Saya menerima SMS dari tetamu blog ini yang menyatakan lebih baik Aziz Satar jadi Pengerusi SPR berbanding Aziz Yusof.
Apa alasannya yang menyebabkan Si Penghantar SMS menyatakan demikian tidak pula dinyatakan di dalam SMS itu.
Namun saya yakin semuanya adalah gara-gara kegagalan SPR menangani isu undi Pos dan lain-lain isu berkaitan dengan proses perjalanan pilihanraya di negara kita. Kalau tidak masakan beliau menyatakan demikian.
Sehingga kini Aziz Yusof sebagai Pengerusi SPR menggantikan Abdul Rashid Abdul Rahman masih gagal meyakinkan rakyat tentang ketelusan dan keadilan SPR dalam mengendalikan pilihanraya umum maupun pilihanraya kecil.
Isu undi Pos masih menghantui rakyat walaupun pelbagai janji dihamburkan oleh SPR bagi membuat penambaikan namun ianya ditolak mentah-mentah oleh rakyat.
Rakyat sebenarnya mahukan undi pos ini dimansuhkan terus bukannya dikekalkan seperti sekarang. Sehingga kini SPR dilihat masih mahu mempertahankan undi pos ini walaupun desakan demi desakan dibuat oleh parti selain BN.
Semalam Aziz Yusof membuat kenyataan bahawa wakil-wakil parti-parti politik boleh menyaksikan proses pengundian pos. Mereka juga akan diminta untuk tandatangan di kotak-kotak undi selepas ianya di'seal'kan.
Persoalannya apakah proses pengundian secara pos itu berjalan dengan telus dan sulit.
Persoalannya apakah proses pengundian secara pos itu berjalan dengan telus dan sulit.
Bagaimana siri no tentera yang ditulis ketika mengambil kertas undi?
Bagaimana pula dengan tempoh kotak-kotak itu disimpan di kem selama beberapa hari siapa yang menjaga dan memastikan semuanya telus.?
Siapakah yang dapat menjamin bahawa kertas undi tentera dan polis itu tidak ditukar dengan kertas lain?
Selain itu apakah pihak tentera dan Polis diberikan peluang mendengar kempen parti-parti politik yang bertanding.?
Siapakah yang dapat memastikan tiadanya unsur paksaan dan ugutan dari pihak atasan yang dikatakan sering dilakukan bagi memastikan anggota bawahan mengundi BN?
Selagi persoalan di atas tidak dapat dijawab maka selagi itu rakyat tidak akan yakin kepada ketelusan undi pos.
Comments