Kiran-kira sejam yang lalu SPR mengumumkan PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon DAP Dyana Sofya dan BN (Mah Siew Keong).
Sebaik sahaja nama kedua-dua calon itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, penyokong kedua-dua parti bersorak meraikkan keputusan SPR menerima pencalonan mereka. Tiada calon bebas menyerahkan borang penamaan calon pagi ini.
Sementara itu populariti calon DAP jelas sekali begitu hebat, apabila ramai penyokong-penyokong parti meminta untuk bergambar kenangan dengan beliau.
"Ini merupakan petanda yang baik kerana calon kita disenangi oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, umur dan latarbelakang politik" tegas seorang penyokong PR yang tidak manu dikenali.
Ramai pihak menjangkan PRK Teluk Intan ini sengit kerana BN dilihat bersungguh-sungguh mahu merampas kerusi parlimen ini yang dahulunya adalah kubu kuat BN sebelum PRU 2008. Namun selepas Tsunami politik 2008 itu, kerusi ini sudah bertukar menjadi kubu kuat BN di mana pada PRU 13 lalu calon DAP Mendiang Seah menang dengan majoriti agak selesa lebih 7,000 undi.
Keputusan DAP meletakkan calon muda berketurunan Melayu di kerusi majoriti Cina cukup memeningkan kepala BN kerana mereka tidak menjangka DAP berani membuat perubahan baru meletakkan calon Melayu di sini.

Comments