BERHATI-HATI MENGELUARKAN KENYATAAN

Blog ini mengharapkan pimpinan negara, MAS, DCA dan pihak keselamatan supaya berhati-hati semasa memberikan kenyataan semasa sidang media kerana ianya ditonton di seluruh dunia.

Kita tidak mahu mereka tersilap mengeluarkan kenyataan dan berlakunya percanggahan fakta antara satu sama lain.

Kami mencadangkan supaya pihak terbabit mengadakan mesyuarat atau perbincangan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dalam Sidang Media harian mereka. Amat besar impaknya kepada negara kita apabila kenyataan-kenyataan yang mereka buat tidak berfakta, bercanggah antara satu sama lain. Ianya sudah tentu memberikan imej tidak baik kepada kredibiliti pemimpin dan pegawai-pegawai kita.

Rakyat Malaysia sudah tentu tidak mahu pemimpin kita dipandang rendah disebabkan kesilapan mereka mengeluarkan kenyataan semasa sidang akbar tersebut.

Blog ini sentiasa mendoakan agar pimpinan negara dan pegawai-pegawai yang berkenaan serta semua mereka yang terlibat dengan insiden ini supaya bersabar dan berdoa agar pesawat dan semua penumpang selamat.

PrayforMH370.

Comments