INTEGRITI ASET UTAMA PR

Integriti adalah aset utama PR. Rakyat sudah tentu dapat membandingkan integriti pemimpin PR dan BN.
Pernahkah anda mendengar pemimpin PR ditangkap kerana rasuah dan penyelewengan.
Pernahkah anda membaca berita pemimpin BN ditangkap kerana rasuah, penyelewengan dan seribu satu macam kesalahan. Sudah tentu jawabnya PERNAH dan SELALU SANGAT.
Jadi tidak hairan kalau rakyat akan membuat perubahan lebih besar pada Pilihanraya Umum akan datang kerana terbukti integriti pemimpin bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan pemimpin Umno/BN.
Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan umpamanya tidak ada seorang pun yang disabitkan dengan kesalahan rasuah dan penyelewengan setelah 19 tahun PAS memerintah Kelantan.
Oleh kerana kehebatan dan kekuatan Iman mereka inilah maka tidak ada cara lain bagi BN untuk memburukkkan PAS dan PR selain memburuk-burukkan peribadi pemimpin PR dengan mencipta seribu satu macam fitnah dan tohmah. Antaranya isu liwat, kronisme dan lain-lain. Sedangkan ianya hanyalah rekaan semata-mata yang tidak dapat dibuktikan.

Comments