RAKYAT POHON KERAJAAN BN HALAU APCO SERTA MERTA

Kerajaan BN mesti memohon maaf kepada rakyat Malaysia serta merta kerana telah mengkhianati rakyat Malaysia keseluruhannya dengan menggunakan khidmat syarikat Yahudi dan bekas perisik Yahudi sebagai konsultan untuk Polis Diraja Malaysia sebagaimana dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin PR yang lain.

Saya sebagai rakyat Malaysia tidak menghalalkan walau satu sen pun duit rakyat digunakan untuk membayar perkhidmatan APCO.

Sikap biadap dan kurang ajar kerajaan BN benar-benar mengguriskan hati rakyat Malaysia. Tergamak kerajaan BN menggunakan khidmat syarikat Yahudi yang mana negaranya Israel terkenal dengan kekejaman membunuh bayi, kanak-kanak, wanita, orang tua dan ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa. Umat Islam Palestin dilayan lebih teruk dari binatang. Nyawa mereka langsung tidak bernilai di sisi Israel.

Mengapa begitu buta hati dan mata serta pekak telinga pemimpin BN sehingga sanggup mengguriskan hati umat Islam Malaysia bahkan ianya sudah pasti mengguriskan hati umat Islam sedunia.

Kami rakyat Malaysia merayu kepada kerajaan supaya segera menghalau APCO dari bumi Malaysia serta merta.

Comments

azreen said…
rakyat juga mohon penjelasan hubungan anwar dgn pertubuhan NGO di US..serta hubgan anwar dgn paul wolfowitz yang membunuh ribuan umt islam yang x berdosa