.

.

15 March 2014

5 MATI DAN 4 KRITIKAL DALAM KONSERT DI BUKIT JALIL

KAMI RAKYAT MALAYSIA AMAT KESAL DENGAN KEBENARAN YANG DIBERI OLEH KERAJAAN MALAYSIA DAN PIHAK BERKUASA KEPADA PENGANJUR KONSERT INI UNTUK MENGADAKAN KONSERT MAKSIAT INI.

CUBA ANDA RENUNGKAN ...APA JENIS PEMIMPIN SEMACAM INI.

Polis mengesahkan lima mati manakala empat lagi kritikal dipercayai akibat sesak nafas dalam sebuah konsert di Bukit Jalil di sini, malam tadi.
Tiga mayat mangsa ditempatkan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) manakala dua lagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140315/je_06/Polis-sahkan-5-mati-empat-kritikal#ixzz2w1YcNR7H


Di saat Allah turunkan bala. masih ada insan degil yang seolah-olah mencabar Allah dengan mengadakan konsert di Bukit Katil.

Laporan dari DACS Pusat

Festival Future Music Bukit Jalil - Kematian Akibat Penyalahgunaan Dadah
-----------------------------------------
Pada 13-15 MAC 2014 jam 1800 hingga 0030, Syarikat Live Scape Sdn Bhd menganjurkan Konsert Festival Future Music. Namun begitu, konsert tersebut telah dicemari dengan penyalahgunaan dadah dan minuman alkohol secara berlebihan.

Kronologi Insiden
Pada hari pertama 13 MAC 2014 jam 2000 hingga 0030, semasa konsert dijalankan, pihak Narkotik IPD Cheras telah membuat tangkapan 3 penonton yg sedang berhibur kerana positif dadah. Berkait Bukit Jalil Rpt 1202, 1205, 1209, 1210/2014. Tiada insiden pada hari pertama.

Pada hari kedua 14 MAC 2014 jam 0130, telah berlaku insiden 5 kematian (1 lelaki Melayu, 1 lelaki India, 1 lelaki Cina, 2 perempuan Melayu). Sementara 4 orang yang masih koma/kritikal kesan drp pengambilan dadah dan alkhohol. Semua mangsa dibawa ke hospital PPUM dan PPUKM untuk rawatan lanjut. Bukit Jalil Rpt : 1250, 1261, 1273, 1274, 1278 dan 1279/2014


HIMPUNAN PAS KAWASAN BUKIT KATIL ESOK

Seluruh rakyat Bukit Katil dijemput untuk menghadiri Himpunan Bulanan PAS Kawasan Bukit Katil esok 16 Mac bermula jam 9.00 hingga 10.30 pagi di Pejabat PAS Kg Paya Dalam.

Program ini dipimpin oleh Al Fadzil Ustaz Faisol Sheikh Mohd

14 March 2014

RAMAI PEMIMPIN UMNO SETEMPAT SERTAI PR MALAM INI

Stadium Kajang malam ini bakal menyaksikan pemimpin Umno setempat beserta ahli-ahlinya dan beberapa NGO melayu Pro-Umno, akan umum keluar Umno dan serah borang menyertai Pakatan Rakyat.

Berikutan hilangnya kepercayaan terhadap kewibawaan pemimpin Barisan Nasional menerajui negara, dipercayai tindakan 'keluar Umno masuk Pakatan' ini akan berterusan dalam skala yang lebih besar. 

Datuk Seri Wan Azizah dijangka akan menerima serahan lebih 100 borang disaksikan oleh DS Anwar Ibrahim pada sekitar jam 9 malam ini di pentas Karnival Rakyat Selangorku anjuran SAMM dan Exco Pengguna dan Pelanconangan Negeri Selangor.

Semua pengamal media termasuk dari media arus perdana dijemput untuk membuat liputan.

SAMM menjemput orang ramai untuk hadir menyaksikan sendiri peristiwa yang menjadi satu titik penting dalam meneruskan legasi 'Langkah Kajang'.

Selesai majlis penyerahan borang, acara diteruskan dengan sebuah forum debat 'Wancana AMK' yang menampilkan calon-calon Ketua dan timbalan ketua AMK dengan idea masing-masing.

13 March 2014

IMEJ MALAYSIA TERUK DENGAN KEGAGALAN MENANGANI KRISIS MH370

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa imej Malaysia dan pimpinan negara terjejas teruk dengan kegagalan kita menguruskan krisis pesawat MH370. Kenyataan-kenyataan pimpinan dan pihak keselamatan yang bercanggah dan tidak konsisten menyebabkan pihak antarabangsa ragu dan sangsi dengan kaedah pengurusan krisis ini.

Pada masa yang sama Anwar menggesa pihak berkenaan membuat siasatan terhadap kejadian pembomohan ini.

"Siapa yang bagi kebenaran, kerajaan, menteri, KLIA dan semuanya, siapa yang bagi kebenaran bomoh ini menjalankan kerja-kerja khurafat ini" kata Anwar dalam perbahasan di Sidang Parlimen hari ini.

NEGARA DAN RAKYAT DIMALUKAN DENGAN KERJA-KERJA BOMOH

Media negara Arab menyiarkan laporan bahawa Malaysia menggunakan sihir untuk mencari pesawat yang hilang.

Diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap bomoh dan pihak-pihak yang memanggil bomoh ini untuk melakukan upacara khurafat ini.

ADAKAH TANGKAPAN DAN DAKWAAN HANYA BERMOTIF POLITIF?

Mengapa TIADA TANGKAPAN & PENDAKWAAN terhadap AJARAN SESAT spt kassim ahmad (tolak hadis), Ibrahim mt zain (bomoh vvip) dll sedangkan UNDANG2 dah JELAS......???? Bahkan dibiarkan & dibenarkan Buat Khuraat yg ditontoni DUNIA...

Adakah Tangkapan & Pendakwaan HANYA BERMOTIF POLITIK....?

Gambar sekadar hiasan tiada kaitan samada yang hidup atau mati. 

~ Sumber : FB NAZ

12 March 2014

PAS MELAKA TIDAK BANTU KEMPEN PKR DI KAJANG?

Umno/BN sejak dari dahulu berusaha untuk memecahkan PR. Pelbagai usaha dan strategi yang mereka buat bagi merealisasikan niat 'suci' mereka.

Terbaru mereka berusaha untuk memecahkan perpaduan jentera PR di PRK Kajang. Mereka melaga-lagakan ahli PAS dan PKR dalam isu saman terhadap Presiden PAS.

Namun semuanya hanya mimpi di siang hari. Pimpinan dan ahli PR matang dan bijak. Mereka turun dengan pasukan yang padu di Kajang. Sebagai bukti PAS Melaka awal-awal lagi telah menghantar pasukan kempennya bertugas di Peti Undi Sg Chua 1 dan 2.

Gambar menunjukkan Yang Dipertua PAS Tangga Batu Ustaz Mohd Noor Omar sedang menyampaikan ceramah di sebuah restoran di Sg Chua.

BERHATI-HATI MENGELUARKAN KENYATAAN

Blog ini mengharapkan pimpinan negara, MAS, DCA dan pihak keselamatan supaya berhati-hati semasa memberikan kenyataan semasa sidang media kerana ianya ditonton di seluruh dunia.

Kita tidak mahu mereka tersilap mengeluarkan kenyataan dan berlakunya percanggahan fakta antara satu sama lain.

Kami mencadangkan supaya pihak terbabit mengadakan mesyuarat atau perbincangan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dalam Sidang Media harian mereka. Amat besar impaknya kepada negara kita apabila kenyataan-kenyataan yang mereka buat tidak berfakta, bercanggah antara satu sama lain. Ianya sudah tentu memberikan imej tidak baik kepada kredibiliti pemimpin dan pegawai-pegawai kita.

Rakyat Malaysia sudah tentu tidak mahu pemimpin kita dipandang rendah disebabkan kesilapan mereka mengeluarkan kenyataan semasa sidang akbar tersebut.

Blog ini sentiasa mendoakan agar pimpinan negara dan pegawai-pegawai yang berkenaan serta semua mereka yang terlibat dengan insiden ini supaya bersabar dan berdoa agar pesawat dan semua penumpang selamat.

PrayforMH370.

BUNYI BERDESING MUNGKINKAH IANYA PESAWAT MH370?

Lapan penduduk di Kampung Pantai Seberang Marang di sini mendakwa mendengar bunyi dentuman yang kuat pada pagi Sabtu lalu datang dari timur laut Pulau Kapas, kemungkinan ada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.

Berikutan itu mereka telah membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Marang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Seorang daripada penduduk terbabit, Alias Salleh, 36, berkata pada pukul 1.20 pagi berkenaan ketika beliau bersama tujuh lagi rakannya sedang bersantai duduk di bangku kira-kira 400 meter dari pantai Marang, tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seperti kipas kapal terbang.

"Bunyi yang kuat dan menakutkan itu dipercayai datang dari timur laut Pulau Kapas sebelum kami bergegas ke arah tersebut untuk mengesan punca bunyi itu.

"Kami mencari di sekitar Pantai Rhu Muda namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan," kata Alias, seorang pemandu lori.

Ditanya mengapa beliau membuat laporan selepas empat hari kejadian itu berlaku, bapa kepada tiga orang anak itu berkata, beliau bertanggungjawab untuk melaporkan maklumat kepada pihak berkuasa bila pesawat masih tidak ditemui hari ini selepas empat hari berlalu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Mohd Yusri Mohd Yusof, 34, berkata bunyi yang kuat dan agak pelik itu pada awalnya disangkakan fenomena Tsunami.

"Bunyi bising yang kedengaran seperti kipas kapal terbang itu dapat saya dan rakan-rakan dengar selama dua minit dan bunyi itu berdesing.

"Saya mengambil keputusan ini (membuat laporan) selepas berasa curiga dengan bunyi itu dan ditambah lagi dengan laporan media berkaitan kes kehilangan pesawat," kata beliau.

Mohd Yusri turut mendakwa beberapa kawannya termasuk pemancing dan nelayan turut mendengar bunyi aneh berkenaan dari arah pantai.

Pesawat MAS Penerbangan MH370 itu membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi dan 12 anak kapal, hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.

Awani//

11 March 2014

PENGUNDI KAJANG BERTANGGUNGJAWAB SEDARKAN BN YANG ANGKUH

Calon Pakatan Rakyat bagi PRK Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru pengundi Kajang untuk bersama beliau pada pilihan raya kecil Dun itu yang akan berlangsung 23 Mac ini.

Bercakap kepada media selepas selesai penamaan calon hari ini, beliau mahu pengundi Kajang menjadikan pilihan raya kecil ini sebagai referendum terhadap ketidakadilan dan sistem kehakiman yang berlaku dalam negara ini.

"Kajang Ini adalah referendum rakyat untuk ketidakadilan yang telah berlaku dan referendum terhadap sistem kehakiman yang berlaku dalam negara hari ini. 

"Saya ajak pengundi-pegundi Kajang bersama saya," kata beliau.

Pengundi Kajang bertanggungjawab menyedarkan kerajaan BN yang angkuh (kalau mahu sedar). Caranya mudah sahaja undi PKR tolak BN. 

SIAPA NAK BELI AYAM SERINGGIT

Siapa yang hendak beli ayam harga seringgit dan kangkung murah boleh tanya Perdana Menteri. Beliau boleh tunjukkan kedai mana yang menawarkan harga ayam dan kangkung yang murah.

Ayam dan kangkung murah memang ada dijual. Tetapi mungkin hanya Dato' Seri Najib sahaja tang tahu kedai yang menjual ayam dan kangkung murah. Kita tidak tahu. Menteri yang jaga pertanian dan pengguna, Mail dan Hassn pun belum tentu tahu.

BN BAKAL KALAH TERUK DI KAJANG

PRK Kajang bakal menyaksikan BN tersungkur buat kesekian kalinya. Walaupun BN menggunakan pelbagai jentera kerajaan dan senjata tradisional mereka iaitu janji serta habuan tetapi tidak mungkin pengundi Kajang akan ter'makan' dengan perkara tersebut.

Rakyat yang terbeban dengan kos kehidupan yang tinggi, masalah jenayah/keselamatan dan lain-lain sudah pasti berfikir banyak kali untuk mengundi BN.

Tidak syak lagi pimpinan BN sedang mencari jalan dan helah untuk mengelirukan rakyat Malaysia dan pengundi Kajang. Setidak-tidaknya mereka mahu BN, (kalaupun tidak menang) kalah dengan majoriti kecil.

Sentimen rakyat yang bencikan BN sejak PRU 2008 masih terus segar lantaran kegagalan BN menyelesaikan isu ekonomi, jenayah, demokrasi, rasuah, ketirisan dan penyelewengan.








10 March 2014

RAKYAT TIDAK LUPA KEZALIMAN KPD ANWAR

Rakyat Malaysia tidak lupa kezaliman yang dikenakan kepada Anwar Ibrahim dan keluarganya. Walau apa yang berlaku rakyat Malaysia tidak akan melupakan kezaliman yang jelas mahu mematikan perjalanan politik Anwar.

Jangan kamu sangka kezaliman kamu akan mematikan perjuangan rakyat.

TONTON GAMBAR KAPTEN ZAHARIE DAN FARIQ MELALUI KAWASAN PEMERIKSAAN

Tontoni gambar Kapten Zaharie dan Fariq semasa diperiksa di kawasan pemeriksaan sebelum menaiki pesawat. Klik di sini https://www.facebook.com/photo.php?v=751767698168503

TIDAK DIKETAHUI SAMADA GAMBAR INI GAMBAR SEBELUM MEREKA MEMASUKI MH370 atau pesawat lain.

MH370 : KELUARGA DAKWA DAPAT HUBUNGI HAND PHONE MANGSA TETAPI TIADA JAWAPAN

Keluarga salah seorang penumpang MH370 yang hilang 2 hari lepas mendakwa mereka berjaya mengubungi telefon bimbitnya tetapi tiada jawapan.

Video Klip itu juga menunjukkan panggilan menjawab penembusan talian tetapi nada deringnya hanay sekejap dan terputus.

Namun tidak diketahui kesahihan dakwaan ini. Namun kita berdoa agar pesawat dan semua penumpang serta anak kapal selamat.

AMBIL IKTIBAR DARI INSIDEN MH370, SAMA-SAMA MUHASABAH DIRI KITA

AssalamualaIkum warahmatullah wabarakatuh 

Malaysian Airlines (MAS) dan YAB Datuk Seri Najib Razak.

Malaysia bagaikan jatuh ditimpa tangga. Dua bulan lalu, beberapa negeri dilanda banjir teruk. Dua minggu lalu, Sabah pula diserang banjir sedangkan kemarau, kebakaran, dan jerebu di Semenanjung masih belum berakhir. Kini, kita semua diuji dengan tragedi maha mendukacitakan semua pihak, pesawat mega milik penerbangan kebanggan kita, Malaysia Airlines MH370 hilang tiba-tiba. Peristiwa ini hanya beberapa minggu selepas MAS diumumkan rugi sejumlah bilion ringgit. Ia mengundang sedih dan duka kepada ribuan waris mangsa bahkan seluruh rakyat Malaysia. Bahkan mungkin, seluruh umat dunia sedang meratapi peristiwa malang ini.

YAB Datuk Seri dan MAS yang sangat saya kasih dan cinta.

Saat musibah pastinya tidak kita sukai. Namun musibah dan ujian pasti akan tiba. Kita pasti sedang bingung mencari jalan keluar. Setelah segala aset dan usaha dikerah, buntu masih menjadi penyudah. Klu-klu hanya tinggal klu. Lidah kita juga semakin kelu.

Di dalam Islam, ada jalan keluarnya tatkala buntu melitupi.

Hadis Riwayat Imam Muslim ada menceritakan tentang tiga orang yang terperangkap di dalam gua batu. Mereka tidak ada upaya untuk keluar melainkan dengan kudrat dan izin yang Allah Maha Kuasa. Mereka bertiga akhirnya bertawaasul dengan amal kebaikan masing-masing. Individu pertama dengan amal baik kepada ibu bapanya. Individu kedua dengan imannya meninggalkan zina ketika sekujur tubuh jelita terhidang indah. Individu ketiga dengan amanahnya terhadap hak orang lain. Pintu gua akhirnya terbuka, dan mereka berjaya keluar dari buntu.

MAS dan Datuk Seri, saya yakin, tidak sedikit amal baik yang telah dilakukan oleh YAB Datuk Seri dan MAS. Di samping usaha mencari, menjejak dan menyelamat, memohon doa dan solat hajat, bertawasullah dengan amal-amal itu.

Seterusnya, saya dengan rendah hati, memohon jasa baik MAS dan Datuk Seri selaku ketua kerajaan dan ketua eksekutif Malaysia agar melakukan nazar untuk berhasrat agar MAS tidak lagi menghidangkan minuman keras serta tidak lagi menghalang bahkan menggalakkan kakitangan dan krew kabin agar menutup aurat. Saya yakin, dengan tekad ini, belas ihsan Allah S.W.T mudah menyantuni kita dan memudahkan urusan kita. Orang awam juga boleh turut melakukan nazar dan berpuasa agar tragedi ini berakhir dengan baik. Semoga kerugian dan defisit tidak lagi menghantui MAS dengan berkat dan rahmat Allah.

Satu hadis lain yang sangat inspiratif menceritakan tentang perihal Ummu Salamah yang sedang berduka dan kematian suaminya yang tercinta.

Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam datang kepadanya dan mengurniakan seuntai doa yang berbunyi : 
(اللهم أَجِرْنِي مِن مُصِيبَتِي وَخْلُفْنِي خَيرََا مِنها)

Ya Allah, ganjarkan kami (pahala) dengan musibah in dan gantikanlah kehilangan ini dengan sesuatu yang lebih baik darinya.

Ummu Salamah seakan tidak meyakini doa tersebut lantaran Abu Salamah adalah seorang yang sangat baik. Pasti tidak ada pengganti sebaik arwah. Manakala dirinya juga sudah semakin berumur bahkan janda, maka pastinya tidak ada lelaki kacak yang baik akan terpikat dengannya. Namun, berkat doa tersebut, Allah memperkenankan doa Ummu Salamah. Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam meminang Ummu Salmah dan mengahwininya. Siapa yang lebih baik dari Rasulullah sollallohu 'alayhi wasallam?

Semoga musibah ini diganti Allah dengan sesuatu yang lebih baik untuk Malaysia dan dunia.

Semoga hati yang sedang berduka kini ditenangkan oleh Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

Semoga isi warkah ini ada manfaatnya kepada kita semua.

Salam Kedamaian.

INI KOMEN SALAH SEORANG YANG SEPATUTNYA MENAIKI MH370 (VIDEO)

Jessica Yee terlepas Pesawat MH370 kerana beliau tersilap membaca tarikh penerbangan.

Dengan nada yang bercampur-campur dan sedih beliau bernasib baik. Namun Jessica sangat bersimpati dengan semua yang terlibat dan mengharap semua mereka selamat.

Semuanya taqdir Allah. 

NELAYAN DAKWA NAMPAK PESAWAT TERBANG RENDAH


10 Mac 2014 [sinar]- Seorang nelayan di sini mendakwa melihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal pagi kelmarin.

Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut.

Menurutnya, pesawat itu terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut.

“Ketika itu hanya saya dan Pak Da (kawannya) sahaja yang melihat kapal terbang itu. Yang lain tidur. Biasalah kami nampak kapal terbang di kawasan ini kerana ia laluan utama, tapi kali ini ia lebih rendah daripada biasa.

"Saya tidak pasti berapa tinggi kapal terbang itu dari muka laut, cuma nampak lampu besar buah kelapa dan di bawah awan. Itu yang saya hairan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Azid, yang sudah 10 tahun membawa kaki pancing ke laut berkata, dia hanya mengetahui mengenai kehilangan MH370 selepas mengikuti berita di televisyen, semalam.

Berikutan itu, dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, petang semalam.

“Saya hanya ingin beritahu apa yang saya nampak malam itu. Mana tahu ia boleh bantu (pasukan mencari dan menyelamat).

09 March 2014

WAN AZIZAH AKAN MENANG BESAR

Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dipilih oleh PKR dan PR menjadi calon menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi PRK Kajang.

Jelas pemilihan Wan Azizah adalah pilihan tepat yang akan memberi pukulan maut kepada BN/MCA. Sudah semua pengundi Kajang akan menyokong PKR tanpa berbelah bagi.

Hasrat PR untuk menumbangkan BN dengan pukulan TKO hilang deposit semakin cerah.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter