BN benar-benar berada dalam keadaan tertekan kerana berhadapan dengan masalah pemilihan calon. Oleh kerana sejak dari awal penubuhannya lagi, Umno, MIC dan MCA memang ditubuhkan untuk menjaga kaum masing-masing maka bahananya kita terpaksa dipikul oleh BN.
Oleh kerana masing-masing berjuang atas semangat perkauman sempit maka Umno,MCA dan MIC hanya nampak bagaimana untuk menjaga kebajikan kaum masing-masingnya. Umno tidak yakin kepada MCA dan MIC untuk menjaga Melayu. Begitu juga MIC, MCA tidak yakin bahawa Umno mampu untuk menjaga kaum masing-masing.
Selain itu parti-parti tersebut masih kuat semangat perkauman masing-masing sehingga tidak sanggup untuk melepaskan kerusi parlimen atau DUN masing-masing kepada rakan-rakan mereka dalam BN. Ini kerana mereka begitu pelahap untuk mendapat kerusi kerana mereka tahu jawatan Ahli Parlimen atau ADUN itu merupakan tiket untuk parti-parti masing dan individu tertentu untuk membina kekayaan melalui projek dan habuan seumpamanya.
Selain itu parti-parti tersebut masih kuat semangat perkauman masing-masing sehingga tidak sanggup untuk melepaskan kerusi parlimen atau DUN masing-masing kepada rakan-rakan mereka dalam BN. Ini kerana mereka begitu pelahap untuk mendapat kerusi kerana mereka tahu jawatan Ahli Parlimen atau ADUN itu merupakan tiket untuk parti-parti masing dan individu tertentu untuk membina kekayaan melalui projek dan habuan seumpamanya.
Maka oleh kerana itulah sekarang ini Presiden Umno yang juga Pengerusi BN masih tidak mampu untuk mengumumkan parti mana yang akan mewakili BN di Hulu Selangor, lantaran nafsu pelahap Umno dan MIC berebut untuk bertanding di kawasan itu. Sedangkan lawan mereka iaitu PKR tenang dan sistematik mengatur gerak tanpa adanya perbalahan dan perebutan dalam isu pemilihan calon. PKR awal-awal lagi dinamakan sebagai parti yang akan mewakili PR.
Kalau MIC bertanding implikasinya besar kerana sudah tentu ramai ahli Umno dan pengundi atas pagar yang tidak akan bekerja sekuat tenaga pada masa kempen nanti. Selain itu kemungkin ada rakyat yang menentang dan melakukan perkara-perkara yang merugikan BN. Undi protes kepada BN dari pengundi Melayu sudah tentu meningkat dan ini memberikan kelebihan kepada calon PKR. Ini terbukti pada PRU 12 lalu di mana Allahyarham Dr Zainal Abidin menang walaupun semua kerusi DUN di dalam Parlimen Hulu Selangor di menangi BN.
Jika calon Umno dipilih saya yakin majoriti kira-kira 12,000 pengundi India tidak akan mengundi calon BN. Ini merupakan ancaman besar kepada BN sekali . BN tidak boleh mengharapkan sokongan padu dari pengundi Cina. Jadi mereka sangat mengharapkan pengundi India dapat memberikan sokongan sehingga ke tahap 80-90%. Jika benar BN mahu memilih calon Umno maka bersedialah mereka untuk berhadapan dengan undi protes kaum India.
Kesimpulannya
- jika BN pilih calon Umno, mereka terpaksa berhadapan dengan undi protes pengundi India.
- jika BN pilih calon MIC, mereka terpaksa berhadapan dengan undi protes Melayu dari kalangan Umno dan pengundi atas pagar.
- Bagi pengundi Cina, ramai menjangkakan PR akan mendapat lebih dari 60 % pengundi Cina
BN BERADA DALAM KEADAAN 'FENING LALAT' DITELAN MATI MAK DILUAH MATI BAPAK. Itulah bahana berjuang atas perkauman sempit dan cara politik zaman Tok Kaduk.
Comments