GERAKAN, MCA MARAHKAN PERKASA, UMNO SANJUNG PERKASA

BN berada dalam keadaan huru hara dan hura hara kerana angkara Perkasa. Jelas BN dibuli oleh Perkasa.
Pimpinan MCA dan Gerakan ternyata tidak senang dengan tingkah laku Perkasa sebaliknya pemimpin senyum sampai ke telinga dengan apa juga tindakan yang dibuat oleh Perkasa.
Semalam Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Teng Hock Nam dan Timbalan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Low Chew June enggan tunduk kepada desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar memohon maaf secara terbuka kerana melabelkan pertubuhan itu sebagai rasis.

Kedua-dua pemimpin tersebut sebaliknya tetap mempertahankan kenyataan mereka dan beranggapan bahawa perjuangan Perkasa bertentangan dengan gagasan 1Malaysia.

Situasi membuktikan bahawa perpaduan BN adalah longgar disebabkan masing-masing berjuang dengan semangat perkauman sempit. Umno dengan Melayunya manakala MCA dan Gerakan dengan Cinanya. Walaupun Gerakan dilihat parti semua kaum tetapi jelas rakyat melihat ia adalah sebuah parti Cina.

Saya yakin jika Umno terus bersedia untuk dibuli dan ditipu oleh Perkasa, lambat laun perpaduan dalam BN akan hancur.

Comments