KESIHAN UMNO TIDAK PERNAH BERTANDING PARLIMEN HULU SELANGOR

Setelah saya membuat sedikit penyelidikan saya mendapati bahawa Umno tidak pernah bertanding di Hulu Selangor walaupun pengundi Melayu adalah pengundi majoriti di Parlimen tersebut.

Sejak pilihanraya umum 1959 hingga 2008 Umno diketepikan di Hulu Selangor di mana hanya MCA dan MIC sahaja diberi peluang bertanding di Hulu Selangor. Mengapa begitu 'cerdik' pemimpin Umno sehingga sanggup memperdayakan ahli-ahli Umno Hulu Selangor yang tidak pernah diwakili oleh Ahli Parlimen Umno.

Kerusi ini difaraidkan kepada MCA sejak PRU 1959 hingga 1982. Manakala MIC di'sedekah'kan kerusi ini sejak 1986 hingga PRK 2010. Umno PUTIH MATA.

Jadi sudah sampai masanya pengundi Umno Hulu Selangor membuat undi protes terhadap BN dengan mengundi PKR pada Pilihanraya Kecil pada 25 April ini.

Untuk rekod di bawah ini saya catatkan nama-nama calon Perikatan/BN yang bertanding dari 1959 hingga 2008. TIDAK SEORANG PUN MEREKA DARI UMNO.

PRU 1959 Ong Yoke Lin

PRU 1964 Khaw Kai Boh

PRU 1969 Khaw Kai Boh

PRU 1974 Michael Chen

PRU 1978 Michael Chen Wing Sum

PRU 1982 Lee Hoo @ Lee Kim Sai

PRU 1986 S Subramaniam

PRU 1990 G Palanivel

PRU 1995 G. Palanivel

PRU 1999 G. Palanivel

PRU 2008 G Palanivel

PRK 2010 MIC 'jugek'

Comments

azreen said…
inilah namanya toleransi politik..bila umno nk bertanding kau kate umno zalim n x hormat parti komponen..bila umno beri peluang pada mic kau perlekehkan pulak..sebenarnya apa yg kau nk? kalau umno x bertanding kau kata takut kalah..