NAJIB TAKUT BLOGGER

Terbukti Najib semakin takut kepada Blogger apabila mencadangkan supaya satu kod etika blog diamalkan di Malaysia. Kita semua tahu resam di Malaysia apabila seorang Perdana Menteri berkata sesuatu maka sudah tentu ianya akan dikuatkuasa samada cepat atau lambat kerana ianya memerlukan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen,

Namun jika ianya penting kepada BN maka sudah tentu ianya akan dilaksanakan secepat mungkin. Semuanya bukan mustahil bagi mereka. Yang penting kuasa Umno/BN dapat dikekalkan.

Baru-baru ini di dalam Blog peribadinya, Najib berkata segala tulisan di dalam blog mestilah jujur, cerita yang benar, tepat dan tidak menyentuh perkara yang sensitive dan lain-lain.

Saya menggesa Najib supaya terbuka dan berjiwa besar dalam hal ini. Jangan berundur ke belakang dengan mangamalkan undang-undang tertutup mengongkong rakyat dan mematikan minat rakyat untuk berfikir secara kritis.

Apa salahnya rakyat ingin menyuarakan pendapat dan pandangan mereka.

Jangan takut kepada bayang-bayang sendiri.

Comments