Melaga-laga, pecah-pecah dan fitnah-fitnah pemimpin PAS memang kerja media pencacai BN. Sehari dua ini mereka melaga-lagakan Tok Guru Nik Aziz dan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar. Macam-macam mereka cerita.
Malangnya pemimpin kita masih melayan media sebegini. Bagi saya janganlah kita membuang masa melayan wartawan media sebegini. Buang masa dan lebih teruk lagi memberikan peluang kepada mereka menyerang kita dengan kenyataan yang kita sendiri buat yang selaluinya dimanipulasi dan dieksploitasi oleh mereka untuk kepentingan politik mereka sendiri.
Sekali saya mengharapkan pimpinan dapat memikirkan semasa-masaknya sebelum membuang sebarang komen dan kenyataan akhbar. Paling baik senyap dan berdiam diri dalam isu-isu yang kita yakin akan dieksploitasi seperti isu Kelantan dan lain-lain.
Comments