MUSA HITAM : NEGARA TAK BANGKRAP DI BAWAH PR

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam menegaskan tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.

Menurutnya, sekiranya mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik, lapor Sinar Harian.

Harian itu melaporkan Musa (kanan) sebagai berkata, perkara penting adalah memberi gambaran baik terhadap ekonomi negara supaya mampu menarik pelabur.

"Itu kenyataan politik, bagi pendapat saya tidak, malah saya telah ulas perkara ini secara terbuka, termasuk kepada pihak bank dan orang luar. Ini adalah pendapat dan pendirian peribadi saya.

"Jika pembangkang memerintah, mereka tidak akan membuat pelabur dari luar negara lari. 

"Mereka tidak akan buat sedemikian dan membuat ekonomi bankrap," beliau dilapor sebagai berkata dalam sidang media, semalam.

Malah jika ditinjau kedudukan ekonomi, negeri-negeri PR jauh lebih hebat dari negeri-negeri BN. Selangor dan Pulau Pinang adalah 2 buah negeri PR. Perbelanjaan berhemah dan pengurusan kewangan yang baik menjadikan negeri-negeri cemerlang. Tiada penyalahgunaan kuasa, tiada rasuah dan sebagainya.

Pandangan Tun Musa Hitam amat tepat. Beliau tidak takut untuk menyampaikan pendapatnya. Beliau bukan pembodek. Sebagai seorang negarawan beliau mendalami apa yang dirasai oleh raykat, menyedari kesengsaraan rakyat dan sebaginya.



Comments