UMNO DAN RASUAH, IBARAT KENTUT DAN TAHI

"Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan. Ianya bagaikan matahari dan bulan, siang dan malam, irama dan lagu malah kalau mengambil 'bahasa' Mat Sabu ianya ibarat Kentut dan Tahi".
"Lihat sahaja bagaimana Ketua Pemuda Umno dan Ketua Menteri Melaka pun terlibat dengan rasuah pada pemilihan Umno yang lalu, sebahagian besar pemimpin Umno terlibat dengan rasuah" kata Salahuddin Ayub pada ceramah perdana dalam program Karnival PAS Bukit Katil malam tadi.
Menurut Salahuddin Umno sudah tidak boleh diselamatkan. Malah sekarang ianya sudah busuk hingga ke usus bukan.
"Dr Mahathir kata Umno sudah busuk hingga ke usus" tambah Salahuddin.
Beliau seterusnya menyeru seluruh ahli dan pimpinan Umno supaya menyertai Pakatan Rakyat kerana terbukti pemimpin PR tidak pernah dibuktikan terlibat dengan rasuah.

Comments