PEGAWAI KENA CEKUP MENTERI TERLEPAS

Riuh rendah satu Malaya (Malaysia) yang pegawai-pegawai dan kontraktor terlibat dengan PKFZ dicekup SPRM. Kononnya SPRM bertindak tanpa mengira bulu dan warna kulit. Mungkin ini agenda untuk menaikkan imej pihak-pihak tertentu bagi menunjukkan keseriusan mereka menangani najis rasuah.
Malangnya sehingga kini menteri yang bertanggungjawab, tuan punya syarikat yang terlibat tidak pula diseret ke muka pengadilan. Padahal sudah terang lagi nyata bahawa adanya dakwaan skandal melibat wang RM10 juta dan lain-lain dibongkar secara terbuka.
Inilah nasib negara kita di mana pendakwaan terpilih dan gejala menyelamatkan kroni dari didakwa terus berleluasa. Maka tidak hairanlah bagaimana negara kita terus merudum dari segi indeks rasuah antarabangsa yang diumumkan baru-baru ini.
Isu penangkapan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datin Paduka Oi Choo Phang, Ketua Pegawai Operasi Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB), Stephen Abok, 51, dan arkitek, Bernard Tan Seng Swee, 48, dari syarikat perunding BTA Architect dibesar-besarkan. Sedangkan menteri dan orang lain yang terlibat juga senyum lebar tanpa rasa bimbang kerana mereka mempunyai 'imuniti'.
Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Salahuddin Ayub bahawa Malaysia dengan rasuah ibarat tahi dengan kentut.

Comments