LAMPU JALAN DI PASANG TERBALIK

Pengerusi Majlis Tindakan DUN Ayer Molek, Haji Md Yassim Musa meminta jasabaik pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya membaiki lampu jalan di hadapan Balai Islam Paya Dalam yang dipasang terbalik keatas bagi memberikan keselesaan kepada pengguna jalanraya yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Beliau yang ditemui semalam melahirkan rasa dukacita kerana tidak ada pihak yang membaikinya sedangkan lampu tersebut amat berguna kepada semua orang.

“Tidak ada gunanya membiarkan lampu tersebut dipasang terbalik ke atas, takkan lampu tersebut digunakan untuk menyuluh langit sedangkan orang ramai yang berada dalam kesulitan” ujar Yassim.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Muhamat Puhat Bedol juga mengharap pihak berkenaan membaikinya secepat mungkin.

“Kita semua maklum bahawa keadaan jalan yang gelap menyukarkan rakyat untuk lalu lalang pada waktu malam”.

“Saya harap ianya dapat dibaiki secepat mungkin” katanya ketika diminta memberikan komen tentang lampu tersebut.

Comments

muraisenja said…
hai..... cmner boleh terbalik pasang tu... adakah ini kecuaian org2 TNB atau sengaja nak pasang macam tu.. utk tujuan apa.... sbg tanda protes kerajaan iMalaysia kot... kt blog2 tuan punya blog terbalikkan gambar pemimpin 1Malaysia tapi TNB ni pulak terbalikkan lampu jalan wakakakaka... jgn macam tu la bro org kampung mahu keterangan dr TNB....
Anonymous said…
DAH namanya Malaysia BOLEH!
Pasag lampu terbalik ke langit tu utk menerangi perjalanan ayah Pin masa naik ke Langit dulu tu kot?
Anonymous said…
tepon jer 15454,bahagian aduan tnb.
dtglah tukang2 baiki lampu jalan ke situ