'PERKASAM' MARAHKAN MCA DAN GERAKAN

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) atau saya panggil dengan gelaran Perkasam akan mengumumkan tindakan lanjut terhadap dua pemimpin MCA dan Gerakan serta dua akhbar Cina kerana gagal memohon maaf secara terbuka.

Marah betul Perkasam kepada 2 pemimpin parti komponen BN itu. Saya hendak lihat apa agaknya yang Perkasam lakukan terhadap 'musuh'nya itu.

Selain itu saya juga sedang menanti apa tindakan Perkasam akan lakukan jika BN mencalonkan Palanivel dari MIC untuk bertanding di Hulu Selangor sedangkan kawasan itu majoritinya adalah pengundi Melayu.

Kalau cakap berdegar-degar memperjuangkan Melayu tetapi senyap sunyi bila MIC dipilih di kawasan majori Melayu, baik tidak payah berjuang dengan semangat perkauman Melayu sempit.

Melihat kepada gelagar Perkasam saya beranggapan Perkasam akan akur kepada Najib dan Umno kerana saya dapat apa sebenarnya agenda perjuangan Pengerusi Perkasam.

Comments

Unknown said…
Salam...
Jgn lah pakai nama pekasam tu, isteri Pak Long cukup suka ngan pekasam ni, cari la nama yg lebih hodoh dari depa :)
wanmohd said…
Biar mreka brcakaran,elok pn. Kta dh mnang round ptama. Round kedua kta sama2 tgok apa PEKASAM ni nk buat klau Najisb srah krusi ni pd MIC. Kompom bgaduh antra mreka pnya.
Unknown said…
APA NAK DI HAIRAN KAN, KETUA KATAK SEDANG MENCARI LOPAK AIR DA.....

KESIAN MEREKA MEREKA YANG DAH BERGELUMANG DALAM KUBANG KATAK. TAK KAN TAK FAHAM PERANGAI KETUA KATAK NI. KETUA KATAK CUMA NAK GUNAKAN BELAKANG KATAK-KATAK UNTUK DIA LOMPAT LEBIH TINGGI LAGI.

BUKANNYA APA KETUA KATAK DAH TUA DAN KURANG GLAMOUR DAH, TAPI BILA BIKIN PERKASAM MAKA MUKANYA HARI-HARI KELUAR KAT SURATKHABAR.
azreen said…
elok la tu perkasam..daripada jadi talam dua muka..kunun islam..tapi hati busuk...munafik