.

.

19 September 2009

BAHAGIA DI HARI RAYA

Tidak ada yang lebih bahagia selain dari melihat ayahanda dan bonda sihat sejahtera di pagi raya. Bukan semu orang yang masih mempunyai kedua orang tua yang masih sihat sejahtera. Nikmat ini masih ku rasai sehingga ke saat iniRamai di antara kita yang kedua orang tua mereka sudah dipanggil Allah S.W.T mengadapNya.
Sudah tentu kemeriahan hari raya sudah hilang serinya kerana mereka yang amat disayangi sudah tiada di dunia ini. Ayahanda dan Bonda lah yang menyebabkan anak-anak akan pulang setiap kali menyambut hari lebaran. Kalau kedua-duanya sudah tiada ‘kusam’lah sambutan hari raya.

Hanya adik beradik dan sanak saudara sahaja yang ada. Namun ianya tidak sama dengan kehadiran ayahanda dan bonda.

Ya Allah engkau panjangkanlah umur kedua ayahanda dan bonda serta sihatkan mereka dari sebarang penyakit dan mara bahaya.

BERAYA JANGAN LUPA TANGGUNGJAWAB KITA

Di saat kita ber'gumbira' menyambut Hari Kemenangan esok 1 Syawal, jangan kita lupa saudara kita di Gaza, Selatan Thai, Afghanistan, Iraq dan lain-lain tempat yang sedang berhadapan dengan ujian Allah di tempat masing-masing.
Marilah kita menginsafi diri kita betapa kita semua bertanggungjawab untuk membantu saudara-saudara ini.
Kita juga jangan lupa bahawa Baitul Maqdis masih dijajah oleh Yahudi, bumi umat Islam diceroboh dan dizalimi.....Allahu Akhbar!!!

JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI PAS NEGERI 3 SYAWAL

Rakyat Melaka dijemput untuk menghadiri jamun hari raya PAS Negeri Melaka pada 3 Syawal 1430 bersamaan 22 September 2009 bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang.

Jamuan tersebut akan diadakan di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil.

Antara tetamu jemputan ialah pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka dan juga semua rakyat Melaka yang tinggal di perantauan.

SELOKA BAGAN PINANG

Isa Samad tonjolkan diri
Jadi calon Bagan Pinang
Rasuah politik sudah dibukti
Sudah diketahui semua orang

Muka malu hidung rompong
Mata merah muka pucat
BN kalah tujuh kosong
Sabah Sarawak jadi penyelamat

Politik baru gagasan Pakatan
Politik lama ketinggalan zaman
BN pasti rakyat kuburkan
Akibat bongkak dan kezaliman

Ugut, tipu dan penyelewengan
Rasuah, kroni jadi mainan
Tidak takut kepada Tuhan
Punca bongkak dan kezaliman

1Malaysia jadi laungan
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Semua retorik cuma slogan
Jangan termakan umpan kerajaan

Undi Pos jadi penyelamat
Harapan BN untuk menang
Najib, Mat Hassan tidak selamat
Kejahatan lama pasti dikenang

Rakyat cerdik sukar ditipu
Laman web dan Blog sumber maklumat
Zaman kini bukan dahulu
BN pasti tidak akan selamat

Bagan Pinang Teluk Kemang
Port Dickson, Tanjung Tuan dan juga Lukut
Kejahatan dan kezaliman sudah bergelumang
Kini BN terasa takut

Isa Samad dan Mat Hassan
Sama-sama pasang angan-angan
Pakatan Rakyat menuju kemenangan
Barisan Nasional menuju kehancuran

Masa depan, kini dan juga dahulu
Rakyat jangan dipermain-main
Bagan Pinang jadi penentu
Rakyat bijak memilih pemimpin

Nukilan : Sofi Wahab 6.39 pagi. 29 Ramadhan 2009, Lebak Temerloh

AIDIL FITRI DATANG LAGI

Balik Kampung adat tradisi
Ziarah ayah ibu dan saudara
Maaf dipinta di Aidil Fitri
Mensuci diri dari dosa

Mensuri diri dari dosa
Maaf dipinta di Aidil Fitri
Rindu Ayah ibu dan saudara
Moga dosa diampunkanNya

Ziarah ayah ibu dan saudara
Di pagi raya sungguh syahdu
Moga dosa diampunkanNya
Dosa akan datang, kini dan dahulu

Ketupat rendang dan bahulu
Lemang dan putu pasti ada
Takbir tahmid bedok dipalu
Tambah meriah di pagi raya

Air mata membasahi pipi
Maaf dipinta tanpa jemu
Meriah sungguh di Aidil Fitri
Teringat pada ayah dan ibu

Duit raya pasti ada
Meriah sungguh di Aidil Fitri
Kanak-kanak kecil amat gembira
Main mercun jangan sekali

Meriam buluh mercun bola
Amat bahaya jangan dimain
Putus jari dapat bala
Keselamatan diri tidak dijamin
Hati hati dijalan raya
Banyak kereta hati hati
Apakan daya sudah ketetuanNya
Ayah dan ibu telah pergi

Doa dan munajat untuk mereka
Agar tenang mereka di sana
Anak soleh pasti berjaya
Ibu Ayah aman bahagia

Sepuluh jari saya pohonkan
Pahala dan kebajikan kita himpun
Taubatlah kita kepada Tuhan
Di hari raya harap diampun


Lebak, 29 Ramadhan 143o

RAKYAT BAGAN PINANG DITATANG BAGAI MINYAK PENUH

Hari Raya tahun berlainan sekali bagi penduduk Bagan Pinang
Mereka ditatang bagai minyak yang penuh oleh BN
Apa sahaja permintaan mereka akan didengar oleh BN
Sebut sahaja bantuan yang mereka mahu
Hanya Ayah dan Omak yang tidak boleh BN tunaikan

BN tidak hiraukan halal dan haram
Yang penting kemahuan dan nafsu pengundi Bagan Pinang harus ditunaikan

Sebut sahaja apa mereka mahu
Cermin mata, beras kain pelikat milo
Basikal, baja, benih hatta beruk panjat kelapa
Tentu BN boleh tunaikan

BALIK KAMPUNG

Balik kampung, oh ho balik kampung,
Semua orang balik kampung bila hari raya menjelma

Hanya orang yang tak ada kampung yang tak balik kampun
Atau orang yang sudah lupa asal usul, saudara mara yang tak balik kampung

Balik kampung, oh ho balik kampung
Balik kampung, oh go balik kampung

Kini saya berada di kampung
Terkenang zaman kecik- kecik dulu
Bila tiba hari raya semua gumbira

17 September 2009

ESTET SELIAU JADI PERKAMPUNGAN MELAKA

Estet Seliau di DUN Bagan Pinang menjadi medan untuk jentera pilihanraya Negeri Melaka mengasah bakat dan mempraktikkan segala ilmu pilihanraya yang ada. Lebih manis lagi majoriti pengundi di sini adalah kaum India. Pada PRU 2008 lalu peti undi dimenangi oleh PAS dengan majoriti agak besar.
Kali ini dugaannya sudah tentu lebih hebat kerana BN pasti akan menggunakan segala kekuatan, ugutan dan tipu helah untuk memenangi hati masyarakat India di sini.
Samy Vellu khasnya akan menggunakan segala 'manderem' dan serapahnya untuk mengembalikan sokongan pengundi India kepada BN.
Cabaran ini Insya Allah akan di pikul oleh Melaka dengan sedaya mungkin.

BONUS : KERAJAAN PR PRIHATIN

Terbukti kerajaan PR sentiasa bertindak memikirkan kesejahteraan rakyat berdasarkan situasi semasa bukannya atas sebab politik.
Semalam 2 kerajaan negeri PR iaitu Kedah dan Selangor mengumumkan bahawa semua penjawat awam kumpulan sokongan termasuk yang berkhidmat secara kontrak, sambilan dan sementara mendapat bonus RM500 sebagai persediaan untuk bekalan menyambut hari raya.
Kira-kira 5,300 dan 9,000 kakitangan awam di Kedah dan Selangor akan menikmati 'duit raya' ini hari ini.
Terbukti kerajaan PR prihatin dan mementingkan rakyat.

BAGAN PINANG : KALAU ISA KATAKAN ISA

BN tidak perlulah berdolak dalik untuk mencalonkan sesiapa sahaja mewakili mereka kerana 1 Malaysia sudah tahu sesiapa sahaja boleh dicalonkan hatta kaki rasuah, kaki 'pompuan', penyangak dan penyamun pun boleh jadi calon BN.
Mereka tidak kisah itu semua. Sebab itu kaki rasuah masih jadi Ketua Menteri, kaki songlap masih menjadi menteri, kaki pukul masih jadi orang kanan kabinet dan lain-lain.
Kalau BN hendak calonkan Isa Samad apa salahnya itu hak mereka. Kalau Isa katakan Isa, tak payahlah hendak berteka-teki. Dengar khabar akar umbi Umno di Bagan Pinang pun mahukan Isa. Sebab Isa memang dihormati dan disanjungi di sana. Jadi tidak perlulah Umno/BN menunggu lama. Bukankah Umno/BN sudah biasa membuat pilihan calon tanpa menyiasat latarbelakang dan kerja buat bakal calonnya. Rakyat juga sudah lali dengan sikap pemimpin Umno/BN.
Kalau ISA katakan ISA.

16 September 2009

TOL PERCUMA : MENGAPA LEPAS 12 MALAM?

Bagi saya kalau syarikat Tol benar-benar prihatin dan mahu membantu mereka sepatutnya tidak menghad masa untuk menghapuskan bayaran tol. Mengapa masa selepas 12 malam dipilih. Tidakkah ini mengundang cemuhan dan rasa tidak puas hati pengguna jalan raya.
Kalau hendak berikan percuma berilah pada 'peak hours'.
Mungkin ramai yang akan balik tengah malam selepas tol dimansuhkan pada waktu itu dan ini mengundang bahawa kerana masa tersebut adalah masa di mana pemandu mudah mengantuk dan terlelap.
Fikirkanlah!!!!!!!!!!!

MCA : CHUA DAN ONG SAMA-SAMA YAKIN MENANG

Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang dipecat oleh Presiden MCA atas kesalahan salah laku yakin beliau akan menang pada EGM MCA 10 Oktober ini.
Kalau beliau yang jelas bersalah dan tidak berakhlaq (terlibat dengan Skandal Seks) boleh menang pada pemilihan jawatan Timbalan Presiden sebelum ini, tidak mustahil beliau akan menerima sokongan padu pada EGM ini nanti.
Terbukti tiada lagi nilai akhlaq dan integriti dalam parti-parti komponen BN sehingga pelakon video Seks, kaki rasuah, penipu, kaki perempuan dan lain-lain boleh menang pada pemilihan parti masing-masing.
Saya tidak terkejut jika Soi Lek menang lagi pada EGM nanti dan dengan sendirinya kemenangan beliau nanti membuktikan beliau lebih berpengaruh dari Ong Tee Kean dan Ong sewajarnya meletakkan jawatan.
Ini kerana di dalam BN skandal seks, judi, dadah, tipu, zalim, zina, rasuah dan sebagainya seolah-olah halal di sisi agama dan moral. Sebab itu pemimpin yang terlibat dengan semua itu masih menang dan diangkat menjadi pemimpin di peringkat pusat, negeri, bahagian dan cawangan.

Saya juga yakin bahawa Ong Tee Keat juga berkeyakinan yang beliau boleh menang sebab itu beliau bersetuju dengan tuntutan yang dibuat oleh Chua Soi Lek.

QIAMULLAIL PAS KAWASAN MALAM INI

PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan Qiamullail malam ini bertempat di Balai Islam Paya Dalam.

Seluruh muslimin dan muslimat di sekitar parlimen Bukit Katil dijemput hadir. Program bermula dengan Solat Tarawih dan berakhir selepas solat Subuh.

PERUTUSAN HARI RAYA DARI YDP PAS BUKIT KATIL

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
BAGI pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Bukit Katil, saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, hari kebesaran kurnia daripada Allah SWT setelah kita menunaikan ibadat puasa dalam masa sebulan, berjihad dan bermujahadah dengan mengerjakan ibadat dengan penuh ketaatan kepada Allah SWT, melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang.

Ibadat yang melatih kita untuk menjadi orang-orang yang bertakwa kepada Allah Taala. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan Allah Taala melakukan nuzul al-Quran pada bulan Ramadan. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan bertakwa.

Dalam masa yang sama, bagi menegakkan petunjuk ini, kita berdepan dengan cabaran. Al-Quran menjadi furqan, yang membezakan di antara hak dan batil, benar dan salah. Dengan petunjuk al-Quran, kita menegakkan yang benar, menentang perkara yang bercanggah dengan al-Quran.

Dengan semangat tarbiah melalui Ramadan, menjadikan diri kita orang yang beriman, yang bertakwa, yang kuat, yang sanggup menghadapi cabaran selepas Ramadan dengan mendapat pertolongan daripada Allah SWT, walaupun kita dikelilingi oleh musuh-musuh yang ramai yang tidak akan memberi kesempatan kepada Islam untuk tegak semula di bumi Allah ini.
Dengan takwa dan iman yang yang kuat, kita yakin semua musuh itu adalah kecil apabila kita bersama dengan Allah SWT dan Allah SWT memilih pula di bulan Ramadan berlakunya kemenangan kepada umat Islam.

Dalam peristiwa Badar, Fathul Makkah, Ain Jalut dan penawanan Kota Belgrade di Balkan pada zaman Kerajaan Othmaniah dalam keadaan orang Islam dianggap lemah tetapi hati mereka ikhlas menyumbangkan pengorbanan harta benda dan jiwa raga disertakan dengan iman yang kuat, percaya kepada Allah dan percaya kepada janji Allah, dunia dan akhirat. Berbekalkan perkara-perkarta itu, Allah Taala memberikan kemenangan kepada generasi awal Islam.

Saya yakin dan percaya sekiranya umat Islam di zaman kini melaksanakan contoh dan teladan tersebut, mereka juga akan diberikan kemenangan sekali lagi oleh Allah Taala.
Marilah pada kesempatan ini, kita membaharukan semangat untuk meningkatkan lagi kerja dan amal kita dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT dan menyungguhkan lagi perjuangan kita untuk meninggikan agama Allah supaya agama ini tegak sebagaimana dinyatakan oleh Allah, yang bermaksud:
"Supaya agama ini zahir, menang, mengatasi segala ajaran yang lain walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin." (Surah as-Saff: 9)

Dalam masa yang sama, pada kesempatan ini, marilah kita menguatkan ukhuwah, persaudaraan di kalangan kita dengan ukhuwah iman dan Islam yang menyatukan umat Islam sehingga mereka tidak ada beza di antara satu sama lain. Mereka adalah satu ummah, laksana satu jasad yang bersambung di antara satu sama lain, sama-sama memikul tanggungjawab, bertolong menolong sama ada yang berkait dengan urusan agama dan dunia.

Dalam masa yang sama, membolehkan kita menyampaikan mesej kita kepada seluruh manusia untuk menyatakan bahawa kitalah yang menyelamatkan manusia yang sebenar di dunia dan di akhirat.

Mudah-mudahan dengan semangat ini, kita berjaya menjadi seorang Islam yang diterima oleh Allah SWT dan merealisasikan apa yang diperintahkan oleh Allah, firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan kamu menjadi orang-orang Islam." (Surah Ali Imran: 102)
Sekian, terima kasih.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillah il-hamd.

Sofi Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil
75450 Bukit Katil, Melaka
HP : 019 – 682 1318
Tel : 06 – 267 2239
Fax : 06 - 2672239

Web :
http://www.blogbukitkatil.blogspot.com
http://www.pemudabukitkatil.blogspot.com
http://www.dmpbkatil.blogspot.com
http://www.mutaligat.blogspot.com

TIADA TERIMAKASIH BUAT MU PENZALIM

Tiada ucapan terima kasih untuk kerajaan Malaysia yang membebaskan 5 tahanan ISA semalam. Memang wajar tahanan dan keluarga mereka tidak berterimakasih kerana mereka telah dikurung tanpa bicara dan kesalahan selama 2 - 7 tahun lebih. Bukankah itu zalim.
Apa yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan ialah memohon ampun dan maaf kepada tahanan serta keluarga mereka. Bayaran ganti rugi juga mesti dijelaskan atas kesusahan dan kesengsaraan zahir dan batin mereka.

BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA DAN TUTUP KEM KAMUNTING

Semalam kerajaan membebaskan 5 tahanan ISA. Antara yang dibebaskan ialah Mat Shah Satray suami aktivis GMI Norlaila Othman yang telah ditahan lebih dari 7 tahun.
Pembebasan mereka ini sudah tentu mengembirakan keluarga mereka menjelang hari lebaran hujung minggu ini.
Namun begitu ianya belum lengkap selagi semua tahanan ISA tidak dibebaskan. Masih ada 7 orang lagi yang dizalimi di Kamunting. Bebaskan mereka atau hadapkan mereka ke muka pengadilan. Hukum mereka mengikut peruntukan undang-undang yang ada bukan dengan ISA. Selepas mereka dibebaskan atau dihukum tutup Kem Kamunting tempat yang zalim itu.
Seterusnya kerajaan mesti memohon maaf dan membayar gantirugi kepada semua tahanan dan keluarga mereka atas kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan.

15 September 2009

TAHNIAH KEPADA ACEH : UNDANG-UNDANG REJAM UNTUK PESALAH ZINA

Media melaporkan bahawa undang-undang rejam untuk pesalah zina yang sudah berkahwin akan dikuatkuasakan di Aceh dalam masa 30 hari lagi selepas diluluskan oleh kerajaannya baru-baru ini.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah yang menjalankan hukum Islam ini di Indonesia malah di Asia Tenggara.

Syabas dan tahniah kepada kerajaan Aceh yang berjaya merealisasikan undang-undang Islam sebenar. Insya Allah dengan pelaksanaan hukum Islam ini gejala maksiat dan perzinaan akan dapat dikurang dan dibasmi di Aceh.
Sebelum ini pun kita pernah didedahkan dengan hukum sebat ke atas pesalah-pesalah di Aceh. Kini dengan undang-undang terbaru ini saya yakin Aceh akan lebih makmur dan aman.

BN KALAH : SAMY KATA BN, BN KATA SAMY SALLAH

Bila kalah macam-macam alasan diberikan. Ada yang tak masuk akal pun dijadikan alasan. Itulah yang berlaku kepada pemimpin Umno dan MIC khasnya Samy Vellu yang saling tuduh menuduh bahawa masing-masing menjadi punca BN diterajang oleh rakyat pada PRU 2008 lalu.
Bekas Perdana Menteri dengan tegas mengkritik parti-parti komponen dalam BN khasnya MIC. Ini menimbulkan kemarahan perwakilan MIC dan Samy sendiri. Malah Samy juga dilihat tidak senang dengan komen Perdana Menteri semasa perasmian mesyuarat tahunan MIC baru-baru ini.
Najib dalam ucapannya menyeru pemimpin-pemimpin BN jangan hanya popular dalam parti tetapi tidak diterima oleh rakyat.
Samy seolah-olah terasa dengan sindiran Najib tersebut lantas menjawab, seseorang pemimpin itu perlu mendapat tempat dalam parti terlebih dahulu sebelum boleh diterima oleh rakyat, kenyataan yang jelas bertujuan mewajarkan kedudukannya dalam parti.
Ternyata pemimpin-pemimpin BN tidak sebulu dan bercakaran antara satu sama lain.
Kemelut dalam MIC dilihat semakin parah dengan kekalahan tipis Subramaniam untuk jawatan Timbalan Presiden. Beliau memperolehi undi yang banyak iaitu 547 lebih dan tewas dengan majoriti kecil 82 undi kepada G Palanivel yang mendapat 629. Sementara Sothinathan hanya memperolehi 280 undi.
Subra pula dilaporkan akan diambil tindakan oleh MIC kerana dituduh membuat kacau pada pemilihan tersebut.
MCA juga semakin kusut apabila Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) terpaksa diadakan untuk menyelesaikan kemelut perkelahian antara Presiden dan Timbalan Presiden yang dipecat.
Jelas sekali BN menghadapi situasi yang amat sukar sekarang ini disebabkan keangkuhan dan kebongkakan pemimpin mereka yang degil dan tidak mahu berubah walaupun ditolak oleh rakyat pada pRU 2008 dan 7 pilihanraya kecil di Semenanjung.

'TAHI' HIDUNG MASIN, BONGKAK DAN BERKIRA

Bila kerajaan pusat berurusan dengan negeri-negeri PR dengan serta merta mereka bersifat BONGKAK, 'TAHI' HIDUNG MASIN dan BERKIRA.
Namun ianya tidak sekali-kali berlaku jika mereka 'deal' dengan kerajaan negeri BN. Inilah double standard yang dilakukan oleh kerajaan pusat dari dulu, kini dan selamanya.
Mereka terus-terus di mana mengiktiraf mandat dan keputusan rakyat yang mahukan PR memerintah negeri-negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta Perak (sebelum direntap dengan tidak bertamadun oleh BN).
Semalam Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin tanpa segan dan malu menafikan hak kerajaan dan rakyat Kelantan untuk mendapat royalti minyak.
Alasan yang digunakan oleh Awang untuk menafikan hak ini sama sahaja iaitu kedua-dua kawasan tersebut terletak terlalu jauh dari pesisir pantai Kelantan. Jadi pendapatan dari minyak tersebut lebih sesuai diberi kepada kerajaan pusat untuk dibelanjakan bagi pembangunan negara dan perbelanjaan tersebut tidak hanya tertumpu kepada Kelantan.
Awang Adek menambah lagi bahawa salah satu kawasan tersebut adalah berhampiran Vietnam iaitu di perairan antarabangsa sejauh 250 kilometer dari pesisir pantai Kelantan manakala kawasan kedua pula terletak 150 kilometer dari pantai dan berada di perairan bersama dengan negara jiran, Thailand.
Sedang kerajaan Kelantan telah pun memberikan bukti dan justifikasi yang tepat dan jitu bahawa Kelantan berhak untuk mendapat royalti tersebut.

Malangnya kerajaan pusat menolaknya mentah-mentah seolah-olah tiada isu langsung yang berlaku dalam kes tuntutan royalti ini.
Saya ingin memberikan peringatan kepada kerajaan pusat dan pimpinannya supaya sedar dan insaf keengganan mereka memberikan royalti ini bermakna mereka merompak hak dan harta rakyat Kelantan dan kezaliman serta kejahatan mereka ini akan di balas oleh Allah S.W.T
Tuntutan royalti minyak oleh Kelantan bermula Jun lepas, apabila kerajaan negeri itu akan membuat tuntutan sebanyak RM1 bilion kepada kerajaan pusat untuk bayaran royalti minyak yang didakwa tertunggak sejak 2004.

HATI-HATI BERHARI RAYA. AMATI GAMBAR INI











LEBIH BAIK AZIZ SATAR JADI PENGERUSI SPR?

Saya menerima SMS dari tetamu blog ini yang menyatakan lebih baik Aziz Satar jadi Pengerusi SPR berbanding Aziz Yusof.
Apa alasannya yang menyebabkan Si Penghantar SMS menyatakan demikian tidak pula dinyatakan di dalam SMS itu.
Namun saya yakin semuanya adalah gara-gara kegagalan SPR menangani isu undi Pos dan lain-lain isu berkaitan dengan proses perjalanan pilihanraya di negara kita. Kalau tidak masakan beliau menyatakan demikian.
Sehingga kini Aziz Yusof sebagai Pengerusi SPR menggantikan Abdul Rashid Abdul Rahman masih gagal meyakinkan rakyat tentang ketelusan dan keadilan SPR dalam mengendalikan pilihanraya umum maupun pilihanraya kecil.
Isu undi Pos masih menghantui rakyat walaupun pelbagai janji dihamburkan oleh SPR bagi membuat penambaikan namun ianya ditolak mentah-mentah oleh rakyat.
Rakyat sebenarnya mahukan undi pos ini dimansuhkan terus bukannya dikekalkan seperti sekarang. Sehingga kini SPR dilihat masih mahu mempertahankan undi pos ini walaupun desakan demi desakan dibuat oleh parti selain BN.
Semalam Aziz Yusof membuat kenyataan bahawa wakil-wakil parti-parti politik boleh menyaksikan proses pengundian pos. Mereka juga akan diminta untuk tandatangan di kotak-kotak undi selepas ianya di'seal'kan.

Persoalannya apakah proses pengundian secara pos itu berjalan dengan telus dan sulit.
Bagaimana siri no tentera yang ditulis ketika mengambil kertas undi?
Bagaimana pula dengan tempoh kotak-kotak itu disimpan di kem selama beberapa hari siapa yang menjaga dan memastikan semuanya telus.?
Siapakah yang dapat menjamin bahawa kertas undi tentera dan polis itu tidak ditukar dengan kertas lain?
Selain itu apakah pihak tentera dan Polis diberikan peluang mendengar kempen parti-parti politik yang bertanding.?
Siapakah yang dapat memastikan tiadanya unsur paksaan dan ugutan dari pihak atasan yang dikatakan sering dilakukan bagi memastikan anggota bawahan mengundi BN?
Selagi persoalan di atas tidak dapat dijawab maka selagi itu rakyat tidak akan yakin kepada ketelusan undi pos.

14 September 2009

BEBASKAN TAHANAN ISA

Saya menggesa kerajaan BN membebaskan tahanan ISA serta merta dan tanpa syarat kerana mereka tidak pernah dibuktikan bersalah di mana-mana mahkamah di Malaysia ini. Sempena alangkah manis dan besar ertinya jika tahanan yang beragama Islam ini dibebaskan menjelang hari lebaran Aidil Fitri yang bakal menjelang hujung minggu ini.
Jangan mereka terus dizalimi dipisahkan dari ibu ayah, isteri dan anak-anak mereka yang amat memerlukan kasih sayang mereka. Betapa zalimnya sesiapa yang memisahkan kasih sayang antara mereka ini. Tidak takutkah kamu kepada doa orang kena zalim.
Andainya kerajaan masih berdegil tidak mahu membebaskan tahanan ISA ini sekurang-kurangnya hadapkan mereka ke muka pengadilan agar mereka dapat membela diri mereka. Tahanan dan keluarga mereka sendiri sehingga kini ada yang masih 'confuse' apakah kesalahan yang mereka lakukan sehingga mereka dipisahkan dari keluarga mereka.
Ada tahanan yang tidak sempat berjumpa ibu dan anak mereka buat kali terakhir akibat kezaliman kerajaan OneMalaysia. Cukuplah kamu berbuat zalim kepada insan yang lemah nanti kamu menyesal di Hari Kemudian.

BEBASKAN TAHANAN ISA SEKARANG JUGA.

BAGAN PINANG : KAKI RASUAH VS AKTIVIS MASYARAKAT?

Apakah pilihanraya kecil Bagan Pinang kali ini akan menyaksikan Umno/BN sekali lagi memilih calon yang penuh dengan kontroversi?
Itu persoalan yang bermain di fikiran pemerhati politik. Setelah Umno/BN tersilap percaturan memilih calon di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Permatang Pasir apakah mereka sekali lagi ingin mencuba nasib memperjudikan seorang kaki rasuah?
Siapa kaki rasuah tersebut tidak perlu saya jelaskan di sini. Satu dunia sudah tahu.!!!
Bagi PAS 3 nama yang dikemukakan kepada Pusat memang cukup layak. Mereka mempunyai kelulusan tinggi, berakhlaq mulia, tidak pernah terlibat dengan rasuah, aktivis masyarakat, disegani kawan dan lawan malah mendapat sokongan jitu dari DAP dan PKR serta juga penduduk setempat dari pelbagai kaum.
Tidak syak lagi jika sekiranya pilihanraya ini berlaku dalam keadaan telus, adil, professional dan tiada penyelewengan PAS dan PR sudah tentu mampu mempertahankan rekod bersih menang semua pilihanraya kecil di Semenanjung.
Namun begitu andaikata pihak tertentu menipu menggunakan undi pos, kita tetap dapat menilai dan mengira sokongan dari undi rakyat biasa selain dari undi pos.
Dalam kenyataannya hari ini Pengerusi SPR, Aziz Yusof memberitahu bahawa mengikut daftar pemilih terbaru terdapat 13,664 pengundi di Bagan Pinang, di mana 9,060 adalah pengundi biasa dan 4,604 pengundi Pos.
Pada Pilihanraya Umum Mac 2008, Allahyarham Azman Mohd Nor dari BN mengalahkan calon PAS Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Beliau mendapat 6,430 manakala Ramli memperolehi 4,097 undi.
66 % dari pengundi Bagan Pinang adalah Melayu dan selebihnya Cina, India dan bangsa-bangsa lain.
3 DUN dalam Parlimen Teluk Kemang iaitu Port Dickson, Chuah dan Lukut dikuasai oleh PR manakala Linggi dan Bagan Pinang dimenangi oleh BN pada PRU 2008 lalu.

BAGAN PINANG : UNDI 11 OKT, PENAMAAN 3 OKT

Pengundi Bagan Pinang akan membuang undi pada 11 Oktober dan penamaan calonnya pada 3 Oktober. Ini bermakna mereka mempunyai hanya 8 hari sahaja untuk mendengar kempen dan janji-janji parti-parti yang bertanding.

Pengerusi SPR mengumumkan tarikh tersebut di Putra Jaya sebentar tadi.
SPR membuat sedikit pembaikan kali ini apabila memilih hari Sabtu (3 Oktober) untuk hari penamaan calon dan Ahad (11 Oktober) untuk pengundian.

MIC PARTI SAMY VELLU. SUBRA DAN SOTHI MARI MASUK PR

Sesiapa yang menentang Samy Vellu sudah tentu pendek umur dari segi politiknya. Sebab Samy Vellu menjadikan MIC sebagai parti dirinya sendiri. Walaupun MIC dan Samy Vellu ditolak rakyat dengan dahsyat pada PRU 2008 lalu, namun Samy Vellu tetap tidak mahu menerimanya dan terus mahu menjadi Presiden MIC sehingga ke hari ini.

Semalam Samy Vellu sekali lagi secara rasminya dipilih menjadi Presiden MIC pada pemilihan jawatankuasa MIC. Tidak ada yang berani menentang Samy untuk jawatan Presiden. Kalau ada yang berani pun sudah tentu akan tersungkur awal dek perancangan licik Samy.
Malah sesiapa juga yang berani menentang orang-orang Samy untuk jawatan lain-lain juga akan sama-sama menjerumuskan dirinya ke lembah bahaya disingkirkan oleh Samy.
Kali ini bekas orang kanan Samy iaitu Sothinathan yang kalah di Parlimen Teluk Kemang pada PRU 2008 dulu cuba menentang taukehnya. Akhirnya Sothinathan tersungkur dengan malunya di tangan orang kuat Samy, G Palanivel dan S Subramaniam untuk jawatan Timbalan Samy.
Jadi kali ini selain Subra, Sothinathan juga sudah pasti berakhir kerjaya politiknya dalam MIC.
Saya menyeru Subra dan Sothinathan supaya keluar dari MIC dan masuk Kelab Penyokong PAS atau PKR maupun DAP. Tidak ada lagi demokrasi dalam MIC.

BAIKI SEGERA JALAN BUKIT KATIL-BUKIT PULAU

Saya mengharapkan pihak berwajib dapat membaiki segera jalan pintas antara Bukit Katil dan Bukit Pulau yang berlubang, berlopak dan tidak terurus dengan segera sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Tinjauan saya baru-baru ini mendapati jalan tersebut memang sibuk sebagai laluan alternatif untuk penduduk yang ingin ke Bukit Baru dan Bukit Pulau dari Bukit Katil. Begitu juga

Jalan tersebut yang sememangnya kecil ditambah pula dengan keadaan yang berlubang dan berlopak menyukarkan kenderaan yang lalu lalang terutama jika dua kereta ingin berselisih. Selain itu ia membahayakan penunggang motosikal jika terlanggar lubang tersebut yang mungkin mereka akan tumbang dan cedera.

Oleh itu saya merayu pihak berkenaan supaya membaikinya dengan segera lebih-lebih menjelang hari raya yang sudah tentu ianya akan lebih sibuk.

LAMPU JALAN DI PASANG TERBALIK

Pengerusi Majlis Tindakan DUN Ayer Molek, Haji Md Yassim Musa meminta jasabaik pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya membaiki lampu jalan di hadapan Balai Islam Paya Dalam yang dipasang terbalik keatas bagi memberikan keselesaan kepada pengguna jalanraya yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Beliau yang ditemui semalam melahirkan rasa dukacita kerana tidak ada pihak yang membaikinya sedangkan lampu tersebut amat berguna kepada semua orang.

“Tidak ada gunanya membiarkan lampu tersebut dipasang terbalik ke atas, takkan lampu tersebut digunakan untuk menyuluh langit sedangkan orang ramai yang berada dalam kesulitan” ujar Yassim.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Muhamat Puhat Bedol juga mengharap pihak berkenaan membaikinya secepat mungkin.

“Kita semua maklum bahawa keadaan jalan yang gelap menyukarkan rakyat untuk lalu lalang pada waktu malam”.

“Saya harap ianya dapat dibaiki secepat mungkin” katanya ketika diminta memberikan komen tentang lampu tersebut.

Dewan Pemuda raikan anak-anak menjelang hari lebaran

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil meraikan kira-kira 35 orang anak yatim dan keluarga mereka pada majlis penyampaian sumbangan hari raya Sabtu lalu.

Program anjuran bersama dengan PAS Cawangan Taman Cempaka tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Selain dari sumbangan dari Dewan Pemuda, anak-anak yatim juga menerima sumbangan ikhlas dari orang perseorangan dan pihak swasta yang sudi menyumbangkan infak melalui Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Puhat Bedol berkata sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban anak-anak yatim dan keluarga mereka bagi menyambut Hari Raya Aidil Fitri beberapa hari lagi.

“Anak-anak yatim diberikan sumbangan berupa duit raya yang berjumlah kira-kira RM100 seorang, kuih-kuih dan lain-lain barangan”.

“Bagi pihak Dewan Pemuda saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang moga-moga mereka semua akan mendapat balasan dari Allah S.W.T dan segalanya dikira sebagai amalan mulia khususnya di bulan Ramadhan ini” kata Puhat.

Puhat berkata program ini akan diteruskan dari masa ke semasa tidak mengira masa dan keadaan.
“Kita akan hulurkan bantuan jika kita mempunyai dana dan sumbangan dari orang ramai. Kita faham anak-anak yatim dan rakyat yang susah mesti sentiasa di bela oleh semua pihak”

“Tidak ada gunanya kita hidup senang lenang dan penuh nikmat tetapi orang-orang susah dan bernasib malang disekeliling kita diabaikan”.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Haji Ali Sharif dalam kenyataannya memgucapkan tahniah diatas keprihatinan dan kesungguhan Dewan Pemuda menggerakkan program kebajikan seumpama ini.

“Program sebegini mesti diteruskan dari masa ke semasa kerana kita yakin masih ramai lagi rakyat di negeri Melaka dan kawasan BUkit Katil ini yang susah dan perlukan bantuan”.

“PAS mesti berusaha sedaya upaya dengan sedikit kemampuan yang ada bagi meringankan beban mereka ini” ujar Haji Ali ketika ditemui pada majlis tersebut.


Program meraikan anak yatim tersebut dimulakan dengan tazkirah dan ucapan pimpinan PAS Kawasan. Seterusnya anak-anak yatim menerima sumbangan dan berbuka puasa dan diakhiri dengan solat tarawikh. Program tersebut diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong dan pimpinan PAS Kawasan dan dewan-dewan.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter