SIAPA HANCURKAN MELAYU ISLAM?

Ibrahim Ali mendakwa orang Melayu dan Islam akan hancur jika mereka menyokong Anwar dan PR.
Berahim juga berkata orang Melayu juga tidak boleh bergantung kepada Pas kerana parti itu hanya mempergunakan agama Islam dan menjadi tunggangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta DAP.
Memang Berahim Ali ini bengap dan membengapkan.
Beliau tidak nampak bahawa selepas lebih 50 tahun Umno dan BN memerintah Malaysia ugama Islam dan ketuanan Melau semakin terhakis dan menguncup. Mengapa begitu bebal Berahim Ali tidak nampak semua ini.
Siapa lagi kalau bukan Umno/BN yang terus meminggirkan hukum Islam dan sistem muamalat Islam dalam pentadbiran mereka.?
Siapa lagi kalau bukan Umno/BN yang menjualkan tanah-tanah orang Melayu kepada orang asing?
Siapa lagi kalau bukan Umno/BN yang menggalak dan membiarkan anak-anak muda seronok dalam budaya hedonisme?
Siapa lagi kalau bukan Umno/BN yang memfaraidkan harta negara dijadikan seolah-olah harta pusaka mereka?
Siapa lagi kalau bukan Umno/BN ...........................

Comments

Anonymous said…
Kalau umno/BN dah terbukti menyebabkan orang melayu dan Islam semakin mengucup,PAS dan PR berahim kata tak boleh dipercayai...apa kata kalau kita bagi kepada orang bebas macam dia tu dan kuncu seangkatan dengannya yang memerintah negara ni...kita dok layan berahim ni buat apa..kan dia tu dok tengah gilakan sarang asalnya...sakit kepada deng.
Anonymous said…
maaf tuan tanah, tumpang singgah:

WAHAI PEMBACA SEKELIAN:

INI SATU LAGI PEMBOHONGAN TULANG BESI YANG TELAH DIDEDAHKAN.

so sape....yang cuba sembunyi fakta hai TULANG BESI...jawablah:

Biodata si Tulang Besi yg aku pungut drpd laman TKO, sila rujuk disini

1. orang kanan kepada Dato' Hassan Ali
2. Apabila PAS bersama Pakatan Rakyat memerintah Selangor dia memohon untuk menjadi CEO sebuah anak syarikat kerajaan Negeri Selangor.
3. Dato' Hassan Ali tidak memberikan (jawatan CEO tersebut) kepada beliau
4. Dia merajuk dan pergi keluar negara sambung kontraknya
5. Nama sebenar Tulang Besi pula ialah Abdul Rahman bin Talib
6.Saya berpendapat Tulang Besi sebenarnya merancang menjatuhkan PR di Selangor. Mungkin dia mendapat habuan daripada UBN.
7. Hassan Ali sebagai serangannya tetapi disebalik itu merosakkan PR keseluruhannya. Jika PAS jatuh di Selangor pada PRU-13 secara langsung PR akan musnah di Selangor.
8. Ada juga maklumat, saya tak berani kata benar, bahawa ada beberapa siri pertemuan antara Tulang besi dengan Khir Toyo di sebuah hotel mewah. Saya harap Batu-Api siasat perkara ini dan mendedahkan dengan fakta yang terperinci.
9. Saya pun ada juga sedikit maklumat yang menyatakan bahawa TB ni mendapat imbuhan dari pihak tertentu didalam kerja " Memudahkan kerja umno ni" imbuhan tersebut dalam bentuk "projek" untuk company beliau dan beliau sendiri ada % diatas nya.
10. Tapi apa yang saya dimaklumkan ada orang tengah antara beliau dan Khir T. Org tengah itu juga dulu selalu sangat ke markas Pas di Taman Melewar, namun sejak selapas 2008 org tengah itu sudah tidak kelihatan di TM. Kalau Batu Api ada kenal kawan2 di TM boleh tlg check, tanyalah sizain, zanal, bakar, rashid janggut dan beberapa org lagi di TM tu.