BEBANKANLAH RAKYAT, BIAR MEREKA MAKIN SUSAH

Tarif elektrik baru mungkin diperkenalkan Januari tahun depan sekiranya ia diluluskan oleh kabinet, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata Tenaga Nasional Berhad telahpun mengemukakan permohonan untuk menaikkan tarif elektrik, namun kementerian masih membuat kajian mengenainya sebelum dikemukakan kepada Kabinet untuk diluluskan.

Jika kerajaan BN tidak kasihankan rakyat atau sememangnya tidak rasa simpati rakyat maka luluskanlah permohonan itu. Biar rakyat makin susah, tarif elektrik, sudah tentu harga barangan akan naik, semua akan naik. Biar kesusahan dan penderitaan rakyat juga semakin naik.

Jika ianya benar-benar berlaku nanti, saya harapkan rakyat yang mengundi BN pada Pilihanraya lalu menukar haluan mengundi Pakatan Rakyat pada pRU ke 13 nanti.

Comments

best1of4's blog said…
Inilah yang dikatakan yang senang bertambah senang. Pemerintah yang ada sekarang ni hanya nak menambah susah rakyat yang dah sememangnya susah. Dan benar kata saudara dan saya sendiri mengharapkan BN akan tumbang di PRU 13 nanti.
Anonymous said…
Rakyat didahulukan (untuk menerima takrif elektrik), pencapaian (TNB) diutamakan.
azman kamarul said…
Biarkan takrif elektrik nak naik..pedulikan...biarkan percukaian baru yang dicadangkan oleh kerajaan UMNOBN dilaksanakan...biarkan...ia membebankan rakyat kerana ia bukan saja membebankan penyokong PAS,KEADILAN DAN DAP tetapi ia juga menyusahkan penyokong UMNOBN..biarkan mereka rasa..betapa hebatnya UMNOBN memerintah....
Semakin hari semakin susah untuk rakyat jelata .
Harga barangan yang sudah di naikan sejak 2 tahun yang lepas , tak turun turun . Yang turun chuma berat badan kita , kadar bunga simpanan bank dan wang pendapatan.
Tapi ,Berat rosmah tak turun sekilo pon.

Berita tersebar luar dan luas bahawa ada kroni sudah ditabal jadi Raja Gula baru...gula akan naik
Haiwan baru bernama GST bakal muncul...GST akan jadi Raja Chukai segala chukai.

TNB baru sahaja di "tiu" 2 minggu lepas olih remaja bernama NameWee.
Dengan cara sombong menteri dari umno pertahankan tnb.
Kadar letrik naik, maka harga air pon akan naik.

Janakuasa pakai gas dan disel, negara ialah pengeluar gas dan disel. Letrik adalah keperluan semua.
Manakala tiang lampu diputarjaya tersusun puluhan ribu batang tiang lampu.
kenapa rakyat biasa sahaja yang pikul beban.
setiap kali para kroni hendak duit, rakyat jelata yang di korbankan.

Nah, you change your lifestyle.
"Engkau semua kena ubah gaya hidup"
Ingat pesanan itu datang dari siapa? Kenapa Bini Puaka se kilo pon tak turun turun