Saya menggesa kerajaan BN membebaskan tahanan ISA serta merta dan tanpa syarat kerana mereka tidak pernah dibuktikan bersalah di mana-mana mahkamah di Malaysia ini. Sempena alangkah manis dan besar ertinya jika tahanan yang beragama Islam ini dibebaskan menjelang hari lebaran Aidil Fitri yang bakal menjelang hujung minggu ini.
Jangan mereka terus dizalimi dipisahkan dari ibu ayah, isteri dan anak-anak mereka yang amat memerlukan kasih sayang mereka. Betapa zalimnya sesiapa yang memisahkan kasih sayang antara mereka ini. Tidak takutkah kamu kepada doa orang kena zalim.
Andainya kerajaan masih berdegil tidak mahu membebaskan tahanan ISA ini sekurang-kurangnya hadapkan mereka ke muka pengadilan agar mereka dapat membela diri mereka. Tahanan dan keluarga mereka sendiri sehingga kini ada yang masih 'confuse' apakah kesalahan yang mereka lakukan sehingga mereka dipisahkan dari keluarga mereka.
Ada tahanan yang tidak sempat berjumpa ibu dan anak mereka buat kali terakhir akibat kezaliman kerajaan OneMalaysia. Cukuplah kamu berbuat zalim kepada insan yang lemah nanti kamu menyesal di Hari Kemudian.
BEBASKAN TAHANAN ISA SEKARANG JUGA.
Comments