PAS PERSAUDARAKAN SELURUH RAKYAT

Setiap kali pimpinan PAS berceramah di hadapan rakyat yang bukan Islam, acapkali mereka membaca Al-Qur'an yang menjelaskan bahawa Manusia dijadikan lelaki dan perempuan serta berbangsa-bangsa, supaya mereka saling kenal mengenal. Selain itu rakyat bukan Islam sering diingatkan bahawa manusia dikira apa bangsa dan agama sebenarnya bersaudara iaitu berasal dari satu bapa dan ibu iaitu Adam dan Hawa.

Sedikit demi sedikit kawan-kawan kita berlainan bangsa mula menerima konsep persaudaraan dan perpaduan dalam Islam. Di mana pimpinan menjelaskan bahawa Islam selamat, Melayu selamat, India Selamat, Cina Selamat dan semua orang selamat. Ini kerana Islam tidak pernah memaksa orang lain memeluk Islam malah negara Islam wajib melindungi rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama.

Itulah manisnya Islam. Suatu agama yang mengiktiraf kepelbagaian bangsa dan agama serta tidak meminggirkan golongan minoriti. Mereka semua adalah rakyat yang mempunyai hak sama rata. Sebab itulah Umno sangat takut dengan perkembangan sekarang kerana orang Cina, India dan semua kaum bukan Islam tidak lagi takut untuk berkawan dan menyokong PAS. Dengan slogan PAS FOR ALL dan Negara Berkebajikan ianya sudah cukup membuatkan rakyat pelbagai agama dan bangsa tertarik untuk bersama PAS. Ini dibuktikan lagi dengan rekod bersih kerajaan Kelantan dan pimpinan PAS yang tidak pernah terpalit dengan rasuah dan penyelewengan.

Tidak syak lagi pendekatan PAS mendekati dan berkawan dengan semua lapisan masyarakat yang mula-mula digagaskan oleh Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor amat tepat dan berjaya. Kini semua lapisan rakyat tidak lagi ragu-ragu untuk memberikan sokongan kepada PAS dan PR.

Syabas. Allahu Akhbar

Comments