.

.

23 April 2013

BELASUNGKAWA BUAT SAHABATKU CIKGU AZLI - CATATAN MAZLAN ALIMAN

BELASUNGKAWA BUAT CIKGU AZLI

Cikgu Mohd Azli Hj Jufri, ayah kepada Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Cik Anis Afida Azli, 25 th, telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, selepas maghrib malam tadi.

Jenazahnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, kira2 jam 10 pagi tadi. Pada hari mengundi 5 Mei ini, adalah hari ulangtahunnya yg ke 50.

Saya mengenali Cikgu Azli sejak tahun 1986. Kami bergiat aktif dalam Dewan Pemuda PAS Negeri Johor dari ahli biasa hingga sama2 dilantik sebagai exco sejak zaman Allahyarham Hj Ismail Ibrahim selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Johor. Sdr Salahudin Ayub, Hj Aminulhuda Hassan, Rosli Kemin, Hanipa Maidin dan Ishak Mohd Salleh, adalah antara pimpinan yg seangkatan dengan beliau.

Arwah adalah aktivis parti yg sangat gigih dan berani, meskipun seorang penjawat awam. Jawatan terakhir yg masih disandangnya ialah Setiausaha PAS Kawasan Pengerang. Bakat kepimpinan arwah dan isterinya Wan Rohani Wan Ahmad, diwarisi oleh Anis.

Saya masih ingat ketika PAS Kawasan Pengerang tercari2 calon untuk bertanding di Dun Penawar, hampir2 sahaja boleh bertanding. Namun, faktor usia perkhidmatan dan kekangan kesihatan, beliau menolak.

Anis Afida Azli ditonjolkan sebagai calon. Bakat kepimpinannya sgt menyerlah, sama seperti bapanya. Saya dapat mengesan bakatnya, lalu mengetengahkannya dalam politik dan aktiviti masyarakat.
Saya lantik Anis sebagai AJK Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan dan AJK Lajnah Tanah PAS Johor serta AJK Bertindak Menangani Pengambilan Tanah Pengerang(MANTAP)

Bila berkesempatan berjumpa saya, Cikgu Azli sgt berbangga atas kejayaan anak gadisnya itu. Berkali2 arwah berpesan agar beri pendedahan lebih luas kpd anaknya. Dia yakin anaknya mampu pergi lebih jauh.

Sewaktu Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang melawat Pengerang 17 Februari lalu, kami sempatkan menziarahi arwah yg nampak agak uzur di rumahnya di Bandar Penawar. Sebelum beredar, dia bisik ke telinga saya rasa puasnya Tok Guru datang, kerana itu yg dihajati sebelum menghadap Ilahi.
Impiannya menjadi kenyataan...

Isteri arwah, Kak Wan maklumkan kpd saya, banyak pesanan dititipkan buat Anis. Gambar2 Anis sebagai Calon PAS di Pusat Penamaan Calon tanggal 20 Apr lalu ditunjukkan kpd arwah. Walaupun keadaannya kian lemah dan sedang menjalani rawatan di HSA JB, di wajahnya tampak ceria dengan kejayaan anaknya, Anis.

Kini, Cikgu Azli telah meninggalkan kita buat selama2nya. Terlalu banyak kenangan bersamanya. Zaman muda, berusrah, tamrin qiadi, susah senang hadapi puluhan tahun.

Meskipun arwah telah tiada, dia meninggalkan seorang serikandi hebat, Anis Afida Azli, yang namanya semakin meniti di bibir rakyat Malaysia.

Kepada Anis khususnya, teruskan perjuangan yg suci dan murni ini. Laksanakan pesanan ayahnda mu. Saya tau berbagai rintangan telah dan sedang dihadapi. Pengundi Dun Penawar akan menilai khidmat bakti dan pengorbananmu.

Untuk Kak Wan Rohani dan keluarga, takziah dari PAS dan Pakatan Rakyat. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul.
Syabas kerana bersama perjuangan ini dan teruskan komitmen utk Agama yg cinta.

ALFATIHAH buat Cikgu Azli, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.
AMIN..

2 comments:
Write comments
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter