NAJIB PUCAT GIGI BACA KAJIAN INI

43 peratus pengundi di negara ini berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih layak dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia berbanding 39 peratus untuk Datuk Seri Najib Razak.

Bagi pengundi Melayu pula, peratusannya lagi besar iaitu 54 peratus untuk Anwar dan 28 peratus untuk Najib.

Begitu juga bagi pengundi kali pertama. 48 peratus dari mereka mengatakan Anwar lebih layak berbanding hanya 25 peratus untuk Najib.

Kesemua mereka membuat keputusan itu berdasarkan soalan 'Pemimpin yang layak dilantik menjadi Perdana Menteri' dalam kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Pilihan raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL).

Kajian itu membabitkan 1,407 responden itu dijalankan bermula hari pembubaran Dewan Rakyat 3 April lalu sehingga 20 April lalu, iaitu pada hari penamaan calon.

"Peratusan keseluruhan siapa yang layak menjadi perdana menteri menunjukkan Anwar (dapat) 43 peratus manakala Najib 39 peratus," kata Pengarah Umcedel, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.

Najib sudah tentu pucat gigi membaca kajian ini. Kalau boleh dia nak batalkan PRU 13 tangguh lagi ..........INI KALILAH

Comments

Anonymous said…
satu analisa yg tx perlu d ulamg2.DSAI tlah pun jd TPM masa dlam umno ,itu ynda dia layak.cuma mahadir firaun hlang ,,,buang masa buat kajian
inikalilah said…
tak boleh dibayangkan jenis akal org yg sanggup tolak tawaran manifesto yg dicadankan oleh pr utk pru13 nanti.......begitu juga dgn org yg masih kekal menggharapkan mesia terus dipimpin oleh parti sekarang (ubn)