.

.

16 March 2013

MENGAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP, TOLAK UMNO

Ramai kawan-kawan yang bertanya kepada saya mengapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Mereka berkata ramai yang bertanya soalan tersebut dan ianya gagal dijawab oleh mereka.

Secara mudahnya ingin saya nukilkan sedemikian:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.

DAN BANYAK LAGI ..........

Kalau kita lihat dari sudut agama dan siyasah syar'iyyah :-

1) Majlis Syura Ulama' PAS telah bersidang dan meluluskan Tahaluf Siyasi itu persefahaman politik antara PAS dan DAP serta PKR selagi ianya tidak menjejaskan Islam. Ini ditegaskan oleh Presiden PAS baru-baru ini bahawa sehingga kini PAS yakin tidak satu pun kepentingan Islam terjejas dengan persefahaman ini.

2) Nabi Muhammad S.A.W pernah mengadakan persefahaman dengan orang bukan Islam, Nabi pernah menandatangani Perjanjian Hudaibiyyah, menerima ketaatan umat Yahudi di Madinah sebaik sahaja baginda menjadi pemerintah Madinah. Malah orang bukan Islam menjadi penunjuk jalan yang selamat kepada Baginda ketika baginda berhijrah dari Mekah dan Madinah.

3) Dasar Umno yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan; Al Qur'an dan Sunnah serta Ijmak dan Qias sebagai rujukan dan panduan tidak selari dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

.............dan lain-lain.

Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada teman-teman hamba.

Nukilan: Haziq Danial Fauzan, Melaka 16032013.




PAS PERSAUDARAKAN SELURUH RAKYAT

Setiap kali pimpinan PAS berceramah di hadapan rakyat yang bukan Islam, acapkali mereka membaca Al-Qur'an yang menjelaskan bahawa Manusia dijadikan lelaki dan perempuan serta berbangsa-bangsa, supaya mereka saling kenal mengenal. Selain itu rakyat bukan Islam sering diingatkan bahawa manusia dikira apa bangsa dan agama sebenarnya bersaudara iaitu berasal dari satu bapa dan ibu iaitu Adam dan Hawa.

Sedikit demi sedikit kawan-kawan kita berlainan bangsa mula menerima konsep persaudaraan dan perpaduan dalam Islam. Di mana pimpinan menjelaskan bahawa Islam selamat, Melayu selamat, India Selamat, Cina Selamat dan semua orang selamat. Ini kerana Islam tidak pernah memaksa orang lain memeluk Islam malah negara Islam wajib melindungi rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama.

Itulah manisnya Islam. Suatu agama yang mengiktiraf kepelbagaian bangsa dan agama serta tidak meminggirkan golongan minoriti. Mereka semua adalah rakyat yang mempunyai hak sama rata. Sebab itulah Umno sangat takut dengan perkembangan sekarang kerana orang Cina, India dan semua kaum bukan Islam tidak lagi takut untuk berkawan dan menyokong PAS. Dengan slogan PAS FOR ALL dan Negara Berkebajikan ianya sudah cukup membuatkan rakyat pelbagai agama dan bangsa tertarik untuk bersama PAS. Ini dibuktikan lagi dengan rekod bersih kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS yang tidak pernah terpalit dengan rasuah dan penyelewengan.

Tidak syak lagi pendekatan PAS mendekati dan berkawan dengan semua lapisan masyarakat yang mula-mula digagaskan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor amat tepat dan berjaya. Kini semua lapisan rakyat tidak lagi ragu-ragu untuk memberikan sokongan kepada PAS dan PR.

Syabas. Allahu Akhbar

15 March 2013

INI YANG UMNO/BN AJAR PADA PENGIKUTNYA


BUBAR PARLIMEN : NAJIB TIDAK BOLEH TANGGUH LAGI

Najib Razak tidak boleh tangguh lagi pembubaran Parlimen kerana 21 Mac ini Dun Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri seandainya beliau masih takut untuk melakukannya.

Namun begitu Najib boleh sahaja membiarkan Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri kerana selepas terbubar dengan sendiri Pilihanraya di Negeri Sembilan boleh dilakukan sehingga 21 Mei kerana mengikut undang-undang Pilihanraya boleh dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

Jadi Najib boleh membiarkan Parlimen terbubar dengan sendiri iaitu pada 28 Aoril dan mengadakan pilihanraya sebelum 21 Mei bagi memastikan Pilihanraya serentak di semua negeri termasuk Negeri Sembilan

MAHATHIR MENGAKU KALAU BN KALAH, BN TIDAK AKAN RAMPAS KEMBALI MALAYSIA


KDYMM SULTAN KELANTAN BERANGKAT KE MAJLIS TAHLIL ARWAH WIRA NEGARA

KDYMM Sultan Muhammad V berangkat menghadiri Majlis Tahlil Arwah, Wira Negara Allahyarham Ahmad Hurairah Bin Ismail Di Kg Bayu Lalang,Dun Meranti.


Allahu Akhbar.


Sumber : Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]

14 March 2013

MUSA HITAM : NEGARA TAK BANGKRAP DI BAWAH PR

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.

Menurutnya, sekiranya mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik, lapor Sinar Harian.

Harian itu melaporkan Musa (kanan) sebagai berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.

"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.

"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. 

"Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," beliau dilapor sebagai berkata dalam sidang media, semalam.

Malah jika ditinjau kedudukan ekonomi, negeri-negeri PR jauh lebih hebat dari negeri-negeri BN. Selangor dan Pulau Pinang adalah 2 buah negeri PR. Perbelanjaan berhemah dan pengurusan kewangan yang baik menjadikan negeri-negeri cemerlang. Tiada penyalahgunaan kuasa, tiada rasuah dan sebagainya.

Pandangan Tun Musa Hitam amat tepat. Beliau tidak takut untuk menyampaikan pendapatnya. Beliau bukan pembodek. Sebagai seorang negarawan beliau mendalami apa yang dirasai oleh raykat, menyedari kesengsaraan rakyat dan sebaginya.



13 March 2013

BENDERA PAS BERKIBAR MEGAH DI KAPAL DAGANG MALAYSIA

TERBAIK!!!!!..PETUGAS KAPAL DAGANG MALAYSIA DENGAN MEGAH MENGIBARKAN PANJI PAS!!!!!!

Semangat anak watan yang harus diberikan kepujian.

Berani menonjolkan sokongan secara terbuka, berani dan ikhlas.

Petanda hayat UMNO kini semakin hampir tamat.

PRU 13 BAKAL MENYAKSIKAN SATU PERUBAHAN DALAM LANDSKAP POLITIK NEGARA...BERUBAH KEDUDUKKAN.. UMNO DARI PARTI PEMERINTAH KE PARTI PEMBANGKANG..INS'YALLAH.

AYUH KITA RAKYAT MALAYSIA YANG PERIHATIN DAN BERTANGGUNG JAWAB KITA SAMA SAMA KO KAN BN!!!


Sumber : FB Busman Original

PESURUHJAYA PAS MELAKA KENA SAMAN RM100 JUTA

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari disaman oleh kerajaan negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).Ianya berkaitan dengan isu zakat melaka. Tuntutan Gantirugi dari Kerajaan Melaka dan MAIM ialah RM100 juta. Selain Adly  Jauhar Muhammad Dawi dan Wartawan Harakahdaily juga disaman berkaitan kes ini.

Kaya kerajaan Melaka dan MAIM kalau mereka menang tuntutan gantirugi ini. Bolehlah kerajaan Melaka bayar hutang negeri yang sudah mencecah RM856 juta. Boleh kurangkan menjadi RM756juta selepas Adly, Jauhar dan Harakahdaily membayarnya. Itupun kalau mereka menang saman itu. Kalau mereka kalah selepas ini mereka pula kena saman.

Apakah saman ini sebagai satu cara bagi mereka untuk menghalang rakyat Melaka memperkatakan tentang isu zakat ini serta bertujuan untuk PR menutup mulut jangan membongkarnya ketika kempen PRU13.

Peguam-peguam sila beri komen untuk memudahkan kami memainkan peranan agar wang zakat tidak terus dieksploitasi oleh pihak-pihak yang biadap kepada Allah dan umat Islam Melaka.

BUBAR PARLIMEN : BETULKAH NAJIB SUDAH MOHON PERKENAN TUANKU?

Kami ini diambil dari FB Penerangan PAS Melaka. Betulkah Najib sudah mengadap Tuanku untuk mohon perkenan pembubaran Parlimen. Kita tunggu dan lihat ...............

12 March 2013

JEPUN AKAN BANGKRAP KERANA BERI PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA PELAJAR MALAYSIA

Jepun bakal berhadapan dengan kebangkrapan kerana menawarkan pendidikan percuma kepada pelajar-pelajar Malaysia yang ingin melanjutkan pengajian tinggi di negara matahari terbit tersebut. Ini selaraskan dengan pendapat dan analisis yang dibuat oleh pimpinan Umno/BN yang menjangkakan sesebuah negara khususnya Malaysia akan bangkrap jika pendidikan percuma diperkenalkan di Malaysia.

Kita lihat nanti apakah Jepun akan bangkrap????

Sila baca di sini 

BETULKAH JEPUN BERI PENDIDIKAN PERCUMA KPD PELAJAR MALAYSIA??



Perdana Menteri malaysia Najib Razak dan Barisan Kabinetnya mengatakan bahawa jika
pendidikan percuma di berikan pada rakyat malaysia, negara akan bangkrup,

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini telah mengetuai kabinet Jepun bagi meluluskan
biasiswa percuma kepada setiap pelajar dari Malaysia untuk belajar di Jepun,

Bercakap kepada ajensi berita fakap EP di tokyo hari ini, Shinzo Abe berkata,
pendidikan atau biasiswa percuma ini di berikan kepada rakyat malaysia kerana negara Jepun adalah negara yang berkebajikan. jepun kelihatan sangat mengasihani rakyat Malaysia yang tertindas dan yang kena tindas.

Tinjauan Dr @Tiewnama di Tokyo hari ini mendapati pelajar pelajar malaysia yang belajar
di sana kelihatan sangat gembira, dan mereka juga telah berikrar untuk berbakti kepada
kerajaan jepun atas inisiatif membalas jasa jasa baik kerajaan Jepun,

Ketika di tanya kepada salah seorang pelajar Malaysia yang belajar di Jepun mengenai
biasiswa percuma dari kerajaan jepun ini, mereka berkata,

''Sedangkan kerajaan jepun pun sanggup memberikan pendidikan percuma kepada 
kami, tetapi kerajaan malaysia di bawah Barisan Nasional mengatakan negara akan 
bangkrap dan rakyat akan malas jika semuanya di berikan percuma,''

''Maka kami akan pulang ke Malaysia jika PRU 13 di adakan supaya pendidikan
percuma dapat di adakan di tanah air kami''


PERDANA MENTERI JEPUN ISYTIHAR BERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA KEPADA PELAJAR MALAYSIA YANG BELAJAR DI JEPUN. kah3

11 March 2013

HARAM JATUHKAN KERAJAAN KELANTAN SEKARANG?


PELAJAR SEKOLAH PUN MARAH PADA UMNO/BN

Pembelajaran anak-anak diganggu dan guru-guru ditukarkan sesuka hati sehingga pelajar-pelajar sekolah juga marah.

Inilah bahananya apabila Umno/BN sudah tidak waras menggunakan kuasa mereka bertindak sesuka hati walaupun mengorbankan pelajaran anak-anak kita.

10 March 2013

NAJIB TAK ADA MARUAH GUNAKAN MANDAT PAK LAH UNTUK MEMERINTAH


Ketika artikel ini ditulis, rakyat Malaysia meraikan lima 5 tahun ulang tahun tsunami politik melanda Malaysia.
Parlimen pun masih belum dibubarkan. Rakyat Malaysia semakin resah, malah pemimpin-pemimpin politik baik di pihak kerajaan atau pun pembangkang lebih resah menanti tarikh pembubaran parlimen.
Mengimbau lima tahun lalu ketika tsunami politik 2008 melanda, Malaysia berPerdana Menterikan Abdullah Ahmad Badawi yang juga dikenali sebagai Pak Lah.
Beliau pengganti Dr Mahathir Mohammad yang memegang jawatan PM paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama hampir 30 tahun.
Pak Lah, ketika lantikannya dikenali juga sebagai Mr Nice Guy lantaran perwatakannya yang lemah lembut.
Beliau dipilih oleh Mahathir untuk meraih kembali sokongan rakyat lantaran imej ‘diktator’ yang lekat pada Mahathir semenjak zaman reformasi 1999 dan ternyata strategi ini membuahkan hasil.
Selain itu, beliau juga sebagai seorang tokoh berlatarbelakang agama yang amat sukar sekali dicari dalam Umno, malah waris kepada tokoh ulama di Pulau Pinang.
Ciri-ciri inilah yang menjadikan rakyat Malaysia terutama orang Melayu, terpesona dengan perwatakan dan latar belakangnya dan melupakan kejahatan dan kezaliman Mahathir sebelum itu.
Sebaik sahaja mengambil alih jawatan PM pada 31 Oktober 2003, Pak Lah tidak perlu mengambil masa lama untuk membubarkan parlimen bagi mendapat mandat baru dari rakyat.
Beliau hanya mengambil masa lima bulan selepas dilantik sebagai Perdana Menteri untuk membubarkan parlimen pada 4 Mac 2004 dan seterusnya mandat baru diperoleh pada 21 Mac 2004.
Mandat yang beliau peroleh bukan calang-calang mandat, malah yang terbaik buat Umno dan Barisan Nasional pasca reformasi 1999 dan dalam sejarah Umno dan BN.
Ternyata strategi Umno/BN untuk mengalihkan beban imej Mahathir sebagai diktator dengan pengganti barunya Abdullah Ahmad Badawi, berhasil cemerlang, gemilang dan terbilang!
Namun, Pak Lah sebenarnya seorang PM yang lemut dan ‘lembik” serta lemah dalam pentadbiran negara, sehingga beliau diserang luar dan dalam sebaik sahaja Umno BN gagal meraih 2/3 majoriti parlimen pada 2008.
Gambar-gambar beliau yang ‘selalu tidur’ menjadi bahan jenaka rakyat yang menjadi satu faktor kegagalan beliau untuk mendapat 2/3 majoriti pada 2008.
Namun di dalam kelembutan dan kelembikanya, Pak Lah dengan macho dan berani membubarkan parlimen dalam masa lima bulan sahaja selepas perlantikannya sebagai PM untuk mendapat mandat baru.
Selepas itu, mandat tersebut digunakan sebaiknya sebelum membubarkan parlimen kira-kira empat tahun selepas itu yag menyaksikan tsunami politik negara pada 2008.
Menumpang mandat Pak Lah
Disebabkan kegagalannya meraih 2/3 majoriti parlimen dalam sejarah Malaysia, beliau diserang luar dan dalam malah oleh mantan PM, Dr Mahathir.
Tidak perlu lama untuk mengakui kelemahan dan kesilapan, beliau meletakkan jawatan sebagai PM dan menyerahkannya pada 3 April 2009 kepada Najib Tun Razak, PM Malaysia ke-6.
Najib semenjak zaman mudanya dikenali sebagai seorang yang lantang dan agresif. Ucapan dan pidatonya juga berapi-api, amat jauh sekali dengan Abdullah Badawi.
Dari segi sejarah, Najib pernah menjadi ahli perlimen termuda, timbalan menteri termuda dan menteri besar termuda di Malaysia. Malah beliau antara pemimpin Umno yang mempunyai kepetahan berpidato yang jarang-jarang dimiliki oleh pemimpin Umno lain.
Sedar tidak sedar, hari ini sudah hampir empat tahun rakyat Malaysia berPerdana Menterikan Najib Razak. 3 April bulan hadapan genap empat tahun beliau menjadi PM Malaysia ke-6 dan mungkin yang terakhir.
Malah, sedar tidak sedar juga sebenarnya mandat yang diterima oleh Najib hari ini sebenarnya mandat rakyat untuk Pak Lah, bukan untuk Najib.
Ya, beliau harus sedar bahawa mandat yang beliau pegang hari ini adalah mandat yang diperoleh oleh Abdullah Badawi pada 8 Mac 2008 dan beliau hanya menumpang mandat Pak Lah.
Selemah-lemah Pak Lah, beliau dengan beraninya membubarkan parlimen dalam masa setahun selepas menerima mandat PM dari Mahathir.
Namun sehebat-hebat Najib, sudah empat tahun beliau masih menggunakan mandat Pak Lah yang lemah dan masih belum berani membubarkan parlimen.
Terbukti Najib adalah seorang pemimpin yang berjiwa kecil dan tidak berani untuk membuat keputusan sendiri. Selembik-lembik Pak Lah beliau berani membubarkan Parlimen lebih awal malah berani membatalkan projek Jambatan Bengkok. 
Najib memang terkenal dengan kepimpinan yang tidak teruji. Beliau menjadi Ketua Pemuda Umno secara percuma dari Anwar, menjadi Perdana Menteri juga menggunakan mandat orang lain.
Sah beliau seorang pemimpin yang tidak bermaruah.
Sumber : FMT

UTUSAN TAK SERIK-SERIK: SENARAI UTUSAN KALAH SAMAN


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter