PRK HULU SELANGOR : UMNO 'GERTAK' BN?

Naib ketua bahagian Hulu Selangor Adnan Buyong berkata, tuntutan supaya calon Umno diturunkan di Hulu Selangor melalui satu memorandum pada 30 Mac lalu bukan mewakili hasrat mereka sahaja, tetapi kehendak rakyat Hulu Selangor secara keseluruhannya.

Adnan berkata sampai sekarang di kedai-kedai kopi, orang bercakap hendak calon Melayu, katanya yang saya petik dari Malaysiakini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, “berkemungkinan besar” calon BN di Hulu Selangor dipilih daripada MIC.
Dalam nada yang penuh bermakna Adnan seterusnya berkata ahli Umno akan menerima siapa sahaja yang diputuskan parti, tetapi ahli parti hanya mewakili 20 peratus daripada pengundi sedangkan jumlah pengundi di sana lebih dari 63,000.

Menurutnya penolakan rakyat kepada calon MIC tidak diketahui walaupun mungkin ahli Umno akan menerima Palanivel.
Nampak dari cara beliau bercakap semacam ada gertakan dan amaran yang beliau berikan kepada pimpinan BN supaya memilih calon Umno.

Comments

pis said…
umno memang selalu dan dari dulu menjadi domonan dalam BN. tapi pas tak bermaya dalam PR. camne nak bela melayu dan memertabatkan islam? PAS jaga parti pun tak mampu.....