TAHNIAH SPR : TERPAKSA ADAKAN SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL

Saya mengucapkan tahniah kepada SPR kerana terpaksa mengadakan satu lagi Pilihanraya Kecil ekoran meninggalnya seorang lagi ahli Parlimen hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Sudah menjadi lumrah SPR bahawa bukan mudah untuk badan tersebut mengadakan pilihanraya kecil. Sudah banyak kali Speaker DUN mengisytiharkan kerusi DUN kosong tetapi SPR mencari helah agar pilihanraya kecil tidak diadakan. Antaranya di DUN Changkat Jering, Behrang, Jelapang dan Kota Seputeh.

Bagi SPR tugasnya bukan lagi mengendalikan pilihanraya tetapi sebuah badan yang mencari jalan supaya Pilihanraya tidak diadakan.

Kali ini SPR sekali tidak boleh berhelah kerusi kosong kali ini adalah bukan kerana perletakan jawatan tetapi kerana kematian. Maka SPR sudah tentu tidak ada kuasa untuk menyekat seseorang itu mati. Namun rasanya kalau boleh SPR ingin menghidupkan balik wakil rakyat yang meninggal dunia supaya tiada pilihanraya.

Untuk rekod Mendian Datuk Robert Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi Parlimen Sibu pada PRU 2008 lalu dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).


Sumber : Malaysiakini

Comments