.

.

11 December 2009

BUBARKAN MCA

Ahli jawatankuasa pusat MCA yang dipilih, diberi tempoh dua minggu untuk meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru parti itu diadakan.

Timbalan presiden MCA, Dr Chua Soi Lek berkata, 21 daripada 31 ahli CC mesti meletak jawatan untuk tujuan tersebut.

Masalahnya ramai dikalangan CC yang tidak mahu meletakkan jawatan kerana takut kalah jika pemilihan baru dibuat.

Dari situasi di atas terbukti MCA sudah relevan lagi. MCA bukan lagi yang mementingkan kesejahteraan rakyat sebaliknya hanya mementingkan perut dan bawah perut pimpinannya sahaja.

Sebab itulah mereka berebut-rebut untuk menjadi pimpinan MCA tanpa memikirkan kepentingan perjuangan membela rakyat.

Oleh itu saya menyeru seluruh

NAJIB TAKUT BLOGGER

Terbukti Najib semakin takut kepada Blogger apabila mencadangkan supaya satu kod etika blog diamalkan di Malaysia. Kita semua tahu resam di Malaysia apabila seorang Perdana Menteri berkata sesuatu maka sudah tentu ianya akan dikuatkuasa samada cepat atau lambat kerana ianya memerlukan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen,

Namun jika ianya penting kepada BN maka sudah tentu ianya akan dilaksanakan secepat mungkin. Semuanya bukan mustahil bagi mereka. Yang penting kuasa Umno/BN dapat dikekalkan.

Baru-baru ini di dalam Blog peribadinya, Najib berkata segala tulisan di dalam blog mestilah jujur, cerita yang benar, tepat dan tidak menyentuh perkara yang sensitive dan lain-lain.

Saya menggesa Najib supaya terbuka dan berjiwa besar dalam hal ini. Jangan berundur ke belakang dengan mangamalkan undang-undang tertutup mengongkong rakyat dan mematikan minat rakyat untuk berfikir secara kritis.

Apa salahnya rakyat ingin menyuarakan pendapat dan pandangan mereka.

Jangan takut kepada bayang-bayang sendiri.

PAKATAN RAKYAT MESTI BERANI

Sehingga kini PR masih belum mempunyai 'line-up' yang kemas dan 'documented'. Mengapa, mungkin PR tidak berani atau gagal mencari persefahaman.? Ini mesti diatasi segera jika PR benar-benar mahu meyakinkan rakyat.
Mengapa kita perlu takut untuk menamakan siapa pimpinan PR secara terbuka dan bertulis. Sebagai parti politik PAS, DAP dan PKR seharusnya berani untuk membuat keputusan dan tidak menunggu begitu lama untuk menyelesaikannya. Rakyat sudah lama menunggu dan mengharap ianya diselesaikan.

Siapa Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan sebagainya.? Masih menjadi tanda tanya!!!!
Bagaimana dengan struktur PR, keahlian, perlembagaan, perancangan dan lain-lain perkara penting.?
Jadi saya mengharapkan Konvensyen PR pada 19 Disember ini di Shah Alam dapat menyelesaikan semua persoalan dan diatas dan juga persoalan lain yang sama pentingnya.
Selagi perkara-perkara asas ini tidak dapat diselesaikan selagi itulah rakyat kurang yakin dengan PR.
Namun begitu kejayaan memerintah Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan serta Perak (1 tahun) membuktikan bahawa PR sebenarnya berjaya menjadi kerajaan yang lebih baik dari BN. Apatah lagi jika perkara-perkara asas di atas diselesaikan ......sudah tentu rakyat akan bertambah yakin.

MELAKA TIDAK DIPANDANG OLEH SHAH RUKH KHAN

Melaka langsung tidak dipandang oleh Shah Rukh Khan (SRK). Sebab itulah beliau tidak sudi untuk berkonsert di Melaka. Padanya Melaka tiada erti dan tidak memberikan apa-apa manfaat kepada beliau. Sebaliknya hanya kerajaan negeri yang terhegeh-hegeh 'melutut' kepada Shah Rukh Khan dengan mengurniakn gelaran Datuk.
Sebab itulah sekali lagi Konsert Shah Rukh Khan dibatalkan kerana beliau tiada masa untuk datang ke Melaka dan sudah tentu kerana tiada nilai komersil kepada dirinya maka beliau enggan datang ke Melaka.
Kasihan Ali Rustam!!. Sudah berapa kali beliau dipermainkan oleh Shah Rukh Khan.
Semalam Ali Rustam berkata pembatalan ini kerana SRK sibuk dengan tugas-tugas seni beliau. Kebetulan pulak katanya, kerajaan negeri masih lagi belum dapat penaja konsert berkenaan.Ini bukan kali pertama Ali Rustam kempunan untuk 'berdansa' bersama SRK.
Sebelum ini hajat Ali Rustam mempelawa SRK membuka studio perfileman di Melaka ditolak mentah-mentah oleh SRK. Hendak buat filem di Melaka tak dapat, kini konsert mega SRK pun terpaksa ditangguhkan.
Diharapkan lain kali berhati-hatilah bila memilih calon untuk diberikan gelaran Dato' takut-takut nanti diri sendiri dimalukan oleh 'Datuk' yang kita berikan penghormatan tersebut.

ANWAR DIIKTIRAF PEMIKIR TERBAIK DUNIA, NAJIB ????????????

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disenaraikan sebagai '100 Pemikir Terbaik Dunia' iaitu menduduki tempat ke 32 bersama para pemikir dunia yang lain.

Anwar disenarai oleh majalah 'Foreign Policy' yang berpusat di Washington dalam edisi Disembernya baru-baru ini.
Malangnya pemimpin keagungan Umno iaitu Najib, Pak Lah dan Mahathir langsung tidak tersenarai.

Dari fakta ini dapat disimpulkan bahawa siapa cerdik dan siapa tidak cerdik.

HARAMKAN AKHBAR UTUSAN MALAYSIA

Saya menggesa pihak berkuasa mengharamkan akhbar Utusan Malaysia kerana terbukti ianya terus menerus memainkan isu perkauman dan agama untuk kepentingan tuannya iaitu Umno. Dalam isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming di parlimen baru-baru ini, media sekali lagi memutar belitkan fakta.

Nga bukannya mempersoalkan jumlah peruntukan untuk membina masjid tetapi beliau memohon supaya peruntukan bagi membina rumah ibadat lain ditingkatkan. Itu permintaannya bukannya beliau mempertikaikan mengapa peruntukan membina masjid terlalu banyak. Terpulang kepada kerajaan untuk menimbang permintaannya atau tidak.
Terbukti Utusan Malaysia sengaja memutarbelitkan isu ini supaya DAP dan Pakatan Rakyat dilihat ant di Islam dan anti Melayu. Seperti biasa Utusan sengaja mencari peluang dan ruang untuk memburuk-burukkan imej PR di mata rakyat.

Sesungguhnya tindakan Utusan memutarbelitkan isu ini boleh membangkitkan rasa kurang senang dan tidak puashati orang Islam kepada DAP yang seolah-olah dilihat anti Islam. Sentimen yang dimainkan oleh Utusan amat berbahaya dan boleh memecahbelahkan rakyat kerana orang Melayu akan memandang serong terhadap DAP yang sememangnya sering dilabel sebagai parti perkauman Cina.

Sekali lagi saya tegaskan supaya pihak berkuasa mengharamkan Utusan Malaysia kerana sikap biadap mereka memainkan api perkauman dan isu agama yang sensitif. Adalah diharapkan pihak berkuasa tidak berat sebelah dalam isu ini kerana jika Harakah, Suaran Keadilan, Siasah atau media seumpamanya tersalah lapor atau didakwa memainkan isu sensitif sepantas kilat pihak berkuasa bertindak tetapi sebaliknya berdiam diri jika ianya dilakukan oleh media pengampu BN.

ISU PERUNTUKAN BUAT MASJID : MEDIA PUTAR BELIT ISU

Media sekali lagi menangguk di air keruh memainkan isu-isu perkauman dan agama untuk mendapat keuntungan politik kepada BN. Seharusnya media seumpama ini diseret ke muka pengadilan dan diharamkan.
Dalam isu peruntukan pembinaan masjid dan rumah ibadat lain yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming di Parlimen baru-baru ini upamanya, media tanpa berfikir panjang terus memuatkan isu tersebut di dada akhbar mereka dengan tajuk yang amat memual dan meloyakan.
Semalam Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming bangkit gmenegaskan, kenyataannya berhubung isu peruntukan kerajaan dalam membina rumah ibadat Islam dan bukan Islam telah diputar belit dan dijadikan bahan menghasut sentimen perkauman oleh sesetengah media.

Menurutnya, dalam kenyataan kelmarin beliau hanya merujuk kepada jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bahawa kerajaan memperuntukkan RM748.26 juta membina dan menyelenggara 611 buah masjid tetapi satu jumlah kecil, iaitu RM9 juta diagihkan untuk tujuan agama bukan Islam, iaitu 1.2 peratus sahaja.

Justeru beliau memohon supaya agihan lebih adil disalurkan kepada rakyat beragama bukan Islam kerana prinsip pertama Rukun Negara adalah ‘Kepercayaan kepada Tuhan’.

Kor Ming yang membaca kenyataannya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini turut menegaskan bahawa agama Islam adalah agama suci yang mengajar semua pihak berlaku adil.

‘‘Saya berasa kesal bahawa laporan Utusan Malaysia dengan tajuk Kor Ming persoalkan kerajaan bina masjid adalah salah dan berunsur hasutan. Tajuk tersebut adalah dipapar oleh editor akhbar berkenaan tanpa pengetahuan saya.

‘‘Saya juga berasa kesal sesetengah pihak termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamed Sheikh Abd. Aziz dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) telah membuat kenyataan dan dakwaan tanpa membaca keseluruhan teks kenyataan saya,” katanya.

Kor Ming menambah, rakyat Malaysia harus mematuhi prinsip Rukun Negara tersebut dan rakyat bukan Islam juga perlu diasuh dan menerima ajaran agama yang betul.

Katanya, sebagai kerajaan yang adil, adalah tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat bukan Islam.

‘‘Atas laporan akhbar yang berunsur hasutan dan memutar belit fakta sebenar, saya akan berbincang dengan panel peguam dan akan merizabkan hak mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang membuat laporan tidak bertanggungjawab tersebut,” katanya.

Ditanya mengenai kemarahan NGO Islam adalah kerana tindakannya membandingkan peruntukan untuk masjid dalam meminta kerajaan memberi peruntukan tambahan kepada rumah ibadat bukan Islam, Kor Ming berkata;

‘‘Pertama kali saya hormati semua media yang buat laporan benar tetapi yang dilapor oleh akhbar Utusan Malaysia tak macam ini. Kita lihat (hari ini) ‘‘Isu Bina Masjid: Kor Ming dibidas. Semalam tajuknya Kor Ming persoal bina masjid. Itu tajuk dibuat editor, orang baca orang marah.. itu tak betul.

‘‘Patutnya kita lebih beretika membuat laporan sebenar dan apa yang hendak kata adalah dalam kenyataan yang saya baca ini.

‘‘Harap laporkan ikut kenyataan yang saya baca dan itu terpulang kepada pembaca untuk menilai sama ada watak saya macam mana dari rekod saya pemimpin untuk semua bangsa. Abang (wartawan Utusan) boleh menilai saya dari ucapan dan tingkah laku saya,” jelasnya.

Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Samad yang hadir pada sidang akhbar itu turut mencelah: ‘‘Kalau dia (Kor Ming) tak buat perbandingan macam mana orang nak tahu yang RM9 juta itu cukup tak cukup.

‘‘Dalam perbandingan itu bukan bertujuan supaya yang perbelanjaan untuk bukan Islam sama dengan jumlah itu. Tetapi (jumlah untuk bukan Islam) terlalu kecil.. jauh sangat.’’

Ditanya kepada Kor Ming sama ada dia bersependapat dengan penjelasan Khalid itu, beliau berkata;

‘‘Kekanda saya telah jelas .. Ya dengan niat murni (bangkitkan soal itu),” jelasnya.

PEGAWAI KENA CEKUP MENTERI TERLEPAS

Riuh rendah satu Malaya (Malaysia) yang pegawai-pegawai dan kontraktor terlibat dengan PKFZ dicekup SPRM. Kononnya SPRM bertindak tanpa mengira bulu dan warna kulit. Mungkin ini agenda untuk menaikkan imej pihak-pihak tertentu bagi menunjukkan keseriusan mereka menangani najis rasuah.
Malangnya sehingga kini menteri yang bertanggungjawab, tuan punya syarikat yang terlibat tidak pula diseret ke muka pengadilan. Padahal sudah terang lagi nyata bahawa adanya dakwaan skandal melibat wang RM10 juta dan lain-lain dibongkar secara terbuka.
Inilah nasib negara kita di mana pendakwaan terpilih dan gejala menyelamatkan kroni dari didakwa terus berleluasa. Maka tidak hairanlah bagaimana negara kita terus merudum dari segi indeks rasuah antarabangsa yang diumumkan baru-baru ini.
Isu penangkapan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka Oi Choo Phang, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Stephen Abok, 51, dan arkitek, Bernard Tan Seng Swee, 48, dari syarikat perunding BTA Architect dibesar-besarkan. Sedangkan menteri dan orang lain yang terlibat juga senyum lebar tanpa rasa bimbang kerana mereka mempunyai 'imuniti'.
Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Salahuddin Ayub bahawa Malaysia dengan rasuah ibarat tahi dengan kentut.

10 December 2009

TINGGALKAN USUS BUSUK

Saya menyeru seluruh ahli Umno supaya tinggalkan parti yang busuk lagi menjijikkan itu dengan segera. Kalau bekas Presiden parti busuk itu, Dr Mahathir sendiri sudah mengakui Umno sudah busuk hingga ke usus maka apa lagi yang mahu ditunggu oleh ahli Umno.

Takut-takut ini kebusukan usus Umno berjangkit kepada ahli-ahlinya sehingga tidak ada orang yang ingin berkawan dengan orang yang busuk yang duduk dalam parti busuk.

Maka segeralah bertindak keluar dari Umno sebelum semua orang mencemuh dan mencebik kepada saudara-saudari ahli parti busuk.

Jangan tunggu lama-lama nanti terlambat.

LAGA-LAGA, PECAH-PECAH, FITNAH-FITNAH

Melaga-laga, pecah-pecah dan fitnah-fitnah pemimpin PAS memang kerja media pencacai BN. Sehari dua ini mereka melaga-lagakan Tok Guru Nik Aziz dan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Macam-macam mereka cerita.
Malangnya pemimpin kita masih melayan media sebegini. Bagi saya janganlah kita membuang masa melayan wartawan media sebegini. Buang masa dan lebih teruk lagi memberikan peluang kepada mereka menyerang kita dengan kenyataan yang kita sendiri buat yang selaluinya dimanipulasi dan dieksploitasi oleh mereka untuk kepentingan politik mereka sendiri.
Sekali saya mengharapkan pimpinan dapat memikirkan semasa-masaknya sebelum membuang sebarang komen dan kenyataan akhbar. Paling baik senyap dan berdiam diri dalam isu-isu yang kita yakin akan dieksploitasi seperti isu Kelantan dan lain-lain.

09 December 2009

BEBANKANLAH RAKYAT, BIAR MEREKA MAKIN SUSAH

Tarif elektrik baru mungkin diperkenalkan Januari tahun depan sekiranya ia diluluskan oleh kabinet, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata Tenaga Nasional Berhad telahpun mengemukakan permohonan untuk menaikkan tarif elektrik, namun kementerian masih membuat kajian mengenainya sebelum dikemukakan kepada Kabinet untuk diluluskan.

Jika kerajaan BN tidak kasihankan rakyat atau sememangnya tidak rasa simpati rakyat maka luluskanlah permohonan itu. Biar rakyat makin susah, tarif elektrik, sudah tentu harga barangan akan naik, semua akan naik. Biar kesusahan dan penderitaan rakyat juga semakin naik.

Jika ianya benar-benar berlaku nanti, saya harapkan rakyat yang mengundi BN pada Pilihanraya lalu menukar haluan mengundi Pakatan Rakyat pada pRU ke 13 nanti.

08 December 2009

SIAPA HANCURKAN MELAYU ISLAM?

Ibrahim Ali mendakwa orang Melayu dan Islam akan hancur jika mereka menyokong Anwar dan PR.
Berahim juga berkata orang Melayu juga tidak boleh bergantung kepada Pas kerana parti itu hanya mempergunakan agama Islam dan menjadi tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP.
Memang Berahim Ali ini bengap dan membengapkan.
Beliau tidak nampak bahawa selepas lebih 50 tahun Umno dan BN memerintah Malaysia ugama Islam dan ketuanan Melau semakin terhakis dan menguncup. Mengapa begitu bebal Berahim Ali tidak nampak semua ini.
Siapa lagi kalau bukan Umno/BN yang terus meminggirkan hukum Islam dan sistem muamalat Islam dalam pentadbiran mereka.?
Siapa lagi kalau bukan Umno/BN yang menjualkan tanah-tanah orang Melayu kepada orang asing?
Siapa lagi kalau bukan Umno/BN yang menggalak dan membiarkan anak-anak muda seronok dalam budaya hedonisme?
Siapa lagi kalau bukan Umno/BN yang memfaraidkan harta negara dijadikan seolah-olah harta pusaka mereka?
Siapa lagi kalau bukan Umno/BN ...........................

07 December 2009

UMNO LEMAS DAN MELEMASKAN

Tok Guru Nik Abdul Aziz berkata, Umno sekarang berada dalam keadaan lemas. Pada saya Umno bukan sahaja hampir lemas tetapi mereka cuba melemaskan orang lain.
Memang betul apa yang Tok Guru nyatakan itu.
Resam orang yang lemas mereka akan berpaut kepada apa juga bagi menyelamatkan diri. Sebab itu sesiapa sahaja yang berada berhampiran dengan orang yang hampir lemas ini sudah tentu akan jadi tempat berpaut dan mereka cuba menekan orang itu supaya mereka dapat naik ke atas menyelamatkan diri dari kelemasan.
Bila mereka hampir lemas, mereka akan menggagau apa sahaja yang sempat mereka gagau. Tidak kira tahi, muntah, barang busuk dan apa sahaja mereka akan jadikan batu loncatan untuk menyelamatkan diri.

Sebab itu sekarang ini mereka menggunakan senjata tohmah, fitnah dan apa juga bagi memburuk-burukkan orang lain supaya rakyat tidak nampak keburukan dan kebobrokan mereka.
Namun Umno sebenarnya terjerat dan menipu diri sendiri kerana rakyat sudah cerdik dan tahu tipu muslihat mereka.

INTEGRITI ASET UTAMA PR

Integriti adalah aset utama PR. Rakyat sudah tentu dapat membandingkan integriti pemimpin PR dan BN.
Pernahkah anda mendengar pemimpin PR ditangkap kerana rasuah dan penyelewengan.
Pernahkah anda membaca berita pemimpin BN ditangkap kerana rasuah, penyelewengan dan seribu satu macam kesalahan. Sudah tentu jawabnya PERNAH dan SELALU SANGAT.
Jadi tidak hairan kalau rakyat akan membuat perubahan lebih besar pada Pilihanraya Umum akan datang kerana terbukti integriti pemimpin bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan pemimpin Umno/BN.
Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan umpamanya tidak ada seorang pun yang disabitkan dengan kesalahan rasuah dan penyelewengan setelah 19 tahun PAS memerintah Kelantan.
Oleh kerana kehebatan dan kekuatan Iman mereka inilah maka tidak ada cara lain bagi BN untuk memburukkkan PAS dan PR selain memburuk-burukkan peribadi pemimpin PR dengan mencipta seribu satu macam fitnah dan tohmah. Antaranya isu liwat, kronisme dan lain-lain. Sedangkan ianya hanyalah rekaan semata-mata yang tidak dapat dibuktikan.

UMNO DAN RASUAH, IBARAT KENTUT DAN TAHI

"Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan. Ianya bagaikan matahari dan bulan, siang dan malam, irama dan lagu malah kalau mengambil 'bahasa' Mat Sabu ianya ibarat Kentut dan Tahi".
"Lihat sahaja bagaimana Ketua Pemuda Umno dan Ketua Menteri Melaka pun terlibat dengan rasuah pada pemilihan Umno yang lalu, sebahagian besar pemimpin Umno terlibat dengan rasuah" kata Salahuddin Ayub pada ceramah perdana dalam program Karnival PAS Bukit Katil malam tadi.
Menurut Salahuddin Umno sudah tidak boleh diselamatkan. Malah sekarang ianya sudah busuk hingga ke usus bukan.
"Dr Mahathir kata Umno sudah busuk hingga ke usus" tambah Salahuddin.
Beliau seterusnya menyeru seluruh ahli dan pimpinan Umno supaya menyertai Pakatan Rakyat kerana terbukti pemimpin PR tidak pernah dibuktikan terlibat dengan rasuah.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter