.

.

20 February 2010

WANITA MELAYU DILANTIK YDP MPPP : UMNO AKAN BERDEMO?

Setiausaha Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Patahiyah Ismail dilantik sebagai Yang Dipertua majlis itu berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mengumumkan pelantikan itu hari ini berkata Patahiyah yang ketika ini memangku jawatan Yang Dipertua majlis itu adalah wanita pertama di negara ini dilantik menerajui pihak berkuasa tempatan.

Apakah Umno akan mengadakan demo kerana membantah perlantikan ini?

HUKUM SEBAT : JANGAN ULAS KALAU TAK FAHAM

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata demi menjaga maruah dan tidak memalukan pesalah pihak berkuasa lebih gemar untuk tidak menghebohkan hukuman sebat ini.

Kenyataan beliau ini dimuatkan dalam sebuah akhbar ruangan tempatan (Melaka & Negeri Sembilan)

Bagi saya kenyataan Mohd Ali tidak betul dan perlu diteliti. Ini bukan masalah untuk menjaga maruah atau tidak memalukan pesalah tetapi ini adalah hukum Allah yang mesti dilaksanakan. Allah mencipta manusia dan Allah tahu mana yang baik dan buruk. Hukum Allah sudah tentu mempunyai berkat dan sekiranya ia dilaksanakan sudah tentu akan ada pertolongan dari Allah (nakallan minAllah).

Di dalam jelas dinyatakan bahawa penzina yang berkahwin yang dibuktikan bersalah hendaklah disebat 1oo kali dikhalayak ramai. Apakah kita berani mempertikaikan kebenaran Al Qur'an.?

Jelas sekali Mohd Ali seolah-olah tidak faham akan bentuk dan kaedah pelaksanaan hukum Islam terhadap pesalah zina.

Tidak berbangkit masalah malu atau jaga maruah kerana Allah yang menetapkan hukum sedemikian. Adakah kita sebagai hambaNya layak untuk mempersoalkan hukum Allah.???

SEBAT : JANGAN PERSENDA HUKUM ISLAM

Riuh rendah sehari dua ini tentang hukuman sebatan. Ada pihak mendakwa hukum sebatan itu bertepatan dengan Islam dan wajar dihormati.
Namun sebenarnya hukum sebatan yang dijalankan ke atas 3 wanita tersebut adalah jauh dari hukum Islam sebenar. Siapa yang mengajar mereka bahawa hukum Islam ke atas penzina yang belum kahwin adalah 6 sebatan dan dijalankan secara tertutup. Adakah gagasan 1Malaysia yang mengajar mereka.

Sedangkan di dalam Al-Qur'an disebutkan bahawa penzina yang dibuktikan bersalah disebat dengan 100 rotan di khalayak ramai. Jelas sekali lagi bahawa hukum Islam dipersenda dan dipinda sesuka hati. Siapa punya angkara semua ini.
Saya menggesa pihak berwajib dan berkuasa supaya benar-benar menghayati Hukum Islam dan kaedah pelaksanaannya, jangan persenda dan mengubahnya sesuka hati.

19 February 2010

UMNO CUBA BELIT LAGI

Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa menyembunyikan fakta sebenar di sebalik dakwaan kononnya kerajaan negeri memperuntukkan RM24.3 juta untuk pembangunan hal ehwal umat Islam di Pulau Pinang pada tahun ini.

Ini kerana, jumlah sebenar peruntukan yang disediakan bagi tujuan itu didakwa hanyalah RM11 juta, lebih rendah berbanding RM12.2 juta yang diberi ketika era pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008.

Pengerusi Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohd. Yussoff Hamid ketika membuat pendedahan itu berkata, peruntukan RM24.3 juta yang dinyatakan kerajaan negeri sebenarnya turut merangkumi perbelanjaan tahunan bagi kos pengurusan agensi agama Islam.

Saya hairan dengan Umno yang terus-menerus cuba memutarbelitkan fakat sebenar sehingga fakta yang jelas pun cuba diputarbelitkan.

Persoalannya apakah kos pengurusan agensi agama Islam di Pulau Pinang tidak boleh dimasukkan di dalam bajet RM24.3 juta untuk pembangunan Islam. ?

Umno sebenarnya tak faham matematik RM24.3 juta dengan RM12.2 juta dia tidak tahu mana yang banyak!!!!!!!!!!!

18 February 2010

PEMUDA UMNO SILAKAN BERDEMO!!!

Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Jadi saya cadangkan Pemuda Umno supaya mengadakan demonstrasi membantah kerajaan negeri Johor, Pahang dan Perlis kerana tidak mengadakan Perarakan Maulidur Rasul.
Jangan hanya marahkan Pulau Pinang kerana didakwa tidak mahu mengadakan perarakan maulidur Rasul sedangkan sebenarnya ianya tetap diadakan seperti biasa.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran.

TUBUH KECIL TAPI BERANI, BADAN BESAR TAPI PENGECUT

Presiden Mahmoud Ahmedinejad yang bertubuh kecil kelmarin memberi amaran bahawa mana-mana negara yang cuba mengenakan sekatan baru ke atas Iran akan kecewa dengan keputusan tersebut dan bakal menghadapi reaksi tegas daripada Teheran.

Kenyataan terbaru Mahmoud itu dibuat ketika mengulas lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton ke negara-negara Teluk dalam usaha meraih sokongan untuk mengenakan sekatan baru ke atas Iran.

Dengan tegas Ahmadinejad berkata sesiapa saja yang cuba mencetuskan masalah kepada Iran, reaksi kami tidak lagi seperti sebelum ini. Reaksi kami cukup tegas dan akan membuatkan mereka kecewa. Sekatan tidak akan menjejaskan Iran.

Mahmoud berkata, rundingan mengenai pertukaran bahan api nuklear masih berjalan dan belum berakhir.

Malangnya ada pemimpin di negara kita yang bertubuh besar tetapi pengecut dan penakut. Walaupun pemimpin kita dituduh terlibat dengan isu-isu kontroversi oleh media luar negeri, pemimpin tersebut berdiam diri langsung tidak mengambil tindakan terhadap keceluparan dan kebiadapan media tersebut.

Rakyat mengharapkan pemimpin terbabit menyaman media luar negeri kerana membuat tuduhan tersebut namun rakyat kecewa kerana pemimpin terbabit takut dan pengecut untuk berbuat demikian.

Nama pemimpin terbabit busuk di luar negara tetapi pemimpin kita ini asyik mendiam diri tidak membuat apa-apa tindakan.

Rakyat sanggup bergolok bergadai untuk membantu membiayai kos guaman beliau di luar negeri kerana tidak mahu nama pemimpin kesayangan kita dan nama negara kita busuk.

Kita harap pemimpin kita ini mencontohi Ahmadinejad yang berani dan tegas dalam apa juga isu melibatkan kepentingan dan maruah negara dan rakyat.

JANGAN BONGKAK DENGAN ALLAH

Paras Empangan Durian Tunggal kini berada pada 73 peratus kapasiti, iaitu turun hampir 10 peratus berikutan cuaca panas yang melanda beberapa kawasan kini.

Bagaimanapun, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menasihati rakyat Melaka supaya tidak risau kerana jumlah air yang ada pada masa ini adalah memadai untuk kegunaan mereka.

Menurutnya, ini kerana selain air yang disimpan di dalam ‘bundle storage’ sebagai bekalan, paras air di Empangan Jus, iaitu 74 peratus daripada kapasitinya, adalah cukup untuk menampung permintaan.
Kita sebagai rakyat menyanjung usaha-usaha kerajaan dalam menangani isu air ini. Cuma kita ingatkan diri kita jangan bongkak dengan Allah. Kuasa Allah mengatasi kuasa makhluk.
Kemarau adalah salah satu dari bala Allah ke atas hambaNYa.
Di Melaka terlalu banyak maksiat yang berlaku. Namun saya melihat kerajaan negeri buat 'dek' sahaja dengan gejala yang berlaku.
Zina. khalwat berlaku berleluasa (kalau tidak takkan 393 anak luar nikah dilahirkan di Melaka pada tahun 2009). Pusat pelacuran, pub, kelab malam, rumah urut, kedai arak, kedai nombor ekor, pusat judi tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan.
Ustaz-ustaz yang mengajar di masjid dan surau dihalang dari mengajar kerana dikatakan tiada tauliah sedangkan mereka lulus dari Al Azhar dan IPTA kita sendiri. Masjid-masjid ditadbir sesetengah oleh jahil dan fasik.
Saya ingatkan diri saya dan semua kita supaya memuhasabahkan diri kita. Kerajaan negeri yang berkuasa juga kena muhasabah dirinya sendiri apakah selama ini kerajaan sudah memainkan peranan mencegah kemungkaran dan menegakkan makhruf.
Kita bimbang bila bala Allah datang semua kita terlibat sama. Minta dijauhkan Allah.

DULU SANJUNG KINI TIBAI

Dulu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah begitu menyanjung tinggi Anwar.
Siapa tidak kenal Saifuddin yang sememangnya menyanjung bekas Presiden Abim itu.
Tetapi oleh kerana sudah berjawatan besar, kereta besar maka lupa yang hak dan yang batil.
Kepada Saifuddin ingatlah perjuanganmu dulu.
Saya sebagai salah seorang pengundi di Parlimen Temerloh mengharapkan dikau supaya kembali ke pangkal jalan.
Saudaramu di Tanjung Kerayong Lebak, Temerloh malu dengan sikap kamu.
Hari ini di dalam disiarkan kenyataanmu bahawa Anwar terlalu licik berpolitik namun terlupa bahawa 'belangnya sudah semakin jelas' sehingga tidak dipercayai oleh wakil rakyatnya sendiri.

Anwar, katamu berpolitik secara licik dan keterlaluan, dalam politik ada hadnya Anwar harus terima ini adalah realiti politik serta menghormati pendirian mereka. Ini sebahagian daripada proses demokrasi. 'Tuntas' kata-katamu tetapi bukan semua mempercayaimu.
Dikau menang di Temerloh pun dengan pertolongan undi Pos kalau tak ada undi pos belum tentu engkau boleh jadi Wakil Rakyat.

1MALAYSIA, UMUR PENDEK?

Adakah umur 1Malaysia sama dengan umur Islam Hadhari iaitu tidak panjang. Tidak seperti Bersih, Cekap, Amanah, Tradisi Membela Rakyat, Kepimpinan Melalaui Teladan, Dasar Pandang Ke Timur dan lain-lain. Sudah ada orang yang mula memperkatakan hal ini.
Islam Hadhari yang digagaskan oleh kerajaan BN sebelum ini tidak panjang umurnya kerana berlakunya pertukaran kepimpinan BN. Hari ini sudah ada pihak yang mula berani menjolok isu ini. Apa sebabnya saya pun tidak tahu.
Umur 1Malaysia baru setahun jagung takkanlah ia hendak dikuburkan begitu sahaja seumpama Islam Hadhari. Sudah berapa juta duit rakyat dihabiskan semata-mata untuk menggagaskan konsep 1Malaysia yang di pelopori oleh Datuk Seri Najib Razak.
Ada pihak yang mendakwa Najib meniru DAP yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia sejak sekian lama. Kata mereka konsep itu sama sahaja cuma Najib mengubah perkataannya. Bagi saya itu tidak penting yang penting apakah konsep itu benar-benar sesuai dan dijiwai oleh kerajaan sendiri. Jika kerajaan sendiripun tidak mahu mengamal dan memartabatkannya bagaimana rakyat ingin menurutinya. Bukankah kepimpinan melalui teladan?
Saya ingin memberi satu contoh bagaimana kerajaan sendiri memandang enteng konsep ini. Jelas kerajaan Pusat mengamalkan diskriminasi apabila enggan dan berdegil tidak mahu membayarkan royalti kepada Kelantan sedangkan Kelantan adalah sebuah negeri di dalam Malaysia. Jika benar konsep 1Malaysia ingin ditegakkan maka sudah tentu tidak ada pilih kasih dan diskriminasi dilakukan sesama kita 1Malaysia.
Begitu juga dengan isu-isu lain di peringkat kampung. Masih banyak kes-kes pilih kasih, diskriminasi dan seumpamanya diamalkan. Ada penyokong bukan BN yang dinafikan mendapatkan subsidi baja dan lain-lain. Jalan-jalan tar hanya diturap untuk rumah-rumah penyokong BN, untuk bekerja di Jabatan-jabatan kerajaan mesti ahli Umno/BN. Apakah ini semangat 1Malaysia.
Lebih teruk lagi ada Pegawai yang paling rapat dengan pemimpin negara sendiri mempertikaikan kewujudan orang Tionghua dan India seperti kes yang berlaku di Melaka baru-baru ini.
Persoalannya apakah 1Malaysia umurnya pendek sama seperti Islam Hadhari yang ada Had dan Hari itu.

ADUN 'LOMPAT' TUNJUK BELANG, BELASAH DR ASRI

Rasa malu dan geli membaca kisah ADUN lompat, Jamaluddin Md Radzi yang menempelak Dr Asri Zainul Abidin dalam media hari ini.
'Ustaz' Jamaluddin yang juga ADUN Behrang berkata, "sepatutnya Dr. Asri berjumpa kami dahulu,kalau tak tahu cerita sebenar jangan bercakap,jumpa kami dahulu,mengapa beliau bertindak sedemikian".

Tambahnya lagi, "saya dan kawan-kawan lompat parti kerana kami terasa hina dieksploitasi oleh pihak DAP,kalau Dr. Asri benar bercakap atas kepentingan melayu dan agama islam sila jumpa kami dan dapatkan penjelasan sebenar".
Hairan sungguh saya dengan gelagat 'Ustaz' Jamaluddin, pandai pula beliau terasa dihinakan oleh DAP tetapi lompat parti tidak hina ke?
Bagi saya melompat parti dan dituduh disogok dengan duit dan diugut serta di'culik' lebih hina lagi malah ianya bukan setakat hina tetapi HINA SEHINA-HINANYA.

Lebih menghairankan beliau mendakwa, tidak timbul isu pengkianat dan isu mengkianati keputusan rakyat kerana secara realitinya rakyat menerima keputusan kami ini.
Rakyat mana agaknya yang menerima beliau, Osman dan Hee. Setahu saya semua orang meluat dan menghina mereka. Sehingga ada antara mereka yang takut dan malu untuk keluar rumah dicemuh oleh rakyat, rakan dan taulan.
Saya MENCABAR mereka bertiga supaya membuktikan bahawa rakyat menerima mereka dengan mengosongkan kerusi DUN masing-masing (memang telah kosong tetapi dibantu oleh SPR) serta merta bagi memberikan peluang kepada rakyat memilih Wakil Rakyat yang mereka suka.

Takut-takut nanti ketiga-tiga mereka awal-awal lagi diketepikan bukan oleh rakyat tetapi oleh BN dengan memilih orang lain menjadi calon BN.
Dr Asri dalam kenyataannya kepada media semalam menyatakan "Berdosa"melompat parti kerana ini adalah amanah rakyat. Kenyataan beliau ini senada dengan kenyataan Mursyidul Am' PAS Tok Guru Nik Abdul Aziz.

ZUL NORDIN : AMBIL TINDAKAN SEGERA APA TUNGGU LAGI

Saya hairan dengan pimpinan PR yang jelas begitu lambat mengambil tindakan terhadap YB Zulkifli Nordin yang saban hari membuat kritikan, tohmahan dan memburuk-burukkan PR.
Mengapa begitu lambat pimpinan PR mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu ini. Adakah kerana takut kehilangan satu kerusi parlimen lagi maka Zul dibiarkan menceceh ke sana ke mari.
Kita tahu orang seperti ini sudah tentu digunakan oleh Umno/BN untuk kepentingan politik mereka.
Saban hari Zul menghentam semua pimpinan PR termasuk Tok-Tok Guru PAS, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan lain-lain. Zul memang manusia yang susah untuk duduk di dalam organisasi. Semua orang lain tidak betul yang betul Zul seorang diri sahaja.

PAS dihentam, PKR dihunjam, Umno diserang, DAP diterajang semua orang tidak betul, yang maksum dan betul YB Zulkifli Nordin seorang.
Jadi kepada pimpinan PR segerakan tindakan ke atas Zul. Biarkan dia kalau dia ingin masuk Umno. Tidak ada gunanya kita menyimpan seseorang yang tidak sehaluan dan tidak mahu tunduk kepada disiplin parti. Kita boleh mengkritik dan memberi nasihat tetapi bukannya dengan cara menghentam di dalam media.
Kepada Zul hentikan segala tuduhan dan tohmahan hang. Mai kita jumpa secara anak jantan. Hang dan pimpinan buleh dok semeja bincang. Jangan dok tembak kot jauh.....

LAMBAKAN ORANG ASING : MENTERI BUAT-BUAT TERKEJUT

Media melaporkan seorang Menteri 1Malaysia terkejut dengan lambakan orang asing di negara kita. Seolah-olah sebelum ini menteri berkenaan tidak tahu menahu akan hal ini.
Kenyataannya itu memang memelikkan kerana isu lambakan orang asing sudah diperkatakan sejak beberapa tahun lalu. Takkan baru sekarang beliau perasan.
Bagi saya isu ini mesti ditangani segera kerana kes-kes jenayah melibatkan orang asing ini semakin meningkat. Ramai antara mereka menggunakan kepakaran masing-masing untuk melakukan jenayah. Tidak kurang juga yang membuat onar dengan melakukan jenayah seksual.
Sudah sampai masanya kerajaan mengenakan tindakan yang berat dan operasi sapu bersih bagi menghukum semua PATI ini.
Satu perkara lagi ada yang mendakwa bahawa ramai pekerja asing ini masuk secara haram dan kemudian mendapat permit kerja dan Visa melalui pintu belakang angkara pihak-pihak tertentu yang menggunakan kuasa mereka memberikan dokumen yang sah kepada PATI. Perkara ini mesti disiasat segera. Jika benar ia berlaku hadapkan 'malaun-malaun' ini ke mahkamah.

17 February 2010

UMNO PENGKHIANAT RAKYAT


SILA KLIK ATAS IMEJ UNTUK MEMBACA DAN MENCETAK

HARTA AWAM DIBUAT MACAM HARTA UMNO

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mempersoalkan tindakan Umno Pahang yang mengunakan fasiliti milik rakyat iaitu Universiti Teknologi Mara (UiTM Jengka, Pahang) untuk program Konvensyen yang bakal dirasmikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. Seramai 2000 orang ahli Umno Pahang dijangka akan berkampung di UiTM Jengka hujung minggu ini.

Konvensyen Umno Pahang diadakan dari 19-21 Februari ini merupakan program politik yang jelas bertentangan dengan Akta UiTM 174 yang tidak membenarkan program politik diadakan didalam Universiti berkenaan. Walaupun ada peruntukan 'dengan kebenaran Menteri' tetapi kebenaran yang diberikan itu boleh dipertikaikan kerana selama ini UiTM begitu keras menolak Mahasiswa dan kakitangannya melibatkan diri dalam politik apalagi membenarkan program politik didalam kampusnya. Kalau dengan alasan sudah mendapat restu Menteri, jawapan itu juga boleh dipersoalkan kerana Menteri Pengajian Tinggi juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno.

PAS mahu bertanya kepada Naib Canselor UiTM, berapakah Umno bayar untuk mengunakan fasiliti rakyat itu. Sebelum ini sudah ada rekod bahawa Umno merupakan parti yang culas dan suka mengambil kesempatan dalam mengunakan fasiliti rakyat. Malah pada tahun lepas, Umno pernah diheret ke Mahkamah oleh Syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd kerana gagal membayar hutang sebanyak RM 218 juta semasa pilihanraya 2008. Apakah Umno mengunakan fasiliti UiTM secara berbayar atau percuma. Jika berbayar, berapakah nilai sewaan dewan-dewan dan asrama yang mereka gunakan .

Sampai bilakah UiTM mahu membiarkan dirinya terus menerus menjadi hamba kepada Umno. Rakyat sudah jelak melihat Umno memperkudakan UiTM, dimana UiTM tanpa segan silu mengarahkan Mahasiswanya menjadi petugas semasa Persidangan Umno setiap tahun di PWTC.

PAS kesal kerana dalam keadaan ekonomi dan dana Kerajaan yang gawat ini, Umno masih mahu menambahkan beban perbelanjaan. PAS mahu Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat status pengunaan UiTM Pahang sebagai lokasi program Konvensyen Umno ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Najib kena sindir : Makan Ubi Rebus

"Ubi kayu rebus dicicah kelapa parut dan sambal tumis ikan bilis mungkin juadah biasa bagi masyarakat nelayan Kuala Chenang di sini." begitulah laporan akhbar Utusan malaysia hari ini tentang Lawatan Najib Tun Razak yang disambut dengan jamuan Ubi kayu rebus oleh penduduk Pulau Langkawi itu.

Bagi Najib dan ahli Umno-BN itulah program mesra rakyat yang berjaya menaikan imejnya. Tetapi pada rakyat marhaien, juadah itu adalah sindiran tajam masyarakat Nelayan dan marhaien dinegara ini yang begitu terkesan dengan kegawatan ekonomi.

Mac ini sahaja kira-kira 50 ribu kakitangan kontrak Kerajaan akan ditamatkan perkhidmatan dan mereka pasti akan mengalami masalah kewangan selepas itu. Selain itu dasar penjimatan kerajaan telah menyebabkan guru sekolah yang berkursus kini hanya makan nasi bungkus. Ianya jelas sebagai implikasi dari kegagalan pengurusan kewangan negara.

Tetapi yang rakyat sedikit terasa, dalam keadaan kerajaan yang gawat ini tiba-tiba sahaja majalah Malaysian Business mengumumkan Nazir Razak yang juga adik kepada Najib sebagai orang yang ke-40 terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai lebih AS$ 100 juta.

Tercekik pakcik makcik di Kuala Chenang yang sedang santai menjamu Ubi rebus bila membaca berita ini. Mereka pasti tidak lupa bahawa Syarikat kewangan CIMB yang diterajui Nazir pernah menerima bantuan Kerajaan sebanyak RM 3.5 Bilion pada Oktober 2008. Ketika itu Najiblah Menteri Kewangan Negara.

Dalam lawatannya di Kuala Chenang Najib hanya beri RM 7 juta kepada nelayan disitu untuk membina pelabuhan baru, tapi CIMB dapat RM 3.5 Bilion.

Rakyat pasti membuka mata dan faham akan hal ini. Dan Najib harus mengenang ubi rebus itu sebagai satu peringatan yang paling sinis dari rakyat Marhaien. Terima kasih kepada nelayan Kuala Chenang kerana memberikan simbolik yang begitu berkesan pada Najib. Kalau benar Najib mahu membuktikan yang dia berjiwa rakyat, selepas ini wajarlah beliau menjamu ubi rebus tiap-tiap hari sehinggalah keadaan ekonomi pulih.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

PERKARA WAJIB TIDAK DILAKSANA PERKARA TAK WAJIB DIPERTAHANKAN

Tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup mengeluarkan kenyataan sambutan Maulidur Rasul tidak mempunyai fadilat hanya untuk menjaga kepentingan politiknya dengan DAP, amat dikesali.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia menggambarkan Pas sedia meminggirkan amalan umat Islam dan orang Melayu demi DAP yang sebelum ini membatalkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO Bahagian Kubang Kerian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz kelmarin bahawa sambutan Maulidur Rasul tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Saya ingin bertanya Mustapha mengapa beliau berdiam dalam hal yang jelas wajib dilaksanakan seperti menjalankan Hukum Hudud, mengharamkan riba, menutup aurat, menhentikan program maksiat, menutup pusat-pusat judi dan lain-lain. Tetapi dalam hal Maulud Nabi yang tidak diwajibkan beliau beriya-iya menempelak Tok Guru Nik Aziz.

Mengapa beliau tidak berani berkata yag hak dalam hal-hal yang jelas Haram di sisi Islam.

ANAK BERANAK AKU KAYA

Alhamdulillah, anak beranak aku kaya. Harta berbilion-bilion. Bukan lagi jutawan tetapi 'bilionwan'.

Aku bangga sebab anak, adik dan sedara-mara aku kaya.

Aku tak kisah yang penting anak beranak aku kaya. Orang lain nak kata apa, katalah yang penting anak beranak adik beradik aku kaya.

Orang kata kroni aku kaya, aku tak kisah....mereka kaya atas titik peluh mereka.

Itulah agaknya suara hati anak beranak si kaya yang dilaporkan di dalam media baru-baru ini.

Antara orang Melayu paling kaya ialah Nazir Razak, Syed Mokhtar Al Bukhary, Mokhzani Mahathir dan lain-lain. Syabas.

Siapa Nazir Razak?
Siapa Mokhzani Mahathir?

Tak perlu saya perkenalkan, tuan-tuan lebih arif!!!

BEBASKAN RAKYAT DARI PERHAMBAAN SESAMA MANUSIA

PAS berjuang untuk membebaskan rakyat negara ini dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah.

Sejarah perhambaan kepada manusia ini berlaku sejak dari dahulu lagi. Bagaimana manusia taat membuta tuli kepada manusia kerana takut atau kerana upah dan sogokan yang diterima dari pemerintah atau tuan mereka.

Demikian antara ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan At Tantawi pada program ceramah penerangan anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di Markaz PAS Kawasan Bukit Katil di Bukit Katil malam tadi.

"Sejarah telah menukilkan bagaimana seorang Panglima Islam Rubi'i Ibn Amir pernah berkata kepada Panglima Tentera Musyrik, Rustam, kami datang ke sini (berperang) untuk membebaskan manusia dari perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah"

"Kita lihat pada hari perhambaan kepada sesama manusia ini berlaku di mana rakyat takut untuk menyatakan yang hak kepada pemerintah yang zalim, pemerintah hari ini yang jelas meninggalkan Islam, melakukan maksiat, bertindak zalim dan sebagainya tetapi rakyat berdiam diri dan tidak menegur pemimpin mereka" tegas Ustaz Nasaruddin.

Turut berceramah bersama beliau malam tadi ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek; Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Zulkifli Ismail dan ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong.

15 February 2010

PECAT TENGKU RAZALEIGH , CAKAP BENAR SATU KESALAHAN

Umno akan membincangkan tindakan yang akan dikenakan kepada Tengku Razaleigh Hamzah lantaran keberanian Ku Li menegakkan yang hak dalam isu royalty minyak Kelantan.

Setiausaha Agong Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Majlis Tertinggi Umno akan bermesyuarat untuk menentukan tindakan kepada Ku Li.

Bagi saya memang jelas dalam Umno berkata benar adalah menjadi kesalahan walaupun ianya mempunyai fakta dan bukti jelas.

Kesalahan Ku Li ialah berceramah atas kepentingan rakyat Kelantan dalam isu royalty minyak. Beliau memberikan perincian tentang perjanjian kerajaan negeri dan Petronas di mana beliau merupakan antara orang yang terlibat dengan perjanjian tersebut.

Malangnya Ku Li lupa bahawa kebenaran dan hak tidak ada dalam kamus parti Umno.

Umno akan seboleh-bolehnya memutar belitkan fakta supaya yang hak menjadi batil dan yang batil menjadi hak.

Islam dan undang-undang ditolak ke tepi yang penting nafsu ‘syahwat’ Umno mesti dipenuhi.

Oleh itu saya mencadangkan kepada Umno supaya memecat Ku Li kerana beliau telah melanggar prinsip Umno iaitu Umno adalah segala-galanya dan berkata benar dan hak adalah salah di sisi Umno.

14 February 2010

CERAMAH TANTAWI 16 FEB

Seluruh rakyat negeri Melaka dijemput untuk menghadiri ceramah Umum Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan At Tantawi pada 16 Feb ini bertempat di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil bermula jam 9.00 malam.

Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Dewan Ulama PAS Negeri, Ustaz Zulkifli Ismail dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Ustaz Kamaruddin Sidek.

Seluruh Rakyat Melaka di jemput hadir.

KRISIS MCA REBUT JAWATAN PRESIDEN LEBIH BESAR

Krisis di dalam MCA melibatkan perebutan dalam jawatan utama parti lebih hebat dan meruncing jika dibandingkan dengan krisis dalam PKR. Namun ianya tidak didedahkan di dada-dada akhbar.

Sebaliknya pimpinan BN memperbesar-besarkan isu berkenaan PR. Inilah cara dan taktik BN untuk menutup pekung di dada mereka sedangkan ianya sudah busuk dan berulat.

Rakyat sebenarnya sudah faham akan hal ini. Namun BN masih lagi berfikiran 20 tahun ke belakang dengan menyangka bahawa rakyat tidak tahu dan tidak sedar akan hal ini.

Kepada pemimpin BN janganlah berfikiran kolot menyangka bahawa rakyat hanya merujuk kepada akhbar sahaja. Sedangkan rakyat pada hari ini sudah mempunyai media alternatif seperti website, bl0g dan lain-lain.

GONG XI FA CHAI

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia khasnya orang Tionghua. Moga-moga tahun Harimau ini memberikan kesejahteraan kepada kita semua bebas dari kezaliman, penindasan, ketidakadilan dan sebagainya.

DOLLAH VS TUAN IBRAHIM : JANGAN RUMITKAN ISU INI

Sebagai ahli PAS saya merasakan rugi bagi kita bertembung dan menghabiskan masa, tenaga dan idea berbalah sesama sendiri dalam isu yang boleh kita selesaikan secara baik. Tidak perlulah kita menggunakan media untuk menegakkan hujah masing-masing. Gunakan saluran yang betul untuk menyelesaikan kekusutan ini.

Masing-masing ada hujah dan bukti. Masing-masing cerdik dan hebat. Jangan ego dan besar diri. Kita perlu berlapang dada dan mendengar dakwaan dan hujah orang lain dengan berdisiplin. Jangan hanya merasakan diri kita sahaja yang betul.

Bagi yang memegang jawatan seperto Setiausaha Agong, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan sebagainya kita mesti menggunakan jawatan kita mengikut bidang tugas kita. Jangan kita jadi kuku besi dan autokratik. Segala keputusan mesti mengikut peraturan dan perlembagaan. Jangan ikut sedap hati kita sahaja. Walaupun kita mungkin orang lama dan dihormati oleh semua orang, kita mesti adil dan tidak menggunakan kuasa kita di luar ruang lingkup tugas dan tanggungjawab kita.
Bagi yang mengkritik pula, berikan kritikan membina bukannya mengikut emosi dan nafsu sendiri. Keputusan hukuman sudah dibuat secara berhati-hati dan mengambil masa yang lama. Sudah pasti segala aspek dan fakta telah diambil kira.

Akhir sekali saya merayu semua pihak yang terlibat supaya menghentikan semua polemik ini serta merta dan selesaikan secara tertutup dan dengan cara terbaik serta berhikmah.

Alangkah ruginya kita berbalah, bersengkang mata, menghabiskan tenaga, buah fikiran dan idea untuk berlawan sesama sediri. Bukankah lebih baik segala kebijakan dan kebijaksanaan itu dihalakan kepada musuh.

Musuh begitu gembira melihat kita bertelagah sesama sendiri.

FITNAH & TOHMAH : MATLAMAT MENGHALALKAN CARA

Apa sahaja cara akan digunakan asalkan ianya memberikan keuntungan politik kepada Umno/BN. Lantaran itu media terus digunakan oleh Umno/BN untuk memfitnah dan mentohmah musuh politiknya walaupun jelas sekali tuduhan tersebut tidak berasas.

Mengapa tidak bertamadun sekali Umno/BN berpolitik?

Tidak ada langsung rasa bersalah samada dari segi Islam, demokrasi maupun etika kewartawanan. Semuanya dirempuh dan diterajang ke tepi tanpa rasa segan dan malu. Rasa malu kepada Allah langsung tidak diambil peduli, rasa malu kepada manusia dipandang sepi. Semuanya gara-gara mabuk dan tamakkan kuasa tidak mahu menerima kenyataan bahawa BN sudah dibenci rakyat.

Tidak cukup dengan diskriminasi yang dihadapkan kepada kerajaan-kerajaan negeri PR, mereka menggunakan apa juga ruang yang ada untuk menimbulkan persepsi negative rakyat kepada kerajaan PR.

Media terus dihamba abdikan dan diperkudakan untuk tujuan jahat ini. Pelbagai fitnah dan tohmah di hamburkan walaupun kekadang ianya tidak masuk akal langsung. Dosa pahala malu dan segan sudah tidak ada dalam kamus mereka.

Terbaru seperti yang dilaporkan Harakah, mereka menuduh kerajaan Pulau Pinang membatalkan program Sambutan Maulidur Rasul sedangkan program tersebut sejak awal-awal lagi dimasukkan dalam calendar program kerajaan negeri. Mengapa begitu bebal media dan tuannya menuduh dan memfitnah. Sedangkan rakyat tahu dan sedar bahawa program tersebut sudah pasti diadakan.

Saya berpendapat tujuan mereka memuatkan berita itu adalah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri. Jadi selepas jika kerajaan negeri mengadakan program sambutan itu sudah media dan tuannya itu akan mendakwa sambutan itu diadakan semula selepas mendapat bantahan Umno/BN. Begitulah taktik mereka.

Harapan saya agar rakyat tidak muda tertipu dan terpedaya dengan tindakan kejam, biadap dan tidak bertamadun media pengampu Umno/BN dan tuannya ini.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter