MELAKA TIDAK DIPANDANG OLEH SHAH RUKH KHAN

Melaka langsung tidak dipandang oleh Shah Rukh Khan (SRK). Sebab itulah beliau tidak sudi untuk berkonsert di Melaka. Padanya Melaka tiada erti dan tidak memberikan apa-apa manfaat kepada beliau. Sebaliknya hanya kerajaan negeri yang terhegeh-hegeh 'melutut' kepada Shah Rukh Khan dengan mengurniakn gelaran Datuk.
Sebab itulah sekali lagi Konsert Shah Rukh Khan dibatalkan kerana beliau tiada masa untuk datang ke Melaka dan sudah tentu kerana tiada nilai komersil kepada dirinya maka beliau enggan datang ke Melaka.
Kasihan Ali Rustam!!. Sudah berapa kali beliau dipermainkan oleh Shah Rukh Khan.
Semalam Ali Rustam berkata pembatalan ini kerana SRK sibuk dengan tugas-tugas seni beliau. Kebetulan pulak katanya, kerajaan negeri masih lagi belum dapat penaja konsert berkenaan.Ini bukan kali pertama Ali Rustam kempunan untuk 'berdansa' bersama SRK.
Sebelum ini hajat Ali Rustam mempelawa SRK membuka studio perfileman di Melaka ditolak mentah-mentah oleh SRK. Hendak buat filem di Melaka tak dapat, kini konsert mega SRK pun terpaksa ditangguhkan.
Diharapkan lain kali berhati-hatilah bila memilih calon untuk diberikan gelaran Dato' takut-takut nanti diri sendiri dimalukan oleh 'Datuk' yang kita berikan penghormatan tersebut.

Comments

Anonymous said…
Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. SRK punya hidung sudah mancung tapi si mamat Melaka punya pipi masih dalam modification
azman kamarul said…
TAK APALAH LEPAS NI "DATUK AMITABH BACHAAN" PULAK.

JENIS GILA KARI.....
Anonymous said…
maka terlepas si rosmah nak gelek depan srk juga