PESURUHJAYA PAS MELAKA KENA SAMAN RM100 JUTA

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari disaman oleh kerajaan negeri Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).Ianya berkaitan dengan isu zakat melaka. Tuntutan Gantirugi dari Kerajaan Melaka dan MAIM ialah RM100 juta. Selain Adly  Jauhar Muhammad Dawi dan Wartawan Harakahdaily juga disaman berkaitan kes ini.

Kaya kerajaan Melaka dan MAIM kalau mereka menang tuntutan gantirugi ini. Bolehlah kerajaan Melaka bayar hutang negeri yang sudah mencecah RM856 juta. Boleh kurangkan menjadi RM756juta selepas Adly, Jauhar dan Harakahdaily membayarnya. Itupun kalau mereka menang saman itu. Kalau mereka kalah selepas ini mereka pula kena saman.

Apakah saman ini sebagai satu cara bagi mereka untuk menghalang rakyat Melaka memperkatakan tentang isu zakat ini serta bertujuan untuk PR menutup mulut jangan membongkarnya ketika kempen PRU13.

Peguam-peguam sila beri komen untuk memudahkan kami memainkan peranan agar wang zakat tidak terus dieksploitasi oleh pihak-pihak yang biadap kepada Allah dan umat Islam Melaka.

Comments

Anonymous said…
Sepatutnya rakyat negeri Melaka yang patut saman kerajaan negeri melaka sebab terlalu banyak menghabiskan duit rakyat dengan sia-sia.