PRK HULU SELANGOR : SEKALI LAGI UMNO HULU SELANGOR DIHINA

Umno Hulu Selangor sekali lagi dihina apabila tuntutan mereka agar calon Umno diletakkan bertanding pada PRK Hulu Selangor ditolak mentah-mentah oleh pimpinan Umno sendiri. Semalam Presiden Umno yang juga Pengerusi BN, Najib Razak mengumumkan calon MIC akan dipilih sekali lagi menjadi calon BN.
Maka musnahlah harapan Umno Hulu Selangor untuk bertapak semula di Parlimen Hulu Selangor.
Kalau sebelum ini Umno Hulu Selangor bukan lantang menentang pemilihan calon MIC mewakili BN kini mereka sudah longlai dan sayu. Akur sahaja dengan keputusan pimpinan mereka sendiri. Inilah sifat ahli Umno takut untuk menongkah arus menegakkan kebenaran dan kemahuan mereka kepada pimpinan. Mereka hanyalah 'Yes Man' mengikut sahaja apa yang diputuskan oleh pimpinan. Seolah-olah keputusan pimpinan mereka sama taraf dengan wahyu Allah. Malah lebih teruk lagi kadang-kadang wahyu Allah mereka berani sanggah tetapi keputusan pimpinan mereka tidak berani untuk sanggah walaupun bertentangan dengan Islam.
Mungkin pimpinan Umno Hulu Selangor sudah termakan pujuk ..................
Media hari ini melaporkan bahawa Umno Bahagian Hulu Selangor menyokong penuh keputusan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Najib Razak bahawa calon MIC akan bertanding mewakili BN pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.
Saya sedang menanti komen dari Pengerusi 'Perkasam' tentang keputusan Najib memilih MIC mewakili BN di Hulu Selangor.

Comments

azreen said…
"PRK HULU SELANGOR : UMNO BERLAPIK TOLAK MIC

06 April 2010 by SOFI WAHAB"


hahaha..cakap berbelit macam ular..aritu ckp kunun umno nk amik kerusi tu..atlast bile umno bagi peluang pada mic utk bertanding si putarligat ni putar pulak cte lain..cube la tulis yang berasas n berfakta..jgn main ikut sedap je..taulah kalau org pas buat fitnah tak berdosa
Anonymous said…
sekali lagi umno menerima tamparan yang hebat apabila PM memilih calon MIC untuk dijadikan calon PRK Hulu Selangor nanti. tetapi itu menunjukkan bahawa sikap keterbukaan yang telah diamalkan oleh umno merupakan teras kepada perpaduan umno dengan lain-lain komponan. adakah pr boleh mengamalkan sikap seperti yang ditunjukkan untuk bersatu padu kita perlu beresepakat. begitu juga dengan pas hulu selangor pun turut terasa malu kerana kawasan itu merupakan kawasan pas tetapi terpaksa meletakkan calon pkr untuk rampas hulu selangor. dulu masa pilihanraya yang lepas calon pas kalah disetiap pertandingan sehinggalah datangnya pkr baru dapat memenangi PRU 12 lalu itu dengan majoriti 198 undi sahaja.