BUBAR PARLIMEN : NAJIB TIDAK BOLEH TANGGUH LAGI

Najib Razak tidak boleh tangguh lagi pembubaran Parlimen kerana 21 Mac ini Dun Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri seandainya beliau masih takut untuk melakukannya.

Namun begitu Najib boleh sahaja membiarkan Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendiri kerana selepas terbubar dengan sendiri Pilihanraya di Negeri Sembilan boleh dilakukan sehingga 21 Mei kerana mengikut undang-undang Pilihanraya boleh dibuat dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

Jadi Najib boleh membiarkan Parlimen terbubar dengan sendiri iaitu pada 28 Aoril dan mengadakan pilihanraya sebelum 21 Mei bagi memastikan Pilihanraya serentak di semua negeri termasuk Negeri Sembilan

Comments