SELOKA BAGAN PINANG

Isa Samad tonjolkan diri
Jadi calon Bagan Pinang
Rasuah politik sudah dibukti
Sudah diketahui semua orang

Muka malu hidung rompong
Mata merah muka pucat
BN kalah tujuh kosong
Sabah Sarawak jadi penyelamat

Politik baru gagasan Pakatan
Politik lama ketinggalan zaman
BN pasti rakyat kuburkan
Akibat bongkak dan kezaliman

Ugut, tipu dan penyelewengan
Rasuah, kroni jadi mainan
Tidak takut kepada Tuhan
Punca bongkak dan kezaliman

1Malaysia jadi laungan
Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan
Semua retorik cuma slogan
Jangan termakan umpan kerajaan

Undi Pos jadi penyelamat
Harapan BN untuk menang
Najib, Mat Hassan tidak selamat
Kejahatan lama pasti dikenang

Rakyat cerdik sukar ditipu
Laman web dan Blog sumber maklumat
Zaman kini bukan dahulu
BN pasti tidak akan selamat

Bagan Pinang Teluk Kemang
Port Dickson, Tanjung Tuan dan juga Lukut
Kejahatan dan kezaliman sudah bergelumang
Kini BN terasa takut

Isa Samad dan Mat Hassan
Sama-sama pasang angan-angan
Pakatan Rakyat menuju kemenangan
Barisan Nasional menuju kehancuran

Masa depan, kini dan juga dahulu
Rakyat jangan dipermain-main
Bagan Pinang jadi penentu
Rakyat bijak memilih pemimpin

Nukilan : Sofi Wahab 6.39 pagi. 29 Ramadhan 2009, Lebak Temerloh

Comments

bagan pinang, teluk kemang,
rakyat didahulukan, minyak dinaikkan...
selamat hari raya kepada pembaca setia serta kepada blogger2 yang banyak menyampaikan isu penting dalam negara