.

.

23 May 2014

HUDUD : UMNO TAK SEDAR ADA JERAWAT, KURAP DAN PANAU

Teluk Intan : Pandangan Saya

1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan pengkuliah yang lain.

2. Berhubung pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi.

3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi PAS. Bersama-sama DAP dan juga PKR, PAS telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi PAS sebagaimana yang dilakukan UMNO sebelum ini.

4. Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan PAS dengan DAP. Dalam hal ini, PAS sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat PAS ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.

5. Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat PAS dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah UMNO yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen UMNO sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.

6. Saya kira UMNO perlu menilik wajah di cermin sebelum mentohmah PAS kononnya menggadaikan prinsip. Jerawat, kurap dan panau di badan sendiri masih bertompok merata tiba-tiba jari lurus menuding kononnya orang lain itulah pesakit kusta! Sedarkah UMNO bahawa parti Gerakan itulah yang menjanjikan rantai manusia bagi menghalang hudud dibentang?

7. Saya ingatkan sekali lagi, elakkanlah menjadikan isu hudud sebagai bahan kempen di Teluk Intan. Dalam pertarungan DAP dan Gerakan ini, tiada untungnya isu ini ditimbulkan. Pada saya, harapan saya tetap ingin melihat Pakatan Rakyat menang di Teluk Intan dan hudud akhirnya berjaya dilaksanakan!

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 23 Rajab 1435H

22 May 2014

RUMAH PANDA JUTAAN RINGGIT, RAKYAT RAMAI TIADA RUMAH DAN RUMAH DHAIF

Rumah panda mereka buat dengan belanja jutaan ringgit.

Rumah rakyat banyak yang dhaif malah masih ramai yang tiada rumah.

Pada pandangan anda patutkah kerajaan belanja jutaan ringgit untuk membina rumah Panda ............

KLIP VIDEO DYANA DIGANGGU SAMSENG BN




KLIP VIDEO WACANA GST : RAFIZI DAN NORJAZLAN


VIDEO DUN PENANG DICEROBOH PERUSUH



Gambar di atas sekadar hiasan.

21 May 2014

PRK TELUK INTAN : TAK IKTIRAF BORANG 14, APAKAH SPR ADA AGENDA SULIT?

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan tidak mahu mengiktiraf Borang 14 Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. Apakah SPR mempunyai agenda sulit sehingga tidak mahu mengiktiraf  borang 14 yang peraturannya digubal dikuatkuasakan oleh SPR pada semua PRK dan PRU sebelum ini.  SPR mesti menjawab isu ini dengan segera bagi mengelakkan keraguan parti-parti bertanding dan pengundi.

Harakahdaily melaporkan bahawa Ejen calon kepada Dyana Sofya, Howard Lee Chuan How berkata, perkara itu dimaklumkan pihak SPR dalam satu taklimat kepada ejen calon kelmarin dengan menyatakan mereka tidak mahu mengesahkan borang 14 tersebut.

Beliau yang juga Adun Pasir Pinji berkata, tindakan tersebut sama sekali tidak munasabah kerana borang 14 penting untuk mengisi keputusan PRK selepas pengiraan dibuat ke atas setiap undi.

“Borang 14 adalah penyata pengundian selepas pengiraan undi. Selepas pengiraan, jumlah undian perlu dicatit ke dalamnya. Contohnya jika DAP dapat 200 undi dan BN 100 undi, ia perlu dicatit, ejen kemudian akan mendapat satu salinan.

“Jadi jika borang kepada ejen calon tidak disahkan, tentunya akan timbul keraguan mengenai keputusan pengiraan,” katanya dipetik Roketkini.

Katanya, SPR juga memaklumkan, setiap keputusan rasmi adalah berdasarkan salinan yang berada di tangan mereka.

“Pegawai SPR itu turut mengatakan kepada saya kalau ada keraguan, failkan petisyen saja.

“Mengapa tidak mahu perakui Borang 14? Apakah mereka mempunyai agenda lain," soalnya seperti dipetik lidah rasmi parti itu

20 May 2014

PRESIDEN PAS AKAN RASMIKAN PEJABAT PAS KAWASAN BUKIT KATIL 12 JUN

Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang akan merasmikan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil yang baru pada 12 Jun ini. Majlis perasmian akan berlangsung pada jam 5.00 hingga 6.45 petang.

Pejabat ini terletak di sebuah bangunan yang dibeli oleh PAS Kawasan Bukit Katil tahun lepas. Bahagian bawah bangunan disewakan kepada seorang peniaga hardware. Lokasinya ialah Taman Desa Molek, Pekan Ayer Molek.

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab berkata pejabat ini menjadi One Stop Centre untuk penduduk setempat menyuarakan apa juga masalah dan cadangan tentang isu-isu berkaitan dengan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Insya Allah kami akan cuba membantu rakyat dalam apa juga isu demi kesejahteraan mereka" ujarnya ringkas.

Pejabat ini beroperasi setiap hari dan boleh dihubungi di talian 06-293 3982 atau 019-6821318. Email : bukitkatil@gmail.com dan fan page http://www.facebook.com/PasBukitKatil.



LAGI KLIP-KLIP VIDEO PRK TELUK INTAN


19 May 2014

PRK TELUK INTAN : MELAYU MUDAH DITIPU, SEBAB ITU UMNO BERJAYA TERUS MENIPU

Tindakan DAP meletakkan calon Melayu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan tindakan 'hiasan luaran' parti itu bagi mengaburi mata orang Melayu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
    
Beliau berkata tidak mustahil ramai orang Melayu akan menyokong calon DAP itu kerana sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu mudah tertipu dengan tindakan seperti itu.

Memang betul orang Melayu ditipu sebab itulah Umno/BN menang 13 kali PRU sebab mereka mudah ditipu dengan kain batik, beras, minyak masak dan lain-lain. Taktik menipu inilah yang digunakan Umno dan Dr Mahathir serta pemimpin sekarang. Di era Najib ini orang Melayu ditipu dengan BRIM BRAM dan BROM.

Agak-agaknya bila orang Melayu akan sedar dan cerdik tidak mudah ditipu.....selagi orang Melayu tidak berubah dan cerdik selagi itulah negara akan terus tertinggal di belakang kerana diperintah oleh kerajaan yang korup, lemah dan mengamalkan amalan kronisme, menyalahgu ajan luasa dan sebagainya.

Adalah diharapkan semua rakyat dapat berfikir secara matang dan cerdik pada masa akan datang .......

USTAZ ABD GHANI MENINGGAL

Bekas AJK PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman meninggal dunia kira-kira jam 12.00 tengahari tadi di HUKM, Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke hospital akibat komplikasi buah pinggang dan darah tinggi seminggu lalu.

Jenazah beliau akan dibawa pulang ke kampungnya di Tg Bidara, Masjid Tanah dan dikebumikan di sana selepas solat Asar.

Almarhum adalah bekas Pensyarah UTM dan juga adalah penceramah terkenal di mana sering berceramah di TV dan masjid-masjid seluruh negara.

Al Fatihah. Semoga roh Almarhum ditempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin.

KLIP VIDEO PENAMAAN CALON PRK TELUK INTAN


PRK TELUK INTAN : KANGKUNG JUGA JADI SINDIRAN PADA PENAMAAN CALON HARI INI


Kangkung terus menjadi sindiran tajam kepada BN pada hari penamaan calon PRK Teluk Intan hari ini. Setelah BN teruk di'kerjakan' dengan kangkung di Kajang hari ini sekali lagi kangkung menjadi bahan sindiran penyokong PR kepada pimpinan dan penyokong BN.


PRK TELUK INTAN : SAH DYANA LAWAN MAH

Kiran-kira sejam yang lalu SPR mengumumkan PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon DAP Dyana Sofya dan BN (Mah Siew Keong).

Sebaik sahaja nama kedua-dua calon itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, penyokong kedua-dua parti bersorak meraikkan keputusan SPR menerima pencalonan mereka. Tiada calon bebas menyerahkan borang penamaan calon pagi ini. 

Sementara itu populariti calon DAP jelas sekali begitu hebat, apabila ramai penyokong-penyokong parti meminta untuk bergambar kenangan dengan beliau.

"Ini merupakan petanda yang baik kerana calon kita disenangi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, umur dan latarbelakang politik" tegas seorang penyokong PR yang tidak manu dikenali.

Ramai pihak menjangkan PRK Teluk Intan ini sengit kerana BN dilihat bersungguh-sungguh mahu merampas kerusi parlimen ini yang dahulunya adalah kubu kuat BN sebelum PRU 2008. Namun selepas Tsunami politik 2008 itu, kerusi ini sudah bertukar menjadi kubu kuat BN di mana pada PRU 13 lalu calon DAP Mendiang Seah menang dengan majoriti agak selesa lebih 7,000 undi.

Keputusan DAP meletakkan calon muda berketurunan Melayu di kerusi majoriti Cina cukup memeningkan kepala BN kerana mereka tidak menjangka DAP berani membuat perubahan baru meletakkan calon Melayu di sini.


PRK TELUK INTAN : DYANA VS MAH, TIADA CALON BEBAS?

Lintas langsung

Setakat tidak nampak kelibat calon-calon bebas untuk menyerahkan borang penamaan calon. Maka besar kemungkinan PRK ini meyaksikan pertandingan satu lawan satu dan ianya jauh lebih sengit dari PRK Bukit Gelugor yang menyaksikan BN mengaku kalah awal-awal lagi. 

9.30 am : Calon DAP Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh juga turut serta memberikan sokongan kepada Dyana pada penamaan calon hari ini. 

9am: SMK Seri Perak – Pengurus Pilihan Raya Ibrahim Ahmad mengumumkan proses penamaan calon brmula.

Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dan calon BN Mah Siew Keong memasuki pusat penamaan calon.

8.40am: Taman Cicely – Calon BN Mah Siew Keong tiba. Beliau menyertai Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengepalai kira-kira 100 penyokong berarak ke SMK Seri Perak.

8.30am: Taman Cicely -- Lebih 500 penyokong BN berkumpul di kawasan masuk ke kawasan perumahan dan menunggu pemimpin dan calon mereka.

Antara pemimpin yang sudah berada di situ timbalan menteri kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe.

8.15am: SMK Seri Perak – Walaupun pada hari penamaan calon, kira-kira 800 pelajar sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.

Seorang guru yang enggan namanya didedahkan memberitahuMalaysiakini, pihak sekolah telah memaklumkan kepada pelajar berhubung penamaan calon hari ini dan menasihatkan mereka bersedia untuk bunyi bising daripada proses itu.

“Sukar untuk pelajar menumpukan perhatian semasa peperiksaan, tetapi mereka harus menahannya,” katanya.

Taman Cicely – Antara pemimpin Pakatan yang kelihatan di situ, bekas menteri besar Perak Nizar Jamaluddin, anggota Parlimen Bruas Ngeh Koo Ham dan Naib Presiden PKR Tian Chua.

Penyokong Pakatan akan mula berarak ke pusat penamaan di SMK Seri Perak pada jam 8.30 pagi.

8am: Taman Cicely – Penyokong Pakatan bermula berkumpul di kawasan masuk ke taman itu, di mana pusat penamaan calon terletak.

Unit Amal PAS seperti biasa mengawal keadaan dan membantu lalu lintas di kawasan yang biasanya tenang itu.

~ Mkini

18 May 2014

APA JAWAPAN ANDA KPD PERTANYAAN MAK CIK INI?

APA JAWAPAN ANDA????

GEMPAR : UNDI TIDAK PERCAYA UTK MAT HASSAN

SEREMBAN: Mesyuarat Agung Tahunan Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia, di sini, membuat satu kejutan apabila sebulat suara meluluskan usul tergempar membabitkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hasan, yang didakwa menyalahgunakan kuasa.
Ketua Umno Cawangan Pantai, Dato’ Ishak Ismail mendakwa Mohamad telah melakukan perbuatan sedemikian dalam urusan pemilihan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Batu 7, Batu 8 dan Batu 9, Pantai, di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Ishak yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng berkata, jelas sekali, keputusan tersebut dibuat tanpa merujuk dan mempedulikan segala cadangan dikemukakan oleh pihak Umno Cawangan Pantai dan Pantai Setia.
“Beliau (Mohamad) selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri langsung tidak mahu mendengar dan mengambil kira suara ahli Umno yang lain.
Maka, tiada gunanya kita bertuankan orang seperti ini lagi,” katanya kepada pemberita di Dewan Masyarakat Pantai, dekat sini.
Susulan itu, beliau berkata, Mesyuarat Agung Tahunan Umno berkenaan turut membahas dan meluluskan usul bagi menolak perlantikan jawatan Pengerusi dan Setiausaha JKKK yang telah dibuat oleh kerajaan negeri, baru-baru ini.
“Kita menolak pelantikan terbabit berikutan mendapati individu yang dipilih tidak memenuhi kriteria ditetapkan seperti mempunyai rekod jenayah, bukan ahli Umno tempatan, tidak menetap dalam kawasan jagaan dan membantu pembangkang berkempen semasa Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu.
“Justeru, kita akan bawa perkara ini ke Mahkamah Sesyen Seremban. Kita mahu mahkamah membatalkan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dalam pelantikan jawatan JKKK terbabit,” katanya yang bersedia menerima sebarang risiko, termasuk kehilangan jawatan dimiliki sekarang.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, MK Ibrahim Abdul Rahman pula bertanya jika Mohamad tidak berlaku adil pada ahli Umno sendiri bagaimana pula ingin berlaku adil pada rakyat biasa?
“Jika benar dakwaan Ishak berhubung perlantikan Pengerusi dan Setiausaha JKKK itu, maka ini menunjukkan Mohamad tidak berlaku adil dan tidak menghormati ahli Umno sendiri. Bagaimana pula beliau hendak berlaku adil dan menghormati pada rakyat biasa?
“Malah jika dakwaan ini benar, ini juga menunjukkan kepincangan pentadbiran Mohamad yang mengamalkan kronisme.
Sepatutnya Mohamad perlu dengar suara akar umbi dan memilih Pengerusi dan Setiausaha JKKK berdasarkan merit atau menepati kriteria tertentu seperti yang dinyatakan oleh Ishak.
“Secara logiknya mestilah melantik orang yang menetap di dalam kawasan jagaan seperti kata Ishak,” ujar MK Ibrahim yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Seremban -Harakah
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter