Saya percaya seluruh 'tentera ahzab' akan berkubu di Hulu Selangor sejak mula Allahyarham Dr Zainal Abidin jatuh sakit. Malah ianya semakin bertambah sebaik mereka mendengar berita Allahyarham meninggal dunia.
Semua jentera kerajaan dan agensi-agensinya berkaitan yang boleh di'perkosa' untuk meraih undi rakyat akan dikerah ke Hulu Selangor. Tidak ada segan silu lagi bagi mereka. Dalam kepala mereka harta kerajaan adalah pusaka mereka. Sedangkan rakyat tidak akan redha ianya digunakan untuk kepentingan BN.
Bagi saya dan seluruh keluarga saya, kami tidak akan redha walaupun satu sen pun wang kami sebagai pembayar cukai digunakan untuk kepentingan BN. Kita akan bertemu di Mahkamah Allah nanti jika harta rakyat digunakan di Hulu Selangor dan di mana sahaja. Rakyat akan menuntut setiap sen yang disalahguna tidak akan ada yang tertinggal kerana mahkamah Allah maha adil Kalau berani sila gunakan harta rakyat untuk kepentingan BN. Tunggulah saat pembalasanNya nanti.
Kepada semua rakyat kita semua tanamkan niat dalam hati bahawa kita semua TIDAK REDHA dengan perlakuan BN yang membaham harta rakyat pada setiap kali pilihanraya dan bila-bila masa pun.
Kenderaan, balai raya, penjawat awam, agensi kerajaan, kertas, elaun menteri dan sebagainya semuanya dibayar dengan wang rakyat dan harta negara.....KAMI TIDAK AKAN REDHA.
Comments