Mudah sahaja untuk menutup mulut pemimpin Hulu Selangor yang menuntut kerusi parlimen tersebut. Caranya sumbat mulut mereka dengan pangkat, duit, projek, hantar melawat dan sebagainya. Semua ini adalah cara tradisi yang sudah menjadi darah daging Umno untuk memujuk ahli dan pimpinan mereka dalam apa juga hal.
Kadang-kadang ahli dan pemimpin bawahan Umno mengambil kesempatan dari musim pilihanraya ini untuk 'demand' bagi mendapatkan sesuatu. Mereka sendiri pun tahu bahawa apa yang mereka 'demand' itu mustahil untuk diperolehi tetapi ianya digunakan sebagai taktik untuk mendapat habuan dunia. Mereka tahu pimpinan tertinggi mereka sudah tentu akan memberikan mereka 'benda' untuk menutup mulut dan memujuk mereka.
Saya kali ini pemimpin Umno Pusat sekali lagi dipermainkan oleh ahli dan pimpinan Umno bawahan dengan menuntut kerusi Hulu Selangor sebagai cara untuk mendapatkan sesuatu.
Atau mungkin juga pemimpin dan ahli Umno Hulu Selangor dibuli oleh pimpinan Umno Pusat yang berjanji untuk memberikan sesuatu sebagai balasan supaya mereka menarik balik tuntutan untuk bertanding di Hulu Selangor.
Siapa di permainkan oleh siapa saya pun tidak tahu. Yang penting rakyat telah tahu bahawa inilah kerja Umno iaitu merasuah, mengugut dan membuat janji yang belum tentu ditepati.
Comments