Sebelum tidak ramai yang berani menyatakan bahawa PR Melaka akan menang dan menubuhkan kerajaan negeri yang baru. Ini kerana lonjakan sokongan rakyat kepada PR di Melaka agak 'slow' dan tidak kelihatan dengan jelas.
Namun beberapa bulan sebelum parlimen dibubarkan riak-riaknya semakin besar dan membentuk gelombang-gelombang kecil.
Tetapi selepas penamaan calon ianya semakin jelas, gelombang kecil menjadi besar. Rakyat semakin berani menyatakan sokongan mereka secara terbuka. Ini jelas kelihatan dari kehadiran dan sokongan rakyat pelbagai kaum dalam ceramah-ceramah umum PR di Melaka.
Indikator yang jelas ialah kehadiran rakyat di semua lokasi persinggahan Anwar di Melaka semalam. Walaupun program itu dibuat di sebelah siang dan petang yang kebiasaan tidak mendapat sambutan tetapi kini ianya jauh berbeza.
Lautan manusia membanjiri program Anwar. Ramai di kalangan rakyat yang hadir adalah muka-muka yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ianya jelas menggambarkan sokongan rakyat semakin jelas dan membuak-buak.
Program Ustaz Azhar Idrus 2 hari selepas penamaan calon juga dilihat sebagai salah satu bukti bahawa rakyat berketurunan Melayu juga semakin peka kepada politik. Ketegasan Ustaz Azhar tentang politik sudah tentu akan dituruti oleh para penggemar beliau. Kira-kira 18,000 orang membanjiri Dataran Kebangkitan Rakyat di hadapan Dewan Tun Ali mendengar kuliah Ustaz Azhar. Calon-calon PAS di Ayer Molek, Bukit Baru dan Parlimen Bukit Katil juga turut sama duduk di pentas.
Tidak syak kebangkitan rakyat tidak dapat dibendung dan sebuah kerajaan baru bakal dibentuk selepas 5 Mei ini.
Comments