORTAL TAPI PENUH DENGAN KECACATAN DAN KESANGSIAN

Hendak tergelak ada, marah pun ada. Manakan tidak, kerajaan membina Portal Myprocurement kononnya untuk memudahkan rakyat menyemak dan mendapat maklumat tentang kontrak-kontrak kerajaan. Namun info di dalam portal itu banyak yang salah dan tidak tepat. Ianya sungguh memalukan dan integritinya juga jelas boleh dipersoalkan.

Selain itu info di dalamnya juga mengelirukan serta menimbulkan kesangsian. Ia boleh menyebabkan kita semua mula syak wasangkan dengan ketelusan dan kredibiliti kerajaan dalam mengendalikan kontrak dan projek. Ada syarikat yang dilihat tidak dilayak menerima kontrak tertentu tetapi dianugerahkan dengan projek puluhan juta ringgit.

Saya mengharapkan kerajaan dapat memperbetulkan semua angka-angka yang salah di dalam portal tersebut di samping memberikan penjelasan terperinci mengapa syarikat-syarikat yang dipertikaikan itu diberi kontrak dan projek yang sebegitu besar.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendedahkan perkara di atas secara terperinci semalam. Sila Klik di sini untuk laporan lengkap.

PRK HULU SELANGOR : MASA UNTUK MENGAJAR BN (MCA/MIC/UMNO)

Saya menyeru kepada pengundi Hulu Selangor supaya bertindak bagi pihak rakyat Malaysia terhadap kebiadapan, kerakusan, kebobrokan dan penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh BN. Tindakan yang kami rakyat Malaysia tagih dari kawan-kawan di Hulu Selangor ialah menolak BN pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor nanti.

Mengapa kami amat memerlukan kengkawan di Hulu Selangor menolak BN? Jawapannya ialah kerana :-

1) Jika BN menang saya yakin GST akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

2) Jika BN menang saya yakin tarif elektrik akan dinaikkan dalam masa terdekat

3) Untuk mengajar BN betapa tergurisnya hati rakyat dengan tindakan mereka menggunakan khidmat APCO SYARIKAT YAHUDI dalam mengendalikan sistem keselamatan PDRM. Negara berada dalam bahaya kerana rahsiah kita terdedah kepada musuh.

4) Umno sendiri mengkhianati pengundi ahli Umno di Hulu Selangor dengan memfaraidkan kerusi Parlimen tersebut kepada MIC. Nota : Umno tidak pernah bertanding di Parlimen Hulu Selangor sejak PRU pertama.

5) Jika BN menang kemungkinan harga minyak akan dinaikkan

6) Mengajar BN supaya mengembalikan hak royalti petroleum kepada Kelantan, Terengganu dan lain-lain

7) Mengajar BN supaya tidak mendiskriminasikan negeri-negeri Pakatan Rakyat

8) Mengajar BN supaya bertanggungjawab dengan kesengsaraan rakyat akibat harga barangan yang melambung tinggi

9) Mengajar BN supaya serius menangani masalah rasuah dan jenayah. Bukannya membuat penyiasatan dan hukuman terpilih. Ikan Yu terlepas, ikan bilis dihukum.

10)Mengajar BN supaya tidak menyalagunakan kuasa dan harta rakyat dengan sewenang-wenangnya.

dan banyak lagi....

08 April 2010

TAHNIAH Datin Paduka Chew Mei Fun, ANDA MEMANG BERPRINSIP

Saya hormati keputusan Datin Paduka Chew Mei Fun kerana sanggup meletakkan semua jawatan beliau dalam kerajaan dan parti kerana tidak boleh menerima seorang yang terlibat dengan skandal memimpin parti MCA.

Terbukti beliau seorang yang berprinsip dan teguh pendiriannya.

Saya mencabar semua pemimpin MCA terutama Pergerakan Wanita MCA supaya mengikut jejak langkah Mei Fun kerana tidak ada gunanya berjuang dalam sebuah parti yang dipimpin oleh seorang yang tidak bermoral dan tidak berintegriti.

Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menolak parti yang dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai skandal dan kontroversi. Rakyat juga seharusnya memberi amaran kepada pemimpin-pemimpin bawahan parti-parti ini komponen BN supaya mereka sedar bahawa pemimpin parti mereka bermasalah dan wajar ditolak serta merta

Sebagai langkah pertama, rakyat Hulu Selangor mesti menggunakan kesempatan yang ada menolak calon BN pada , PRK Hulu Selangor pada 25 April. Berikan isyarat kepada mereka bahawa parti-parti komponen BN dan BN sendiri sudah tidak laku dan rakyat sudah muak dan mual dengan skandal, rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan sebagainya.


Sekali lagi syabas kepada Datin Paduka Chew Mei Fun. Saya syorkan kepada beliau supaya cepat-cepat menyertai PR supaya kita dapat sama-sama berjuang menyelamatkan Malaysia dari BN.

RAKYAT POHON KERAJAAN BN HALAU APCO SERTA MERTA

Kerajaan BN mesti memohon maaf kepada rakyat Malaysia serta merta kerana telah mengkhianati rakyat Malaysia keseluruhannya dengan menggunakan khidmat syarikat Yahudi dan bekas perisik Yahudi sebagai konsultan untuk Polis Diraja Malaysia sebagaimana dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PR yang lain.

Saya sebagai rakyat Malaysia tidak menghalalkan walau satu sen pun duit rakyat digunakan untuk membayar perkhidmatan APCO.

Sikap biadap dan kurang ajar kerajaan BN benar-benar mengguriskan hati rakyat Malaysia. Tergamak kerajaan BN menggunakan khidmat syarikat Yahudi yang mana negaranya Israel terkenal dengan kekejaman membunuh bayi, kanak-kanak, wanita, orang tua dan ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa. Umat Islam Palestin dilayan lebih teruk dari binatang. Nyawa mereka langsung tidak bernilai di sisi Israel.

Mengapa begitu buta hati dan mata serta pekak telinga pemimpin BN sehingga sanggup mengguriskan hati umat Islam Malaysia bahkan ianya sudah pasti mengguriskan hati umat Islam sedunia.

Kami rakyat Malaysia merayu kepada kerajaan supaya segera menghalau APCO dari bumi Malaysia serta merta.

KESIHAN UMNO TIDAK PERNAH BERTANDING PARLIMEN HULU SELANGOR

Setelah saya membuat sedikit penyelidikan saya mendapati bahawa Umno tidak pernah bertanding di Hulu Selangor walaupun pengundi Melayu adalah pengundi majoriti di Parlimen tersebut.

Sejak pilihanraya umum 1959 hingga 2008 Umno diketepikan di Hulu Selangor di mana hanya MCA dan MIC sahaja diberi peluang bertanding di Hulu Selangor. Mengapa begitu 'cerdik' pemimpin Umno sehingga sanggup memperdayakan ahli-ahli Umno Hulu Selangor yang tidak pernah diwakili oleh Ahli Parlimen Umno.

Kerusi ini difaraidkan kepada MCA sejak PRU 1959 hingga 1982. Manakala MIC di'sedekah'kan kerusi ini sejak 1986 hingga PRK 2010. Umno PUTIH MATA.

Jadi sudah sampai masanya pengundi Umno Hulu Selangor membuat undi protes terhadap BN dengan mengundi PKR pada Pilihanraya Kecil pada 25 April ini.

Untuk rekod di bawah ini saya catatkan nama-nama calon Perikatan/BN yang bertanding dari 1959 hingga 2008. TIDAK SEORANG PUN MEREKA DARI UMNO.

PRU 1959 Ong Yoke Lin

PRU 1964 Khaw Kai Boh

PRU 1969 Khaw Kai Boh

PRU 1974 Michael Chen

PRU 1978 Michael Chen Wing Sum

PRU 1982 Lee Hoo @ Lee Kim Sai

PRU 1986 S Subramaniam

PRU 1990 G Palanivel

PRU 1995 G. Palanivel

PRU 1999 G. Palanivel

PRU 2008 G Palanivel

PRK 2010 MIC 'jugek'

PRK HULU SELANGOR : MASA UNTUK UMNO UNDI PROTES

Najib sudah mengesahkan bahawa calon BN untuk PRK Hulu Selangor adalah dari MIC. Ini bermakna sekali lagi Umno berputih mata kempunan untuk bertanding di Hulu Selangor.
Mengapa begitu malang nasib orang Melayu Hulu Selangor khasnya Melayu Umno yang sering ditipu dan diperdaya oleh pemimpin mereka sendiri.
Dek kerana takut kepada MIC, pemimpin Melayu dalam Umno sanggup menggadaikan maruah ahli Umno Hulu Selangor. Kalau betul Umno waras dan berpegang kepada merit dan matematik mengapa MIC pula dipilih mewakili BN sedangkan bilangan pengundi Melayu jauh lebih ramai dari India. Malah jika dikirakan dari segi Matematik, MCA lebih layak bertanding di Hulu Selangor.

Matematik mana yang Umno pakai? Memang Umno jenis tidak 'reti' Matematik!!!!!!

Jadi saya cadangkan sebagai satu usaha untuk mengembalikan maruah ahli Umno Hulu Selangor mereka mesti mengundi PKR kali ini. Jika MIC tewas dengan majoriti besar kali ini nescaya PRU 13 nanti, Umno mempunyai peluang untuk dipilih bertanding di Hulu Selangor kerana MIC tidak boleh diharapkan lagi(tewas pada PRU 12 dan PRK 25 April ini). Maka mudahlah Umno membuat justifikasi untuk kerusi itu diserahkan kepada Umno.

Jika MIC/BN menang kali ini jangan harap MIC akan menyerahkan kembali kerusi ini kepada Umno....................pesanan saya ini kena ingat betul-betul

(Logikkan cadangan saya ini..................)

APCO : MANA HISHAMUDDIN, MENGAPA DIAM?

Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein dilihat tidak berani untuk bercakap secara telus, jujur, professional dan ikhlas tentang isu APCO. Sehingga ini saya tidak mendengar jawapan konkrit dan berfakta mengapa APCO syarikat Yahudi yang dianggotai Perisik Israel dibenarkan menjadi konsultan kepada sistem keselamatan milik PDRM.
Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri sepatutnya menjawab dan mengeluarkan fakta lengkap kepada parlimen dan rakyat supaya rakyat tahu kedudukan sebenar.
Sebagai rakyat Malaysia saya menuntut beliau keluar dari 'persembunyian' dan mengeluarkan kenyataan jawapan serta merta kepada pendedahan yang dibuat oleh Anwar dan PR.
Hati kami amat terguris dengan tindakan kerajaan BN yang sanggup 'engage' dengan APCO dalam soal-soal keselamatan. Sedangkan kita tahu Israel adalah pengganas yang badannya sahaja bersifat manusia tetapi perangai dan sifat mereka lebih jahat dan ganas dari binatang buas. Mengapa kerajaan BN sanggup melakukan semua ini, mesti ada sebab yang luar biasa yang rakyat mesti diberitahu dan berhak tahu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

LOMPAT PARTI : DAPAT HABUAN PERGI AMERIKA?

2 Ahli Parlimen Bebas, Zulkifli Nordin dan Zahrain Hashim yang melompat dari PKR didakwa mendapat habuan dipilih mengiringi Perdana Menteri ke Amerika Syarikat.
Mungkin ini antara siri 'sedekah' yang BN bagi kepada mereka....siapa tahu?
Kedua-dua mereka sebelum ini ahli PKR, akan ke Washington, Rabu depan bagi menyertai rombongan Malaysia ke Kaukus Kongres Amerika Syarikat.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berkata disebabkan kekerapan MP (Ahli Parlimen) pembangkang membuat undian secara blok (memerlukan kehadiran MP untuk mengundi) pada setiap kali sidang Parlimen, beliau memutuskan bahawa tiada MP Barisan Nasional yang akan dibawa keluar negara apabila parlimen bersidang.

Begitu juga, katanya, adalah tidak adil bagi memaksa MP pembangkang mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan ini kerana mereka sangat diperlukan untuk pengundian secara blok yang sering dicadangkan oleh PR.
Tahniah kepada Zul Nordin dan Zahrain kerana mendapat 'hadiah' tersebut. Pelik juga mengapa Pengerusi Perkasam, Ibrahim Ali dan beberapa 2 orang MP Bebas dari SAPP tidak boleh. Macam ada udang disebalik mee.............tuan-puan boleh fikir sendiri............

KEMELUT MCA BELUM TAMAT

Kemelut dalaman MCA masih belum tamat, Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun hari ini mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Ketua Wanita MCA.

Serentak dengan peletakan jawatan itu, Chew juga berkata dia akan melepaskan jawatan timbalan menteri wanita dan pembangunan masyarakat yang disandangnya.

Media dipetik berkata, beliau juga mengumumkan akan melepaskan jawatan senator.

Pada pemilihan parti itu pada 28 Mac lalu, Chew berikrar akan melepaskan semua jawatannya jika perwakilan MCA memilih Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terbabit dengan skandels seks DVD dilantik sebagai presiden.
Terbukti bahawa kemelut dalaman MCA tidak dapat diselesaikan meskipun Presiden baru telah dilantik. Majoriti ahli MCA dikatakan tidak dapat menerima kemenangan Soi Lek walaupun mereka tidak menunjukkan penentangan secara jelas dan nyata.

RM40 JUTA LAGI WANG RAKYAT HANGUS?

Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke bertanya tentang kemanakah perginya RM40 juta duit rakyat yang digunakan untuk memperbaiki sistem keselamatan Bangunan Parlimen.
Menurutnya beliau tidak nampak apa-apa sistem baru di'install' atau diupgrade di Bangunan Parlimen.
Apakah RM40 juta lagi duit rakyat hangus begitu sahaja?

BN BERPECAH, MCA KELUAR DEWAN ANGKARA UMNO PERLEKEH KAUM TIONGHUA

Tindakan Ketua MCA Bahagian Kapar bertindak keluar Dewan Persidangan pada Konvensyen BN jelas mencerminkan bahawa perpaduan dalam BN semakin hari semakin longgar. Semua ini gara-gara semangat perkauman dalam parti-parti komponen BN seperti Umno, MCA, MIC dan Gerakan.
Insiden sedikit sebanyak mencacatkan usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam.
Kira-kira 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu bersama Ketua mereka.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon oleh Malaysiakini berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hanyNONEa lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

Terbukti parti-parti komponen BN masih berjuang untuk kepentingan kaum dan parti masing-masing.
Mereka masih mengamalkan stail politik lama dengan mengapi-apikan semangat perkauman sempit masing-masing dan ini bertentangan dengan slogan retorik Najib, 1Malaysia.

Selain itu makluman dalaman BN juga menyatakan bahawa tindakan ahli MCA keluar dewan juga kerana tidak berpuashati dengan ucapan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Noh Omar yang mendakwa bahawa golongan bukan bumiputera bernasib baik diberi taraf kerakyatan Malaysia.
Selain itu Ketua MCA itu juga mendakwa kerusi-kerusi tetamu di atas pentas dikhas hanya untuk pimpinan Umno dan tetamu mereka sahaja.
Maka terbukti bahawa pemimpin-pemimpin BN mempunyai semangat perkauman yang sangat sempit sehingga mengguris hati rakan seketiduran mereka sendiri.

SAMPAI BILA LAPANGAN TERBANG BATU BERENDAM JADI GAJAH PUTIH?

Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat berkata kerajaan tidak ada kuasa untuk memaksa syarikat penerbitan seperti AirAsia, FireFly dan lain-lain untuk menyediakan perkhidmatan di Lapangan Terbang Batu Berendam.

Syarikat penerbangan akan menentukan samada operasi di sesebuah lapangan terbang itu perlu atau tidak berdasarkan kepada 'business decision' masing-masing.

Ong berkata demikian pada sessi soal jawab Dewan Rakyat pagi ini.

Dengan jawapannya maka fahamlah kita bahawa Lapangan Terbang Batu Berendam ini akan menjadi Gajah Putih sehingga ke suatu masa yang kita pun tidak pasti.

Apa yang boleh katakan ialah kerajaan sebenarnya telah gagal menjalankan kajian dan analisis yang baik sebelum membuat keputusan untuk menaiktaraf lapangan terbang. Apakah kerajaan tidak membuat terperinci dari segi komersial, business dan lain-lain.

Akhirnya duit rakyat hangus begitu sahaja. Walaupun lapangan terbang ini sudah dirasmikan sebanyak dua kali tetapi ianya masih sunyi sepi tiada kapalterbang komersil besar yang menggunakannya.

PRK HULU SELANGOR : SEKALI LAGI UMNO HULU SELANGOR DIHINA

Umno Hulu Selangor sekali lagi dihina apabila tuntutan mereka agar calon Umno diletakkan bertanding pada PRK Hulu Selangor ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Umno sendiri. Semalam Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Najib Razak mengumumkan calon MIC akan dipilih sekali lagi menjadi calon BN.
Maka musnahlah harapan Umno Hulu Selangor untuk bertapak semula di Parlimen Hulu Selangor.
Kalau sebelum ini Umno Hulu Selangor bukan lantang menentang pemilihan calon MIC mewakili BN kini mereka sudah longlai dan sayu. Akur sahaja dengan keputusan pimpinan mereka sendiri. Inilah sifat ahli Umno takut untuk menongkah arus menegakkan kebenaran dan kemahuan mereka kepada pimpinan. Mereka hanyalah 'Yes Man' mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh pimpinan. Seolah-olah keputusan pimpinan mereka sama taraf dengan wahyu Allah. Malah lebih teruk lagi kadang-kadang wahyu Allah mereka berani sanggah tetapi keputusan pimpinan mereka tidak berani untuk sanggah walaupun bertentangan dengan Islam.
Mungkin pimpinan Umno Hulu Selangor sudah termakan pujuk ..................
Media hari ini melaporkan bahawa Umno Bahagian Hulu Selangor menyokong penuh keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Najib Razak bahawa calon MIC akan bertanding mewakili BN pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.
Saya sedang menanti komen dari Pengerusi 'Perkasam' tentang keputusan Najib memilih MIC mewakili BN di Hulu Selangor.

PRK HULU SELANGOR : BN HILANG DEPOSIT

Dengan hanya memperolehi 15 undian atau 6 % dari keseluruhan 215 undian, maka dengan ini diisytiharkan BN hilang wang pertaruhan (deposit) pada 'Poll' yang dijalankan di blog ini. 'Poll' ini yang dijalankan selama seminggu memperlihatkan bahawa para tetamu yakin PKR akan menang.
Bebas juga hilang deposit dengan hanya memperolehi 6 undian atau kira-kira 2 % dari keseluruhan undian.

PRK HULU SELANGOR : PKR MENANG BERGAYA

PKR berjaya menewaskan BN pada Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Itu adalah keputusan 'Poll' Blog ini yang saya jalankan selama seminggu di mana 215 tetamu telah menyertai 'Poll' tersebut.
PKR telah mendapat 194 undian atau 90%; BN hanya memperolehi 15 undian (6 %) manakala Bebas dengan 6 undian (2 %) undi.
Dari keputusan ternyata para tetamu blog ini yakin PKR akan menang. 'Poll' ini menunjukkan BN dan Bebas hilang deposit.

07 April 2010

MIC SAH TANDING DI HULU SELANGOR, APA KOMEN PERKASAM

Perdana Menteri, Najib Razak mengesahkan kerusi Hulu Selangor akan ditandingi oleh seorang calon daripada MIC.

Namun, beliau tidak mengumumkan siapa calon daripada MIC yang bakal merebut kerusi itu.

DENGAN INI SAYA MENGGESA IBRAHIM ALI DAN 'PERKASAM' MEMBUAT KETETAPAN DENGAN KEPUTUSAN BN ITU, KERANA JELAS BN TELAH MEMBELAKANGKAN KEPENTINGAN MELAYU YANG DIPERJUANGKAN OLEH PERKASAM SELAMA INI. MANA MUNGKIN UMNO BOLEH MENGGADAIKAN SEMANGAT MELAYU YANG DIPERJUANGKAN OLEH 'PERKASAM'

SAYA SEDANG MENUNGGU KOMEN 'PERKASAM'.


UMNO APCO, UMNO APCO

Ahli-ahli Parlimen menjerit Umno APCO dan APCO Umno dalam Sidang Parlimen sebentar tadi. Insiden ini berlaku selepas Parlimen membuat Usul untuk merujukkan Ahli Parlimen Pokok Sena ke Jawatankuasa Khas Hak dan Kebebasan kerana dituduh menuduh Umno itu APCO.
Perkara ini menyebabkan berlaku kekecohan dalam Sidang tersebut sehingga ianya berlarutan beberapa ketika.
Ahli-ahli Parlimen PR berang kerana usul tersebut dikenakan ke atas Ahli Parlimen Pokok Sena dan usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kuala Kurau mengikut perkara 36(12) dan diluluskan dengan surau majoriti.
Semua Ahli Parlimen PR menjerit beramai-ramai APCO UMNO, UMNO APCO.
Selepas itu berlaku pula pertikaian di mana Ahli Parlimen mempetikaikan keputusan Timbalan Speaker terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena. Tiada keputusan yang jelas dikeluarkan oleh Dewan. Timbalan Speaker jelas keliru dan berdolak dalik dalam menentukan keputusan ke atas Ahli Parlimen Pokok Sena.

Akhirnya kerana gagal membuat keputusan tepat dan kemarahan Ahli Parlimen PR terus meluap-luap Timbalan Speaker, Wan Junaidi menangguhkan Sidang selama 15 minit.

MALANG BAGI UMAT ISLAM MALAYSIA : WANG JUDI DIGUNAKAN UNTUK BIAYAI PROGRAM KEBAJIKAN

Timbalan Menteri Kewangan Chor Chee Heung memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa jumlah hasil judi sebanyak RM1.199 bilion (2009) digunakan antaranya untuk membiayai program KEBAJIKAN, sukan dan lain-lain.
Kerajaan BN benar-benar tidak bertanggungjawab apabila menggunakan WANG HARAM hasil judi ini untuk program KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT.
Saya sangat kesal dengan tindakan kerajaan BN yang dipimpin oleh orang yang mengaku Islam tetapi sanggup membiarkan rakyat bergelumang dengan WANG HARAM hasil judi.
SUDAH SAMPAI MASANYA KERAJAAN BN INI DITUMBANGKAN PADA PRU 13 NANTI. PALING PENTING SEKARANG, PENGUNDI HULU SELANGOR MESTI MENGAJAR BN SEKALI LAGI PADA 25 APRIL INI.

RM1.199 BILION WANG HASIL CABUTAN 6 PROGRAM JUDI

Timbalan Menteri Kewangan, Chor Chee Heung memberitahu Dewan Rakyat bahawa sejumlah RM1.199 bilion wang hasil judi dipungut pada tahun lepas hasil dari cabutan 6 Operator Judi antaranya Sport Toto, Magnum dan lain-lain.
Wang sebanyak itu tidak termasuk hasil dari Pusat Judi di Genting.
Terbukti begitu banyak hasil judi diperolehi oleh kerajaan. Mungkin kerana terlampau banyak duit judi yang diperolehi maka kerajaan tidak bersedia untuk membatalkan semua lesen judi ini.
Malang sekali sebuah negara yang rakyatnya majoriti orang Islam sanggup makan hasil judi.

SEORANG LAGI AHLI PARLIMEN PKR KELUAR PARTI?

Melihat kepada tindakan dan cara Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong mengkritik pemimpin PKR secara terbuka kemungkinan besar beliau juga akan masuk kumpulan 'katak' lompat tidak lama lagi.
Sudah berkali-kali beliau mengkritik pemimpin PKR secara terbuka. Semalam beliau dengan berani menamakan Tian Chua sebagai Napoleon Kecil yang mencemarkan nama baik parti.
Choo Keong berkata, Ahli Parlimen Batu itu yang terbabit melakukan teknik pertindihan pada gambar pemimpin negara dan menyebarkannya bagi tujuan memfitnah, lebih wajar diambil tindakan disiplin.

Menurutnya ada ramai lagi 'Napoleon kecil' dalam parti. Lebih lima orang.

Katanya, beliau akan menamakan mereka bila tiba masanya sekiranya mereka masih tidak berubah sikap.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen semalam.

Nampaknya gayanya Wee juga condong untuk mengikut jejak langkah 3 orang rakannya sebelum ini yang menyertai kumpulan 'parti' Presiden Perkasam.

Mungkin juga Wee menanti masa untuk mengumumkannya semasa kempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

HUTANG NEGARA MENGGUNUNG KERANA BN PANDAI MEMERINTAH

Oleh kerana kerajaan BN begitu cekap dan pandai memerintah maka hutang negara meningkat 400 % dari tahun 1997 hingga Disember 2009.

Pada tahun 1997 hutang negara berjumlah RM90 billion meningkat kepada RM360.2 billion pada Disember 2009.

Begitu juga negeri-negeri yang ditadbir oleh BN sebelum ini. Apabila Kerajaan PR mengambilalih pemerintahan kerajaan negeri-negeri tersebut kita terpaksa membayar hutang yang ditinggalkan oleh BN contohnya Kelantan, Kedah dan Terengganu (1999) serta lain-lain.

Inilah bukti Kerajaan BN sangat pandai memerintah ...............HUTANG SEKELILING PINGGANG.

Anwar Dedah PDRM Diresapi Perisik Israel - TV Selangor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan kewujudan perisik Israel dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara berkenaan telah disahkan sendiri oleh cawangan khas Bukit Aman, malah Anwar turut mengemukakan beberapa dokumen bagi menyokong dakwaannya itu.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga menamakan sebuah syarikat yang terbabit yang dikatakan berpangkalan di Israel.

Beliau bercakap ketika membahaskan bajet tambahan Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat.

Ini, katanya, membuktikan maklumat negara telahpun dijual kepada ejen asing dan menunjukkan sikap kerajaan yang bermuka-muka.

Anwar turut menyindir kerajaan Umno BN kerana mendakwa tidak mengiktiraf Israel tapi bersekongkol dengan rejim Zionis yang kejam.

Beliau mendedahkan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd, sebuah syarikat itu milik penuh Asiasoft Pte. Ltd berpengkalan di Singapura.

Nilai penuh tender yang diberi kerajaan Malaysia iRM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Kecurigaan timbul berikutan peranan ‘individu’ yang membina sistem itu kerana dikenal pasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai pengatur cara atau programmer semasa di Israel, bernama Izhak David Naskar, seorang warganegara Israel.

Izhak adalah ‘pakar’ sistem komputer yang memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel dan bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang lebih mencurigakan kerana bertindak sebagai ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak.

Malah, Ido didakwa masih lagi seorang tentera Israel yang sah.

Sumber : TV Selangor

407 ORANG BAYI DIBUANG DARI 2005-2009

Statistik terkini kes pembuangan di seluruh negara dari tahun 2005 hingga Disember 2009 ialah seramai 407 orang.

Manakala kes penderaan bayi ialah 10,758 kes.

Kedua-dua statistik amat merunsingkan kita semua kerana ianya meningkat dari sehari ke sehari. Namun begitu sehingga kini kerajaan masih belum berjaya menyakinkan rakyat tentang bagaimana untuk mengatasi perkara ini.

4,306,203 RAKYAT BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH

Kira-kira 27.8 % atau 4,306,203 orang rakyat yang layak mengundi masih belum mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi.
Mengikut statistik terkini, seramai 15,470,032 orang rakyat Malaysia adalah berumur 21 tahun ke atas dan mereka ini layak mengundi. Hanya 11,163,409 orang sahaja yang telah menunaikan tanggungjawab mereka mendaftar sebagai pemilih sah.
Saya menyeru SPR berusaha bersungguh-sungguh untuk mendaftarkan rakyat yang masih belum mendaftarkan diri mereka.
Cadangan saya konsisten iaitu kerajaan mesti menggubal undang-undang dengan mewajibkan rakyat mendaftar diri mereka sebagai pemilih dan juga menjalankan pendaftaran automatik di mana semua rakyat yang berumur 21 tahun secara automatik menjadi pemilih sah.

SYARIKAT RUGI RAKYAT JADI MANGSA

Setiap kali syarikat tertentu mengalami kerugian, rakyat akan menjadi mangsa. Kerajaan pula menyokong tindakan syarikat terbabit. Begitu mudah syarikat-syarikat tersebut mencari jalan penyelesaian iaitu memangsakan rakyat. Lebih malang syarikat-syarikat GLC tersebut akan mengadu kepada kerajaan bagi menaikkan caj perkhidmatan mereka dan kerajaan akan bersetuju dengan rayuan mereka.
Terbukti kerajaan BN yang ada tidak peka kepada masalah dan penderitaan rakyat yang semakin hari semakin tertekan dengan kos hidup yang meningkat.
Semalam Pos Malaysia mengumumkan bahawa harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuatkuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya.
Mudah sungguh cara mereka berniaga, asal rugi sahaja naikkan harga dan rakyat menjadi mangsa.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Syed Faisal Albar, berkata kenaikan itu akan memberikan dana tambahan bagi Pos Malaysia menyediakan perkhidmatan yang lebih berkualiti, setara dengan amalan terbaik antarabangsa.

AHLI PARLIMEN BN MENIKUS BERKENAAN ISU APCO

Semalam Anwar pada Sidang Parlimen membongkar beberapa perkara yang cukup menyayat hati kita semua dalam isu pembabitan APCO dan beberapa orang Yahudi yang diberikan kontrak sebagai Konsultant di Bukit Aman.
Anwar dengan jelas memberikan nama, surat dan tarikh yang lengkap tentang pertemuan, mesyuarat dan dokumen yang digunakan dalam isu tersebut. Beberapa pegawai-pegawai atasan dan menteri juga disebut oleh Anwar.
Menurut beliau mempunyai maklumat yang lebih banyak tetapi cukup sekadar itu dahulu kerana beliau mahu melihat reaksi dan jawapan dari Menteri Dalam Negeri.
Lebih menarik lagi kalau sebelum ini Ahli Parlimen BN termasuk Khairy Jamaluddin dan Tajuddin Abdul Rahman begitu lantang membidas Anwar, tetapi semalam mereka menikus mungkin kerana tidak menyangka Anwar mempunyai bukti dan fakta yang lengkap seperti itu.

Mereka bagaikan cacing kepanasan dan terpaksa menikus kerana tidak mempunyai idea untuk menjawab masalah yang serius begitu.
Beberapa Ahli Parlimen PR yang mencelah mengajak seluruh Ahli Parlimen BN supaya sama-sama menyokong agar kontrak APCO dan kuncu-kuncunya dibatalkan serta merta. Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifli Ahmad dengan nada yang syahdu dan lembut mengajak semua Ahli Parlimen tanpa mengira parti supaya bersatu membantah dan tindakan kerajaan dan sama mendesak agar kontrak itu (jika ada) dibatalkan dengan serta merta.

06 April 2010

NEGERI DIPERINTAH BN SANGAT MAJU SEHINGGA ADA KAMPUNG TIADA AIR DAN ELEKTRIK

Hebat sungguh negeri yang diperintah oleh BN berbanding dengan negeri yang diperintah PR. Buktinya media melaporkan bahawa penduduk yang merupakan perintis di Kampung Tudan, dalam kawasan Miri masih tiada memperolehi nikmat air bersih dan bekalan elektrik.

Penduduk kampung itu yang dibuka kira-kira 20 tahun lalu memberitahu bahawa kerajaan BN sehingga kini gagal menyalurkan bekalan air bersih dan elektrik kepada mereka. Amat malang sekali bagi penduduk Kampung Tudan ini kerana pemimpin BN di negeri Sarawak kaya raya dan hidup senang lenang tetapi rakyat masih dhaif dan miskin.
Inilah fenomena yang berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh BN. Mereka sibuk menuding jari menuduh negeri-negeri PR miskin dan rakyatnya susah sedangkan negeri-negeri merekalah yang teruk dan rakyatnya susah dan miskin.

PRK HULU SELANGOR : UMNO BERLAPIK TOLAK MIC

Ternyata ahli Umno tidak mahu menerima calon MIC untuk dicalonkan mewakili BN di Hulu Selangor. Sudah berpuluh kali Umno Hulu Selangor menyuarakan penolakan terhadap pencalonan MIC.
Hari ini sekali lagi mereka mengulanginya tetapi secara berlapik padahal sebenarnya mereka menolak MIC secara total.
Seorang pemimpin Umno cawangan Bahagian Hulu Selangor hari ini berkata ahli akar umbi Umno boleh mempertimbangkan MIC meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor, tetapi bukan timbalan presidennya G Palanivel.

Menurutnya Palanivel "tidak menunaikan janji dan (rakyat) sudah hilang kepercayaan kepadanya, katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Rupanya ahli-ahli Umno baru sedar bahawa Palanivel tidak menunaikan janji-janjinya sebelum ini. Tetapi mengapa mereka masih mengundi Palanivel pada PRU 12 sehingga nyaris-nyaris Palanivel menang. Cakap tak serupa bikin

MARAHKAN ISRAEL BUNUH RAKYAT PALESTIN, TAPI BIADAP DEDAHKAN KESELAMATAN NEGARA PADA SYARIKAT YAHUDI

Terbukti kerajaan BN biadap dan mengguriskan hati rakyat Malaysia apabila membenarkan syarikat Yahudi menjadi syarikat yang mengendalikan sistem keselamatan di pejabat PDRM Bukit Aman.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan segala tarikh dan surat yang melibatkan komunikasi syarikat Yahudi dan kerajaan dan PDRM pada Sidang Parlimen sebentar tadi.
Anwar juga mendedahkan segala pendedahan, surat dan dokumen Bahagian Logistik, Cawangan Khas PDRM dan lain-lain.

MAFREL KUDA TUNGGANGAN PR, SPR KELDAI TUNGGANGAN SIAPA?

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali AlHabshee berkata, Mafrel dinasihatkan supaya tidak menjadi 'penyibuk bermusim' sebaliknya melaksanakan tugas sebagai pemantau yang adil.

Katanya, setiap kali berlaku pilihan raya, Mafrel dilihat sibuk membuat bermacam-macam kenyataan mengkritik yang menggambarkan kerajaan tidak telus.

Menurutnya, ia termasuklah mendesak SPR mengambil tindakan tegas terhadap kerajaan BN yang kononnya tidak telus dan menyalahgunakan kuasa.

Syed Ali mendakwa Mafrel sebenarnya badan bebas yang menjadi kuda tunggangan pihak pembangkang iaitu sibuknya hanya bermusim, sekadar untuk memanaskan badan sahaja.

Kenyataan yang dibuat di Kuala Lumpur semalam, saya petik dari Kitab Umno yang muktabar iaitu Utusan Meloya.

Kalau Mafrel didakwa sebagai Kuda Tunggangan Pembangkang (PR), SPR pula menjadi Keldai Tunggangan Siapa???

Tindak tanduk SPR yang jelas berpihak dan tidak bertindak secara adil dalam banyak tindakan kebelakangan ini jelas membuktikan ianya menjadi Keldai Tunggangan pihak-pihak tertentu yang semua orang tahu siapa pihak tertentu itu.

PRK HULU SELANGOR : UNDANG-UNDANG DILANGGAR, PERATURAN DISANGGAH

Memang sudah menjadi resam dan adat Umno BN melanggar dan menyanggah undang-undang yang dicipta mereka sendiri. Jika mereka tidak berbuat demikian itu menandakan mereka buang tabiat. Undang-undang dan peraturan seolah-olah bukan untuk mereka tetapi untuk orang lain. Mereka 'imune', kebal dan tidak 'makan' undang-undang.
Sebab itulah awal-awal lagi sehari dua selepas Ahli Parlimen Hulu Selangor meninggal, BN telah melanggar undang-undang.
Buktinya jelas, Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2006) yang menyebut seseorang didapati bersalah jika melakukan sogokan sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung.
Dua hari secara jelas dan terang orang No 1 dan No 2 Umno/BN menyogok rakyat dengan janji pembangunan berupa sekolah, rumah dan lain-lain kepada rakyat di Hulu Selangor. Tidakkah ini bertentangan dengan Akta di atas?
Malangnya SPR turut bersekongkol dengan 'Imam 1Malaysia' ini apabila tidak ada satu tindakan konkrit diambil ke atas mereka.
Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi amaran kepada semua pihak supaya berhenti berkempen kerana pilihan raya kecil Hulu Selangor masih belum bermula lagi, namun itu hanyalah lakonan semata-mata kerana ianya tidak disusuli dengan tindakan tegas.

Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar sebelum itu berkata, kempen tidak boleh dijalankan kerana tempoh rasmi berkempen hanya bermula selepas selesai tempoh penamaan calon iaitu pada 17 April.
Terbukti BN bukan sahaja berkempen awal tetapi menggunakan kaedah sogokan rasuah pembangunan yang jelas bertentangan dengan Akta dan Peraturan Suruhanjaya Pilihanraya.

Saya menggesa SPR supaya bertindak tegas bagi menangani masalah kebobrokan BN yang membelakangkan undang-undang dan peraturan ciptaan mereka sendiri.

05 April 2010

'PERKASAM' MARAHKAN MCA DAN GERAKAN

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) atau saya panggil dengan gelaran Perkasam akan mengumumkan tindakan lanjut terhadap dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua akhbar Cina kerana gagal memohon maaf secara terbuka.

Marah betul Perkasam kepada 2 pemimpin parti komponen BN itu. Saya hendak lihat apa agaknya yang Perkasam lakukan terhadap 'musuh'nya itu.

Selain itu saya juga sedang menanti apa tindakan Perkasam akan lakukan jika BN mencalonkan Palanivel dari MIC untuk bertanding di Hulu Selangor sedangkan kawasan itu majoritinya adalah pengundi Melayu.

Kalau cakap berdegar-degar memperjuangkan Melayu tetapi senyap sunyi bila MIC dipilih di kawasan majori Melayu, baik tidak payah berjuang dengan semangat perkauman Melayu sempit.

Melihat kepada gelagar Perkasam saya beranggapan Perkasam akan akur kepada Najib dan Umno kerana saya dapat apa sebenarnya agenda perjuangan Pengerusi Perkasam.

PRK HULU SELANGOR : UMNO 'GERTAK' BN?

Naib ketua bahagian Hulu Selangor Adnan Buyong berkata, tuntutan supaya calon Umno diturunkan di Hulu Selangor melalui satu memorandum pada 30 Mac lalu bukan mewakili hasrat mereka sahaja, tetapi kehendak rakyat Hulu Selangor secara keseluruhannya.

Adnan berkata sampai sekarang di kedai-kedai kopi, orang bercakap hendak calon Melayu, katanya yang saya petik dari Malaysiakini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, “berkemungkinan besar” calon BN di Hulu Selangor dipilih daripada MIC.
Dalam nada yang penuh bermakna Adnan seterusnya berkata ahli Umno akan menerima siapa sahaja yang diputuskan parti, tetapi ahli parti hanya mewakili 20 peratus daripada pengundi sedangkan jumlah pengundi di sana lebih dari 63,000.

Menurutnya penolakan rakyat kepada calon MIC tidak diketahui walaupun mungkin ahli Umno akan menerima Palanivel.
Nampak dari cara beliau bercakap semacam ada gertakan dan amaran yang beliau berikan kepada pimpinan BN supaya memilih calon Umno.

MENANG DI HULU SELANGOR : PR MESTI DAPAT 45 % PENGUNDI MELAYU DAN INDA SERTA 65 % PENGUNDI CINA

Untuk menang PR mesti mendapat sekurang-kurangnya 45 % pengundi Melayu, 65 % pengundi Tionghua dan 45 % pengundi India. Angka di atas bukan satu angka yang mustahil dan tidak masuk akal.
Melihat kepada senario dan situasi terkini dewasa ini, saya yakin pemimpinan PR sudah mencongak strategi dan taktik untuk mendapat peratusan pengundi minima sebagaimana formula 65 : 45 : 45.
Andaikata semuanya berjalan lancar saya yakin BN akan berputih mata selagi lagi. Lebih memeritkan BN ialah petunjuk awal yang memberikan isyarat bahawa ramai pengundi Melayu dan Cina sudah jemu dengan taktik pecah dan perintah BN. Mereka juga bosan dengan isu perkauman sempit yang dimainkan oleh Umno melalui Perkasa sehingga ramai yang semakin meluat dengan Umno dan BN.
Pengundi Cina juga sudah hilang keyakinan dengan MCA. Pemilihan Chua Soi Lek sebagai Presiden MCA menimbulkan rasa ragu dan marah di kalangan rakyat keturunan Cina. Bagi mereka pemilihan Soi Lek seolah-olah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia kerana di sana ada pilihan lain yang lebih baik dari Soi Lek, mengapa MCA masih mahu memilih pemimpin seperti Soi Lek.

PRK HULU SELANGOR : NAJIB KURANG YAKIN

Dari nada kenyataan Najib semalam, dapat ditafsirkan bahawa beliau tidak yakin 100% bahawa BN akan menang di Hulu Selangor. Kalau BN benar-benar kuat saya pasti nada kenyataan Najib akan berlainan.

Semalam Najib berkata sementara BN mahu memenangi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor, ukuran sebenarnya adalah pilihan raya umum.

Pilihan raya kecil adalah hanya pilihan raya kecil dan petunjuk sebenarnya adalah pilihan raya umum.
Itu kenyataannya ketika ditanya jika beliau ingin menjadikan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai satu ukuran sokongan kepada kerajaan.
Memang dijangkakan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sememangnya sengit kerana keputusan PRU 12 membuktikan apa-apa pun boleh berlaku. Walaupun BN menang di kesemua 3 DUN tetapi mereka tewas di Kerusi Parlimen.
Saya yakin jika pihak berkuasa berlaku adil, telus dan tidak berpihak Pilihanraya Kecil ini akan bertambah sengit dan kedua-dua pihak peluang yang sama untuk menang.

PRK HULU SELANGOR UNIK

Pilihanraya kecil P.094 Hulu Selangor adalah PRK yang unik memandangkan aliran kecenderungan pengundi yang pelbagai. Ini terbukti dalam keputusan yang berbeza antara P094 Hulu Selangor dengan 3 DUN yang terdapat di dalamnya.

Pakatan Rakyat berjaya menawan kerusi Parlimen sebaliknya Barisan Nasional mengekalkan status quonya di ketiga2 kerusi DUN, N05 Hulu Bernam, N06 Kuala Kubu Bharu dan N07 Batang Kali.

Majoriti yang diperolehi di ketiga-tiga DUN ini berjumlah 6176 undi. Sebaliknya di peringkat Parlimen PR masih berupaya memenanginya dengan majoriti yang sangat tipis 198 undi.

Saya akan cuba berkongsi pendapat dan menganalisis keunikan ini dengan menumpukan kepada prestasi PR dan BN di 3 DUN ini pada pilihanraya ke12 yang lepas dan membandingkannya dengan prestasi mereka pada peringkat Parlimen. Akhirnya, beberapa rumusan dan persoalan secara kasar akan cuba digali keluar untuk mendapatkan sudut pandangan tentang bagaimana strategi harus digunakan.

N.05 Hulu Bernam

Bangsa Jumlah Pengundi %

Melayu 11880 67.7, Cina 3018 17.2, India 2456 14, Lain-lain 195 1.1

Jumlah 17549

Keputusan:

BN - 7985; PAS - 4435; % Keluar Mengundi: 72.59; Undi Rosak : 318 (2.5%)

Majoriti : 3459

N.06 Kuala Kubu Bharu

Bangsa, Jumlah Pengundi %

Melayu 5882 32.3; Cina 8286 45.5; India 3915 21.5; Lain-lain 129 0.7 ; Jumlah 18083 Keputusan:

BN - 6555; DAP - 6107; % Keluar Mengundi: 72.54; Undi Rosak: 549 (4.1%)

Majoriti : 448

N.07 Batang Kali

Bangsa, Jumlah Pengundi %

Melayu 16532 59.4; China 5649 20.3; India 5538 19.9; Lain-lain 113 0.4; Jumlah 27832

Keputusan :

BN - 11724; PKR - 9545; % Keluar Mengundi : 77.87; Undi Rosak : 404 (1.8%)

Majoriti : 2179

P094 Hulu Selangor

Bangsa, Jumlah Pengundi %

Melayu 34302 53.94; Cina 16960 26.67; India 12069 18.98; Lain-lain 269 0.4

Keputusan :

BN - 22979 ; PKR - 23177; % Keluar Mengundi : 74.89; Undi Rosak : 1466 (2.3%)

Majoriti : 198

Analisis dan Persoalan

  1. Peratusan keluar mengundi
  2. % keluar mengundi di peringkat Parlimen (74.89%), lebih tinggi berbanding kadar purata 3 DUN (74.3%).
  3. % keluar mengundi di Batang Kali 77.87% jauh mengatasi % keluar mengundi di Hulu Bernam (72.59%) dan Kuala Kubu (72.54%).
  4. Terdapat perbezaan agak ketara antara ketiga-tiga DUN ini dan Parlimen.
  5. Terdapat 280 pengundi yang memangkah di kertas undi DUN tetapi tidak berbuat demikian di peringkat Parlimen.

    Kemenangan BN di Hulu Bernam tampak meyakinkan.Adakan faktor ini menjadi sebab mengapa % keluar mengundi lebih rendah berbanding DUN lain.

B. Undi Rosak

  1. Undi rosak amat tinggi di kawasan yang tidak ditandingi oleh calon Melayu.
  2. Purata undi rosak pada peringkat 3 DUN adalah 2.67% (1271 undi).
  • Kuala Kubu Bharu - 4.1%
  • Batang Kali - 1.8%
  • Hulu Bernam - 2.5%
  • Parlimen Hulu Selangor - 2.3%
  1. Jumlah undi rosak di Parlimen Hulu Selangor pada PRU11 2004 (tidak dilampirkan) adalah 1406. Ia agak konsisten dengan jumlah yang diperolehi dalam PRU lepas iaitu 1466.
  2. Adakah konsistensi undi rosak ini kebetulan? Calon BN pada PRU 2004 dan PRU 2008 adalah calon yang sama dari parti yang sama (MIC).
  3. Jumlah undi rosak di Parlimen adalah lebih tinggi dari jumlah undi rosak di seluruh 3 DUN :

    Parlimen - 1466 undi

    3 DUN - 1271 undi

  1. Kumpulan manakah yang membentuk % undi rosak yang tinggi di Kuala Kubu sedangkan corak sosio ekonomi dan lokasi Dun ini lebih bersifat sub-bandar berbanding Hulu Bernam?


C. Undi Popular dan perkaitan dengan % pengundi Melayu.

1. Terdapat perkadaran langsung yang yang konsisten antara % undi popular yang diperolehi BN dengan % pengundi Melayu, dengan kekecualian di Kuala Kubu Bharu:

Batang Kali - % Melayu - 53.94%

% undi popular BN - 48.25; Beza - 5.6%

Hulu Bernam - % Melayu - 67.7%

- % undi popular BN - 62.8%; Beza - 4.9%

P094 Hulu Selangor - % Melayu - 53.94%

- % undi popular BN - 48.25%; Beza - 5.69%

Kuala Kubu Bharu - % Melayu - 32.3%

- % undi popular BN - 49.6%

2. BN akan memperolehi kurang 5% -6% undi popular dibandingkan dengan % kaum Melayu di sesuatu kawasan. Sementara % komposisi kaum adalah tetap, angkubahnya adalah % undi popular yang akan diperolehi, barangkali bergantung calon, isu dan sebagainya. Yang pasti, mood Melayu dan hubungkaitnya dengan % undi popular BN adalah konsisten di hampir semua DUN dan Parlimen.

3. Jika perkadaran langsung ini juga relevan untuk kes di Kuala Kubu Bharu, bermakna dari 49.6% undi popular BN, 25%-27% adalah datang dari pengundi Melayu (32.3% - 5%). Ini juga bermakna sekitar 50%-54% kemenangan BN di sini disumbang oleh pengundi-pengundi Melayu.
4. Persoalan paling merunsingkan mengapa undi popular BN di 3 DUN sini tidak diterjemahkan pada peringkat Parlimen.

Purata undi popular DUN

3 DUN BN - 55.43%; PR - 41.7% ;

Undi Popular Parlimen

BN - 48.25%; PR - 48.66%

Perbezaan sebanyak lebih 6000 undi ini amat penting untuk digali keluar. Sebab dan faktor mereka beralih arah harus dikenal pasti.

Saya berpendapat kecenderungan ini besar kemungkinan berlaku di tempat campuran khususnya di Kuala Kubu Bharu. Di sini terdapat tanda-tanda protes seperti:

  1. % keluar mengundi yang lebih rendah dari purata DUN keseluruhannya.
  2. % undi rosak yang jauh mengatasi kadar purata DUN keseluruhannya dan Parlimen. Dengan latar penduduknya yang lebih baik dari sudut sosio ekonominya tidak mungkin % undi rosaknya terlalu menjolok mata.

Protes boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk. Tidak keluar mengundi, merosakkan kertas undi, tidak memulangkan kertas undid an sebagainya.

Lain-lain Pola dan Pendekatan

  1. Pola sosio ekonomi di P904 adalah pelbagai. Terdapat kawasan-kawasan perindustrian dan kampung tradisi Cina di sekitar Kuala Kubu dan Batangkali. Sedangkan di Batangkali itu di kelilingi taman-taman perumahan dan kampung-kampung. Di Hulu Bernam di mana 67% penduduknya adalah Melayu, terdapat beberapa tanah rancangan pertanian.
  2. Saya berpendapat kepelbagaian strategi harus digunakan bergantung kepada kepelbagaian suasana. Tidak seharusnya terlalu bergantung kepada kaedah tradisi,ceramah.
  3. Pengalaman yang lepas menunjukkan pengundi-pengundi Melayu tidak begitu melihat kepada isu yang diutarakan dalam ceramah-ceramah. PRK Bagan Pinang, Bukit Gantang ataupun Bukit Selambau membuktikannya. Misalnya di kawasan majoriti Melayu dan kurang terbuka seperti Air Kuning (Bukit Gantang) dan Batu Belacan (Bukit Selambau, hampir tiada pertambahan undi yang diperolehi. BN sebaliknya berjaya merampas kembali kemenangan di UPU Bt Belacan dan pekan Bukit Selambau.
  4. Ceramah-ceramah kempen dan penerangan lebih sesuai dikawasan Bandar atau sub-bandar.
  5. Barangkali pendekatan yang lebih untuk menarik undi Melayu, saya perturunkan mengikut susunan kepentingan:
    1. kebajikan dan personal touch : Inilah sebabnya terdapat senggang masa 2 minggu sebelum hari penamaan calun. Sebaliknya tempoh berkempen hanya seminggu. BN mempergunakan tempoh ini dengan 2 maksud, secara khusus untuk menyejukkan hati sekelompok pemimpin tempatan (dan penyokongnya) yang bercakaran soal calon; dan membeli budi.
    2. defensive : mempertahankan dakwaan liar BN terhadap isu-isu semasa
    3. offensive : Isu yang dekat dengan masyarakat Melayu. Contohnya, penyelewengan Felda boleh membuka mata orang-orang Melayu khususnya generasi ke-2. Kurangkan over kill, Anwar Ibrahim di Permatang Pauh dan Isa Samad di Bagan Pinang menjadi bukti serangan peribadi yang keterlaluan boleh menjadi senjata makan tuan. Fokus hanya pada isu dan agenda.
  1. Ada pendapat yang mengatakan prk ini penentu corak pemikiran rakyat pada PRU13 yang akan datang. Saya berbeza pendapat dalam hal ini. Signikannya kepada kestabilan suara pembangkang di Parlimen, mungkin. Justeru itu ia tetap penting. Tetapi untuk mencorak pola pemikiran dan pegangan ideologi rakyat, saya melihatnya sebagai peluang untuk mematangkan PR sebagai suatu kesatuan yang unik. Ia juga peluang untuk setiap individu jentera PR memperkenalkan kepada rakyat, anjakan paradigm yang melihat politik bukan berasaskan kaum tetapi soal prinsip yang benar dan adil. Antara menang dan pengalaman, seharusnya atas nama perjuangan, kita mahukan kedua-duanya.

Just my 50 cents

Oleh : Nor Effendy Abdul Kadir

PRK HULU SELANGOR : BN SERBA SALAH, DITELAN MATI EMAK DILUAH MATI BAPAK

BN benar-benar berada dalam keadaan tertekan kerana berhadapan dengan masalah pemilihan calon. Oleh kerana sejak dari awal penubuhannya lagi, Umno, MIC dan MCA memang ditubuhkan untuk menjaga kaum masing-masing maka bahananya kita terpaksa dipikul oleh BN.
Oleh kerana masing-masing berjuang atas semangat perkauman sempit maka Umno,MCA dan MIC hanya nampak bagaimana untuk menjaga kebajikan kaum masing-masingnya. Umno tidak yakin kepada MCA dan MIC untuk menjaga Melayu. Begitu juga MIC, MCA tidak yakin bahawa Umno mampu untuk menjaga kaum masing-masing.

Selain itu parti-parti tersebut masih kuat semangat perkauman masing-masing sehingga tidak sanggup untuk melepaskan kerusi parlimen atau DUN masing-masing kepada rakan-rakan mereka dalam BN. Ini kerana mereka begitu pelahap untuk mendapat kerusi kerana mereka tahu jawatan Ahli Parlimen atau ADUN itu merupakan tiket untuk parti-parti masing dan individu tertentu untuk membina kekayaan melalui projek dan habuan seumpamanya.
Maka oleh kerana itulah sekarang ini Presiden Umno yang juga Pengerusi BN masih tidak mampu untuk mengumumkan parti mana yang akan mewakili BN di Hulu Selangor, lantaran nafsu pelahap Umno dan MIC berebut untuk bertanding di kawasan itu. Sedangkan lawan mereka iaitu PKR tenang dan sistematik mengatur gerak tanpa adanya perbalahan dan perebutan dalam isu pemilihan calon. PKR awal-awal lagi dinamakan sebagai parti yang akan mewakili PR.
Kalau MIC bertanding implikasinya besar kerana sudah tentu ramai ahli Umno dan pengundi atas pagar yang tidak akan bekerja sekuat tenaga pada masa kempen nanti. Selain itu kemungkin ada rakyat yang menentang dan melakukan perkara-perkara yang merugikan BN. Undi protes kepada BN dari pengundi Melayu sudah tentu meningkat dan ini memberikan kelebihan kepada calon PKR. Ini terbukti pada PRU 12 lalu di mana Allahyarham Dr Zainal Abidin menang walaupun semua kerusi DUN di dalam Parlimen Hulu Selangor di menangi BN.
Jika calon Umno dipilih saya yakin majoriti kira-kira 12,000 pengundi India tidak akan mengundi calon BN. Ini merupakan ancaman besar kepada BN sekali . BN tidak boleh mengharapkan sokongan padu dari pengundi Cina. Jadi mereka sangat mengharapkan pengundi India dapat memberikan sokongan sehingga ke tahap 80-90%. Jika benar BN mahu memilih calon Umno maka bersedialah mereka untuk berhadapan dengan undi protes kaum India.
Kesimpulannya
  • jika BN pilih calon Umno, mereka terpaksa berhadapan dengan undi protes pengundi India.
  • jika BN pilih calon MIC, mereka terpaksa berhadapan dengan undi protes Melayu dari kalangan Umno dan pengundi atas pagar.
  • Bagi pengundi Cina, ramai menjangkakan PR akan mendapat lebih dari 60 % pengundi Cina

BN BERADA DALAM KEADAAN 'FENING LALAT' DITELAN MATI MAK DILUAH MATI BAPAK. Itulah bahana berjuang atas perkauman sempit dan cara politik zaman Tok Kaduk.

DI MANA SEKALIPUN KEWAJIPAN MESTI DITUNAIKAN

Walaupun di mana sekalipun kita pergi, sibuk macamana pun kita, kewajipan solat mesti dipelihara. Jangan nanti dek kerana leka melakukan aktiviti harian kita lupa untuk menunaikan kewajipan kepada Allah.
Gambar di sebelah menunjukkan beberapa orang peminat F1 menunaikan solat fardhu sewaktu perlumbaan F1 masih berlangsung. Ini adalah contoh terbaik yang mesti diikuti oleh semua muslim. Jangan ada yang memberikan alasan tiada surau dan tiada tempat untuk solat.

Ada di kalangan muslim hanya bersolat ketika ada kesempatan dan mudah. Susah sikit mereka 'tuang' solat.
Malangnya saya teringat ada sebuah parti suatu ketikan dahulu yang bermesyuarat pada hari Jumaat. Untuk menentukan samada mereka hendak pergi menunaikan solat Jumaat atau tidak mereka mengundi. Sedangkan Solat Jumaat itu wajib tidak perlu undi. Ini contoh sebuah parti yang langsung tidak mementingkan Islam.

04 April 2010

CADANGAN UNTUK RAKYAT HULU SELANGOR

Saya ingin mencadangkan beberapa perkara untuk dibuat oleh rakyat Hulu Selangor sebelum hari pengundian pilihanraya kecil itu.
Di bawah adalah beberapa projek dan pembangunan untuk diminta dan dirayu oleh rakyat di sana kepada Kerajaan pusat (BN). Saya yakin kerajaan BN mesti berjanji hendak melaksanakan. Selepas mereka berjanji saya nasihatkan rakyat membuat satu dokumen akujanji antara wakil kerajaan BN dan wakil kepada rakyat Hulu Selangor sekurang-kurang tanda tangan 100 rakyat untuk memastikan kerajaan BN tidak mungkir janji.
Perkara yang mesti diminta;-
  • Universiti 1Malaysia
  • Hospital yang moden dan canggih
  • Bandar Baru Kuala Kubu, Hulu Bernam dan Batang Kali
  • Pusat Latihan Belia (IKBN) yang baru
  • Kolej Komuniti
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina 4 buah
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil 3 buah
  • Sekolah Agama Berasrama Penuh 2 buah
  • ADTEC
  • Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  • Pusat Latihan Kemas setiap DUN
  • Masjid Baru 3 buah
  • Kuil Baru 3 buah
  • Tokong Baru 2 buah
  • Bayaran Bil Elektrik untuk semua rakyat maksima RM50 sebulan
  • Bayaran Bil Telefon maksima RM100 sebulan
  • Biasiswa untuk pelajar-pelajar dari Hulu Selangor
  • Elaun untuk warga Emas RM400 sebulan
  • Elaun tambahan Pegawai Masjid dibayar oleh kerajaan pusat
  • Pusat Penyelidikan Pertanian setiap DUN
  • Elaun untuk orang asli RM300 sebulan
  • Elaun tambahan untuk pekerja ladang dan estet RM300 sebulan
  • Semua anak Hulu Selangor yang lulus sekurang-kurangnya 4 subjek dibenarkan melanjutkan pelajaran ke IPTA
  • Elaun Ibu Tunggal RM500 sebulan
  • Sebuah MRSM baru
  • Sebuah Sekolah Teknik
  • Sebuah Politeknik baru
  • Sebuah Pusat Serenti
  • Sebuah Kolej Matrikulasi
  • Sebuah Penyelidikan MARDI

...dan lain-lain.

Pengundi Hulu Selangor saya nasihatkan buat tuntutan ini secepat mungkin kerana kerajaan memang memperuntukan bajet untuk Parlimen Hulu Selangor tanpa had bukan kerana pilihanraya kecil ini tetapi memang kerajaan BN sebuah kerajaan ikhlas dan prihatin.

PRK HULU SELANGOR : ORANG UMNO AKAN DIRASUAH UNTUK TUTUP MULUT?

Mudah sahaja untuk menutup mulut pemimpin Hulu Selangor yang menuntut kerusi parlimen tersebut. Caranya sumbat mulut mereka dengan pangkat, duit, projek, hantar melawat dan sebagainya. Semua ini adalah cara tradisi yang sudah menjadi darah daging Umno untuk memujuk ahli dan pimpinan mereka dalam apa juga hal.

Kadang-kadang ahli dan pemimpin bawahan Umno mengambil kesempatan dari musim pilihanraya ini untuk 'demand' bagi mendapatkan sesuatu. Mereka sendiri pun tahu bahawa apa yang mereka 'demand' itu mustahil untuk diperolehi tetapi ianya digunakan sebagai taktik untuk mendapat habuan dunia. Mereka tahu pimpinan tertinggi mereka sudah tentu akan memberikan mereka 'benda' untuk menutup mulut dan memujuk mereka.
Saya kali ini pemimpin Umno Pusat sekali lagi dipermainkan oleh ahli dan pimpinan Umno bawahan dengan menuntut kerusi Hulu Selangor sebagai cara untuk mendapatkan sesuatu.
Atau mungkin juga pemimpin dan ahli Umno Hulu Selangor dibuli oleh pimpinan Umno Pusat yang berjanji untuk memberikan sesuatu sebagai balasan supaya mereka menarik balik tuntutan untuk bertanding di Hulu Selangor.

Siapa di permainkan oleh siapa saya pun tidak tahu. Yang penting rakyat telah tahu bahawa inilah kerja Umno iaitu merasuah, mengugut dan membuat janji yang belum tentu ditepati.

GERAKAN, MCA MARAHKAN PERKASA, UMNO SANJUNG PERKASA

BN berada dalam keadaan huru hara dan hura hara kerana angkara Perkasa. Jelas BN dibuli oleh Perkasa.
Pimpinan MCA dan Gerakan ternyata tidak senang dengan tingkah laku Perkasa sebaliknya pemimpin senyum sampai ke telinga dengan apa juga tindakan yang dibuat oleh Perkasa.
Semalam Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June enggan tunduk kepada desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar memohon maaf secara terbuka kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis.

Kedua-dua pemimpin tersebut sebaliknya tetap mempertahankan kenyataan mereka dan beranggapan bahawa perjuangan Perkasa bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.

Situasi membuktikan bahawa perpaduan BN adalah longgar disebabkan masing-masing berjuang dengan semangat perkauman sempit. Umno dengan Melayunya manakala MCA dan Gerakan dengan Cinanya. Walaupun Gerakan dilihat parti semua kaum tetapi jelas rakyat melihat ia adalah sebuah parti Cina.

Saya yakin jika Umno terus bersedia untuk dibuli dan ditipu oleh Perkasa, lambat laun perpaduan dalam BN akan hancur.

'TENTERA AHZAB' BERKUBU DI HULU SELANGOR

Saya percaya seluruh 'tentera ahzab' akan berkubu di Hulu Selangor sejak mula Allahyarham Dr Zainal Abidin jatuh sakit. Malah ianya semakin bertambah sebaik mereka mendengar berita Allahyarham meninggal dunia.
Semua jentera kerajaan dan agensi-agensinya berkaitan yang boleh di'perkosa' untuk meraih undi rakyat akan dikerah ke Hulu Selangor. Tidak ada segan silu lagi bagi mereka. Dalam kepala mereka harta kerajaan adalah pusaka mereka. Sedangkan rakyat tidak akan redha ianya digunakan untuk kepentingan BN.
Bagi saya dan seluruh keluarga saya, kami tidak akan redha walaupun satu sen pun wang kami sebagai pembayar cukai digunakan untuk kepentingan BN. Kita akan bertemu di Mahkamah Allah nanti jika harta rakyat digunakan di Hulu Selangor dan di mana sahaja. Rakyat akan menuntut setiap sen yang disalahguna tidak akan ada yang tertinggal kerana mahkamah Allah maha adil Kalau berani sila gunakan harta rakyat untuk kepentingan BN. Tunggulah saat pembalasanNya nanti.
Kepada semua rakyat kita semua tanamkan niat dalam hati bahawa kita semua TIDAK REDHA dengan perlakuan BN yang membaham harta rakyat pada setiap kali pilihanraya dan bila-bila masa pun.
Kenderaan, balai raya, penjawat awam, agensi kerajaan, kertas, elaun menteri dan sebagainya semuanya dibayar dengan wang rakyat dan harta negara.....KAMI TIDAK AKAN REDHA.

UMNO HINA RAKYAT BAGAI BINATANG

Umno ternyata menyamakan rakyat macam binatang yang tidak ada nilai. Di Kota Baharu baru-baru ini beberapa orang penduduk tempatan terkejut kerana mereka di'sedekah'kan dengan beras hancur yang hanya layak dimakan oleh binatang.
Mereka hanya menyedari perkara itu ketika hendak memasak beras yang hancur tersebut. Tergamak Umno memberi hancur kepada rakyat. Kalau hendak 'bersedekah' pun biarlah beras yang elok dan boleh dimakan. Rakyat bukannya burung atau ayam yang layak makan beras hancur. Burung dan ayam pun tahu menilai yang mana beras hancur dan elok.
Perkara ini didedahkan oleh akhbar Siasah keluaran minggu ini.

HULU SELANGOR : PM SENDIRI TURUN PADANG, TANDA BN TIDAK YAKIN MENANG

Najib Razak awal-awal lagi turun padang di Hulu Selangor. Beliau acara yang sangat pada di Sana semalam.
Dalam kenyataan semalam Najib memulakan kempen memberi rasuah politik kepada rakyat dengan berkata bahawa kerajaan telah bersetuju untuk membina sebuah lagi Projek Perumahan Warga Felda untuk Gugusan Sg. Dusun di daerah Hulu Selangor.azlan

Dengan mulut manis beliau membuat kenyataan bahawa kerajaan sedar tentang keperluan dan permintaan generasi baru yang tinggal di dalam rancangan yang memerlukan rumah kediaman
Beliau demikian di Kuala Kubu Baru semalam.

Sebelum itu, beliau hadir pada satu lagi program rasuah politik di Felda Soeharto di mana beliau merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda. (Itu baru majlis pecah tanah belum 'confirm' lagi - silap-silap kalau BN kalah projek terbengkalai).
Apa yang saya ingin nyatakan di sini bahawa jarang sekali Najib turun padang sebelum penamaan calon. Malah Perdana Menteri sebelum baik di zaman Mahathir atau Pak Lah mereka jarang turun padang pada musim pilihanraya kecil kecuali jika mereka tidak yakin BN menang.
Jadi kemunculan Najib di Hulu Selangor ini menandakan BN berada dalam keadaan tenat dan goyah.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter