PRK HULU SELANGOR : NAJIB KURANG YAKIN

Dari nada kenyataan Najib semalam, dapat ditafsirkan bahawa beliau tidak yakin 100% bahawa BN akan menang di Hulu Selangor. Kalau BN benar-benar kuat saya pasti nada kenyataan Najib akan berlainan.

Semalam Najib berkata sementara BN mahu memenangi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor, ukuran sebenarnya adalah pilihan raya umum.

Pilihan raya kecil adalah hanya pilihan raya kecil dan petunjuk sebenarnya adalah pilihan raya umum.
Itu kenyataannya ketika ditanya jika beliau ingin menjadikan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor sebagai satu ukuran sokongan kepada kerajaan.
Memang dijangkakan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor sememangnya sengit kerana keputusan PRU 12 membuktikan apa-apa pun boleh berlaku. Walaupun BN menang di kesemua 3 DUN tetapi mereka tewas di Kerusi Parlimen.
Saya yakin jika pihak berkuasa berlaku adil, telus dan tidak berpihak Pilihanraya Kecil ini akan bertambah sengit dan kedua-dua pihak peluang yang sama untuk menang.

Comments