PERKARA WAJIB TIDAK DILAKSANA PERKARA TAK WAJIB DIPERTAHANKAN

Tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup mengeluarkan kenyataan sambutan Maulidur Rasul tidak mempunyai fadilat hanya untuk menjaga kepentingan politiknya dengan DAP, amat dikesali.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia menggambarkan Pas sedia meminggirkan amalan umat Islam dan orang Melayu demi DAP yang sebelum ini membatalkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO Bahagian Kubang Kerian di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz kelmarin bahawa sambutan Maulidur Rasul tidak mempunyai fadilat dan sebarang kelebihan berbanding bulan Ramadan.

Saya ingin bertanya Mustapha mengapa beliau berdiam dalam hal yang jelas wajib dilaksanakan seperti menjalankan Hukum Hudud, mengharamkan riba, menutup aurat, menhentikan program maksiat, menutup pusat-pusat judi dan lain-lain. Tetapi dalam hal Maulud Nabi yang tidak diwajibkan beliau beriya-iya menempelak Tok Guru Nik Aziz.

Mengapa beliau tidak berani berkata yag hak dalam hal-hal yang jelas Haram di sisi Islam.

Comments

Anonymous said…
saya tak heran langsung keyataan nik ajis ni,ulama kalau bermain politik ini lah jadi nye,dia betul belako,org lain saloh belako.

jadi dia bukan tok guru tulen.
mahyuddin said…
Itu la orang-orang politik. Dah tak de ape nak cakap, pusing-pusing bende yang tak mendatangkan faedah dicakapnya.
Anonymous said…
Assalamualaikum

Woi si bangang!!!!

Ko mesti tak berani nak approved komen aku ni kan....

Takpa...asalkan ko baca dah cukup...

Bila kes buang anak di Melaka, ko hentam cukup-cukup...

Selang 3 hari berlaku kes buang dan bakar bayi di kelantan

Apasal ko diam?????

ko memang bangsat
Anonymous said…
Di kelantan ada maulidulrasul tak?
Anonymous said…
mengapa orang islam meminggirkan islam dalam jiwa mereka sendiri?jangan salahkan orang bukan islam jika mereka memperlekehkkan islam dalam kehidupan mereka.jika orang islam berhati buta terhadap tuntutan islam,jangan salahkan orang bukan islam ingin mengenal,membaca dan menyebut nama tuhan kamu daripada kamu.tgna telah banyak berlaku mesra islam terhadap bukan islam demi mempertahankan islam itu sendiri,adakah kamu tidak mengerti?demi masa orang islam lebih jauh jahil dari orang bukan islam.we respect you tgna.