.

.

25 April 2013

NAJIB PUCAT GIGI BACA KAJIAN INI

43 peratus pengundi di negara ini berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding 39 peratus untuk Datuk Seri Najib Razak.

Bagi pengundi Melayu pula, peratusannya lagi besar iaitu 54 peratus untuk Anwar dan 28 peratus untuk Najib.

Begitu juga bagi pengundi kali pertama. 48 peratus dari mereka mengatakan Anwar lebih layak berbanding hanya 25 peratus untuk Najib.

Kesemua mereka membuat keputusan itu berdasarkan soalan 'Pemimpin yang layak dilantik menjadi Perdana Menteri' dalam kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL).

Kajian itu membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat 3 April lalu sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon.

"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Najib sudah tentu pucat gigi membaca kajian ini. Kalau boleh dia nak batalkan PRU 13 tangguh lagi ..........INI KALILAH

CALON WANITA UMNO/BN SAMSENG

BERSIH menyenaraikan calon BN untuk DUN Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman sebagai salah seorang ahli politik yang meneruskan keganasan politik, apabila beliau didakwa menarik kolar baju calon PKR Gopeng Dr Lee Boon Chye.

Beliau juga didakwa merampas kamera seorang pekerja parti PKR dan menghempaskannya ke tanah dalam satu pergelutan di antara penyokong kedua-dua parti, yang berlaku pada malam 22 April di Taman Tasik Permai, Batu Gajah.

“Perbuatan ini tidak boleh dibiarkan, jadi kami menyenaraihitamkan Hamidah atas bentuk keganasan ke atas calon lawan," kata Irene Fernandez yang turut mengetuai jawatankuasa pemantau BERSIH Itu.

Laporan akhbar berbahasa Inggeris The Star bagaimanapun menangkis dakwaan berkenaan yang disifatkannnya sebagai "tidak munasabah".

Beliau sebaliknya menyalahkan Lee yang didakwanya menimbulkan provokasi ke atas penyokong BN apabila cuba membuka satu pusat operasi berhampiran pusat mereka.

Calon Parlimen Gopeng dari PKR Lee Boon Chye juga mendakwa Hamidah 'menyekak' bajunya ..........hebat Midah ni .......

24 April 2013

PR MELAKA YAKIN TUMPASKAN BN


Sebelum tidak ramai yang berani menyatakan bahawa PR Melaka akan menang dan menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Ini kerana lonjakan sokongan rakyat kepada PR di Melaka agak 'slow' dan tidak kelihatan dengan jelas.


Namun beberapa bulan sebelum parlimen dibubarkan riak-riaknya semakin besar dan membentuk gelombang-gelombang kecil.

Tetapi selepas penamaan calon ianya semakin jelas, gelombang kecil menjadi besar. Rakyat semakin berani menyatakan sokongan mereka secara terbuka. Ini jelas kelihatan dari kehadiran dan sokongan rakyat pelbagai kaum dalam ceramah-ceramah umum PR di Melaka.

Indikator yang jelas ialah kehadiran rakyat di semua lokasi persinggahan Anwar di Melaka semalam. Walaupun program itu dibuat di sebelah siang dan petang yang kebiasaan tidak mendapat sambutan tetapi kini ianya jauh berbeza. 

Lautan manusia membanjiri program Anwar. Ramai di kalangan rakyat yang hadir adalah muka-muka yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ianya jelas menggambarkan sokongan rakyat semakin jelas dan membuak-buak.

Program Ustaz Azhar Idrus 2 hari selepas penamaan calon juga dilihat sebagai salah satu bukti bahawa rakyat berketurunan Melayu juga semakin peka kepada politik. Ketegasan Ustaz Azhar tentang politik sudah tentu akan dituruti oleh para penggemar beliau. Kira-kira 18,000 orang membanjiri Dataran Kebangkitan Rakyat di hadapan Dewan Tun Ali mendengar kuliah Ustaz Azhar. Calon-calon PAS di Ayer Molek, Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil juga turut sama duduk di pentas.

Tidak syak kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung dan sebuah kerajaan baru bakal dibentuk selepas 5 Mei ini.

SENARAI NGO DAN PONDOK DI KEDAH YG MINTA RAKYAT TOLAN BN


Pendukung deklarasi ulama.

NGO-NGO

1. Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura)
2. Majlis Perundingan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)
3. Persatuan Ulama Kedah (Puk)
4. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
5. Teras Pengupayaan Melayu (Teras)
6. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
7. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah)
8. Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (Hesa)
9. Pertubuhan Darul Mustafa Negeri Kedah (Darul Mustafa)
10. Women’s Initiative For Research, Development & Advancement (Wirda)
11. Persatuan Kebajikan & Pendidikan Pelajar Islam Kedah (Persida)
12. Yayasan Paksi
13. Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah)
14. Gerakan Sokong Syariah (Gesa)
15. Institut Pengembelingan Komuniti (Impak)
16. Institut Penyelidikan Syariah Malaysia (Isra)

Pondok dan sekolah agama
  1. Madrasah Al Rahmaniah Sik
  2. Maahad Darul Muhajirin Gajah Teriak
  3. Madrasah Darul Muhtadin Jeniang
  4. Madrasah Manabi’ Al-Ulum Al-Diniah Telaga Batu Jitra
  5. Madrasah Ahmadiah Addiniah Al Islamiah Pondok Ahmad Nahu
  6. Madrasah Al-Zuhudiah Parit Panjang
  7. Madrasah Ahmadiah Bukit Pinang
  8. Madrasah Islahiah Pondok Ustaz Adnan
  9. Madrasah Nurul Islam Charok Tok Uban Sik
  10. Ribat Nasrul Muhajirin Kg.Permatang Kaka
  11. Al Madrasah Al Imaniah Ad Dalawiyah Kg. Padang Buluh Nipis
  12. Madrasah Addiniah Al-Mardiyah Pondok Sg.Kob
  13. Maahad As-Syatirie Kg Sg. Dedap Yan
  14. Maahad Al-Tarbiah Al-Islamiah Al-Wataniah Kg Begia, Sik
  15. Madrasah Darul Ulum Al Barakah Kg Batu Besar Sik
  16. Kompleks Pendidikan Islam Darul Hidayah Kg. Sungai Mati Lepai
  17. Madrasah Takwiyatul Islamiah Pondok Bukit Lada
  18. Pondok Tn.Guru Hj.Hussin Dol Guar Chempedak
  19. Madrasah Tahzib An Nufus Pondok Ust.Awang Lanai
  20. Madrasah Al-Hidayah Al-Hukmiah Pondok Permatang Nibong
  21. Madrasah Munawwarah Parit Panjang, Baling
  22. Madrasah Al-Falah Al-Samaniah Ad-Diniah Pondok Alor Janggus
  23. Madrasah At-Tarbiah Pondok Kg. Landai
  24. Pondok Darul Saadah Sg Limau Baling
  25. Pondok Semeling
  26. Pondok Hj Wan Soleh Jitra
  27. Pondok Penyarum Baru Tobiar, Pendang
  28. Madrasah Jaafarul Hasanah Lepai
  29. Pusat Pengajian Tarbiyatul Auladiyah Kilim Langkawi
  30. Sek Men Islam Darul Ulum (Smidu) Pokok Sena
  31. Madrasah At Taklimiah Al Khairiah Tok Keling,
  32. Sek Men Agama Al Baqiyatussolihat Langkawi,
  33. Madrasah An Nur Al Islamiah Gajah Mati Pendang
  34. Akademi Islam Haji Abdullah Suboh Kota Kuala Muda,
  35. Sekolah Menengah Agama Ihsaniah Belantik Sik,
  36. Sek Men Agama Makarimul Akhlak Langgar
  37. Maahad Tarbiah Islamiah Derang
  38. Madrasah Zubaidiyah Merbok
  39. Pusat Pendidikan  Al-Islah Pinang Tunggal
  40. Madrasah Nurul Hidayah Kg.Tembak K.Ketil
  41. Markaz At Ta'lim Wat Tarbiah Pondok Bandar Hilir
  42. Madrasah Saadatul Wathoniah Kg. Tembak K.Ketil
  43. Madrasah Misbahul Falah Parit Panjang
  44. Madrasah Nurul Islah Parit Panjang
  45. Maahad Tahfiz Al-Fityan Yan
  46. Maahad Tahfiz Al Quran Yayasan Al Huffaz Parit Panjang
  47. Institut Pendidikan Islam & Tahfiz Al-Quran Abada Parit Panjang
  48. Pusat Tahfiz Al Amin Lunas
  49. Pusat Pengajian Islam Maahad Raudatul Ulum Serdang,Kedah
  50. Maahad Tahfiz Mutmainnah Sungai Petani
  51. Ma'ahad Al-Imam Al-Syafie Pendang
  52. Maahad Tahfiz Al-Barakah Tikam Batu,Sg Petani
  53. Maahad Qiraat Amal Aimy Dzalifah
  54. Sekolah Tahfiz Sains An-Najihin Kulim, Kedah
  55. Maahad Tahfiz Saidina Abu Bakar Kuala Nerang, Kedah
  56. Maahad As Solehah Kuala Kangkong Alor Setar
  57. Sek. Agama At-Toyyibah Changlun
  58. Madrasah Islahiah Diniah Memali Baling
  59. Sek. Ren. Islam Darul Ulum (Sridu) Tandop Alor Setar
  60. Sek. Integrasi Faizin (Saif) Guar Chempedak
  61. Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Langkawi
  62. Sek. Ren Islam Burhanuddin Al-Helmi Alor Star
  63. Sek. Rendah Islam An-Nur Gajah Mati Pendang,
  64. Sek. Ren Islam Darul Ulum (Sridu) Kupang, Baling
  65. Sek. Rendah Islam Raudhatul Muslimin Sg. Kembal Kuala Ketil
  66. Sekolah Rendah An-Naim Kuala Ketil
  67. Sek. Rendah Darul Hijrah Mukim Siong Baling

Gambar : Tuan Guru Salleh Musa.

23 April 2013

SAMPAI HATI KAMILIA .....KATA KAK IJAT...ALAHAI

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil melahirkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas naib ketua sayap tersebut, Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Shahrizat berkata, sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang politik, Kamilia seharusnya lebih bersabar dan patuh pada pimpinan parti.

"Saya teramat sedih kerana tak sangka Kamelia sampai hati buat keputusan untuk keluar daripada parti.

"Beliau dah pernah jadi senator, peguam, biro undang-undang parti sepatutnya dia tahu apa akan jadi bila bertanding Bebas, automatik terpaksa tinggalkan parti.

"Macam mana Kamelia sampai hati dia buat kita macam ini," katanya dalam perjumpaan bersama jentera pilihan raya Wanita Umno Kuala Kangsar di pejabat agama Islam Kuala Kangsar  hari ini.

Kak Ijat lupa berapa rakyat berkata kepada beliau. 

"Sampai hati keluarga Kak Ijat tak pulangkan RM250juta wang rakyat yang dipinjamkan"

"Mana pergi duit tu, kami rakyat Malaysia tidak halalkan walaupun 1 sen duit rakyat Keluarga Kak Ijat guna" kata salah seorang rakyat yang bernama Alang Seman.

TERGAMAK KAMU TUDUH TUAN GURU MAKAN RASUAH

Cuba teliti fakta ini. Tergamak kamu tuduh Tuan Guru MAKAN RASUAH.

BELASUNGKAWA BUAT SAHABATKU CIKGU AZLI - CATATAN MAZLAN ALIMAN

BELASUNGKAWA BUAT CIKGU AZLI

Cikgu Mohd Azli Hj Jufri, ayah kepada Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Cik Anis Afida Azli, 25 th, telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, selepas maghrib malam tadi.

Jenazahnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, kira2 jam 10 pagi tadi. Pada hari mengundi 5 Mei ini, adalah hari ulangtahunnya yg ke 50.

Saya mengenali Cikgu Azli sejak tahun 1986. Kami bergiat aktif dalam Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dari ahli biasa hingga sama2 dilantik sebagai exco sejak zaman Allahyarham Hj Ismail Ibrahim selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Johor. Sdr Salahudin Ayub, Hj Aminulhuda Hassan, Rosli Kemin, Hanipa Maidin dan Ishak Mohd Salleh, adalah antara pimpinan yg seangkatan dengan beliau.

Arwah adalah aktivis parti yg sangat gigih dan berani, meskipun seorang penjawat awam. Jawatan terakhir yg masih disandangnya ialah Setiausaha PAS Kawasan Pengerang. Bakat kepimpinan arwah dan isterinya Wan Rohani Wan Ahmad, diwarisi oleh Anis.

Saya masih ingat ketika PAS Kawasan Pengerang tercari2 calon untuk bertanding di Dun Penawar, hampir2 sahaja boleh bertanding. Namun, faktor usia perkhidmatan dan kekangan kesihatan, beliau menolak.

Anis Afida Azli ditonjolkan sebagai calon. Bakat kepimpinannya sgt menyerlah, sama seperti bapanya. Saya dapat mengesan bakatnya, lalu mengetengahkannya dalam politik dan aktiviti masyarakat.
Saya lantik Anis sebagai AJK Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan dan AJK Lajnah Tanah PAS Johor serta AJK Bertindak Menangani Pengambilan Tanah Pengerang(MANTAP)

Bila berkesempatan berjumpa saya, Cikgu Azli sgt berbangga atas kejayaan anak gadisnya itu. Berkali2 arwah berpesan agar beri pendedahan lebih luas kpd anaknya. Dia yakin anaknya mampu pergi lebih jauh.

Sewaktu Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang melawat Pengerang 17 Februari lalu, kami sempatkan menziarahi arwah yg nampak agak uzur di rumahnya di Bandar Penawar. Sebelum beredar, dia bisik ke telinga saya rasa puasnya Tok Guru datang, kerana itu yg dihajati sebelum menghadap Ilahi.
Impiannya menjadi kenyataan...

Isteri arwah, Kak Wan maklumkan kpd saya, banyak pesanan dititipkan buat Anis. Gambar2 Anis sebagai Calon PAS di Pusat Penamaan Calon tanggal 20 Apr lalu ditunjukkan kpd arwah. Walaupun keadaannya kian lemah dan sedang menjalani rawatan di HSA JB, di wajahnya tampak ceria dengan kejayaan anaknya, Anis.

Kini, Cikgu Azli telah meninggalkan kita buat selama2nya. Terlalu banyak kenangan bersamanya. Zaman muda, berusrah, tamrin qiadi, susah senang hadapi puluhan tahun.

Meskipun arwah telah tiada, dia meninggalkan seorang serikandi hebat, Anis Afida Azli, yang namanya semakin meniti di bibir rakyat Malaysia.

Kepada Anis khususnya, teruskan perjuangan yg suci dan murni ini. Laksanakan pesanan ayahnda mu. Saya tau berbagai rintangan telah dan sedang dihadapi. Pengundi Dun Penawar akan menilai khidmat bakti dan pengorbananmu.

Untuk Kak Wan Rohani dan keluarga, takziah dari PAS dan Pakatan Rakyat. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.
Syabas kerana bersama perjuangan ini dan teruskan komitmen utk Agama yg cinta.

ALFATIHAH buat Cikgu Azli, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.
AMIN..

22 April 2013

KLIP VIDEO MENGAJAK PAK AJI DAN MAK AJI KEMBALI MUDA

Bukti Jelas Malaysia sebuah negara islam contoh didunia di bawah kepimpinan Barizan Nasional 

~ Kini Mak Aji & Pak Aji , malah anak-anak muda , dan anak-anak kecil tak perlu bersusah payah mendapatkan CD lucah..kerana Malaysia ialah "Negara Islam " Pertama yang menayangkan filem Lucah secara percuma dalam perkarangan Masjid!~

Sudahlah Filem Palsu!

MAT TAIB MASUK PAS, KHIR TOYO BILA PULAK???


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mat Taib sah menyertai PAS. Tahniah kepada Mat Taib kerana telah bertaubat dan menyertai perjuangan PAS.


21 April 2013

PRU 13 : FITNAH LAGI, PENCACAI TAK HABIS2 FITNAH PAS DAN PR

Pencacai fitnah PAS dan PR lagi. Banner ini digantung di banyak tempat dalam Melaka.

Ayuh pasukan keselamatan kita turunkan banner dan ronda selalu untuk  pastikan ia tidak digantung lagi.

INILAH PENANGAN CALON 'WINNABLE' NAJIB?

Hebat betul Najib Razak memilih calon-calon yang dikatakan 'winnable' sehingga begitu ramai ahli-ahli Umno dan parti komponen lain yang membantah. Bukan sahaja ahli biasa yang bantah malah, Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Pusat pun bantah dan keluar Umno.

Betul ke calon-calon 'Winnable'. Mungkin juga calon 'WinCABLE' kot.

berikut senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS.

1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar

2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek
Gelugor,

3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang

4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang

5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen
Bandar Tun Razak

6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen
Bandar Tun Razak

7. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai

8. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara

9. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali

10. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor
Mengkudu

11. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau

12. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning

13. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari – Parlimen
Pengerang

14. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu – DUN Gambir

15. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir

16. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu,
Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri

17. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

18. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil

19. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat

20. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti

21. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

22. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai
Sibugah

23. Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah

24. Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe – DUN Kuala Kubu Bharu

25. Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook – DUN Kuala
Kubu Bharu

SEORANG BOLEH UNDI 3 KALI??????

Nama sama, tarikh lahir sama, hujung sahaja berlainan .........ini apa cerita ini....???????????

PRU 13 : JANJI KU PADA MU


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter