.

.

08 January 2010

KENAIKAN HARGA BARANG : PEMBOHONG BERJANJI LAGI

Satu lagi berita lucu dan lawak dilaporkan di media hari ini. Rakyat bukannya tidak biasa dengan jaminan kerajaan, pengilang, pemborong dan peruncit bahawa harga barang tidak akan dinaikkan. Sudah beratus kali jaminan tidak berlaku kenaikan harga diberikan sebelum ini apabila berlaku kenaikan tariff elektrik dan kenaikan barangan asas seperti gula, tepung, beras dan lain-lain. Tetapi jaminan itu semuanya hanya untuk menyedapkan hati rakyat sedangkan hakikat sebenar barangan keperluan semakin hari semakin naik.

Kini dengan kenaikan gula kerajaan dan pihak terbabit sekali lagi berjanji dan memberi jaminan harga barangan lain tidak dinaikkan. Bolehkah kita percaya sedangkan kita telah ditipu ratusan kali.

Hanya rakyat yang pekak, buta dan tuli mata hatinya yang akan percaya kepada jaminan penipu dan pembohong ini.

Hari ini media melaporkan Industri pengeluar makanan dan minuman bergula, serta persatuan pengusaha restoran seluruh negara memberi jaminan tidak akan menaikkan harga makanan dan minuman ekoran kenaikan harga gula baru-baru ini.

Jaminan itu diberi dalam pertemuan dengan 50 wakil industri dan persatuan itu dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, dengan jaminan itu, harga makanan dan minuman berkaitan gula seperti roti manis, kek dan susu pekat tidak akan dinaikkan dalam waktu terdekat kecuali disebabkan faktor lain seperti kenaikan harga bahan lain yang terlibat dalam pembuatan makanan itu atau kenaikan kos pekerja.

BOLEH PERCAYA KE?????????

KUTUK SERANGAN GEREJA DAN KUTUK KERAJAAN MESIR


1) Kutuk serangan Gereja

2) Kutuk tindakan Mesir halang bantuan ke Gaza

TANGKAP DAN HUKUM PEMBAKAR GEREJA

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyerang gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati, awal pagi ini.

Jelas tindakan ini merupakan tindakan yang tidak bertamadun dan berlawanan dengan prinsip Islam sendiri.

Tindakan tersebut tidak menggambarkan sikap sebenar Islam yang sentiasa memberikan kebebasan kepada manusia untuk menganut dan mengamalkan ajaran agama mereka, "Tidak ada paksaan dalam agama".

Penganut agama lain yang dijamin hak dan kebebasan mereka untuk beribadat mengikut kepercayaan mereka. Rumah-rumah ibadat mereka juga tidak diboleh diusik apalagi di bakar.

Sikap terbuka Islam jelas dinyatakan di dalam Al Qur'an dan Hadis Rasulullah. Umpamanya ketika peperangan, tentera Islam tidak dibenarkan memerangi tentera musuh yang berlindung di kuil, biara atau rumah ibadat mereka.

Tindakan biadap ini jelas bertentangan dengan Islam dan ianya sudah tentu akan mengeruhkan suasana harmoni di negara kita.

Bagaimana jika sekiranya masjid di bakar, sudah tentu kita umat Islam yang marah dan bangkit mengutuk tindakan tersebut.

Rakyat mesti bertenang dan tidak melakukan apa juga perkara yang boleh menimbulkan suasana tidak aman dan tidak tenteram.

Saya sekali mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini dan berharap pihak yang terbabit diseret ke muka pengadilan dan dihukum mengikut peruntukan undang-undang.

MEMALUKAN EYE ON DISITA, SALAH SIAPA?

Di saat Melaka dikatakan Maju 2010, Eye On Malaysia pula kena sita. Siapa yang malu dan siapa yang sebenarnya bersalah dalam hal ini.
Sejak dari awal lagi saya sudah menjangkakan projek ini adalah projek membazir. Duit rakyat hangus begitu sahaja.
Bukan main sedap lagi pimpinan kerajaan negeri membuat kenyataan ketika Pakatan Rakyat mengkritik pembelian Eye On Malaysia ini.
"Eye On Malaysia tidak membazir bahkan dapat membantu merancakkan kegiatan ekonomi Negeri Melaka dan ramai rakyat akan dapat faedahnya. Kos RM 40 juta akan dikeluarkan oleh sektor swasta sebanyak 60 peratus bersamaan RM 24 juta dan anak syarikat Kerajaan Negeri RM 16 juta berbentuk tanah dan bakinya RM 11 juta berbentuk pinjaman." (Dipetik dari Blog Sebol).

Nah, sekarang siapa yang malu dan siapa yang menanggung kerugian. Duit rakyat yang hangus itu pula siapa yang hendak gantikan.

Inilah bukti bagaimana lemah dan lembapnya kerajaan negeri dalam membuat perancangan semula memulakan sesuatu program dan projek.

Malangnya pimpinan kerajaan negeri terus angkuh dan tidak mahu mengaku akan kelemahan pentadbiran mereka.

Rakyat seharusnya menilai semula sokongan mereka kepada BN.


07 January 2010

DEMO ESOK : DI MANA PERGINYA SEMANGAT 1MALAYSIA?

Apakah demonstrasi yang akan dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu besok menggambarkan kepada kita bahawa semangat 1Malaysia benar-benar dihayati dan diamalkan oleh rakyat Malaysia.?
Atau apakah demonstrasi esok menunjukkan kepada kita bahawa kita tidak suka berbincang dan bermuzakarah bagi menyelesaikan isu-isu sensitif seperti ini.?
Pelik tapi benar, kalau sebelum ini kerajaan dan pihak berkuasa begitu sensitif dan pantas bertindak jika ada sebarang usaha untuk mengadakan demonstrasi, tetapi kali ini semuanya senyap sunyi. Malah pimpinan negara seolah-olah menggalakkan ianya dianjurkan.
Kalau dalam demonstrasi sebelum ini Polis awal-awal lagi akan memberikan amaran dan macam-macam provokasi dilakukan kali ini mereka diam seribu bahasa seolah-olah tiada apa-apa yang akan berlaku.
Hairan bin ajaib, TETAPI SEBENARNYA SAYA TAHU MENGAPA PIHAK BERKUASA BERDIAM ......JAWAPANNYA KERANA ..........TAU SAMA TAU LE

DEMO ESOK : KEMENTERIAN HIPOKRIT

Anwar menyifatkan tindakan Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein membenarkan perhimpunan membantah penggunaan nama Allah oleh majalah khatolik sebagai "pendirian hipokrit".

Beliau berkata di satu segi, (Hishammuddin) tidak benarkan orang menyuarakan pandangan mereka, walaupun atas dasar yang kukuh, tetapi dalam isu ini mereka fikir ia memberi keuntungan politik.
Anwar berkata demikian dalam sidang media selepas memfailkan tuntutan qazaf berkaitan tuduhan liwat di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya beliau tidak mempertikaikan hak sesiapa untuk berhimpun secara aman, tetapi katanya apa yang dipertikaikan ialah kebijaksanaan dan kepura-puraan dan kontradiksi Kementerian Dalam Negeri yang hanya membantu menganjurkan demonstrasi yang mereka kehendaki dan memukul orang lain yang mereka tidak senang dengan perhimpunan aman.

Hishammuddin semalam dilaporkan berkata, kerajaan tidak berniat menghalang rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka berhubung isu berkenaan, dengan syarat ia tidak menjejaskan keselamatan negara.
Ramai pihak sependapat dengan Anwar. Ini terbukti apabila pihak berkuasa begitu garang dan bertindak samseng pada demonstrasi aman sebelum ini termasuk demo PPSMI, BERSIH, menentang Yahudi, Hapuskan ISA dan lain-lain.
Mengapa kerajaan bersikap 'double standard' sedangkan semua perhimpunan itu adalah perhimpunan aman termasuk demonstrasi yang akan diadakan esok.
Adakah kerana demonstrasi sebelum ini dilihat menentang dasar kerajaan maka ianya dikatakan tidak aman dan ganas manakala demo yang dianjurkan puak-puak yang sefikrah dengan Umno/BN diklasifikasikan sebagai aman.
Adakah sikap pihak berkuasa terhadap demonstrasi besok menggambarkan kepada kita bahawa Umno/BN mempunyai kepentingan politik dan keuntungan sehingga ianya dibenar dan digalakkan.

DAFTARLAH SEBAGAI PEMILIH

Fakta-fakta yang mesti kita renungi dan seterusnya tindakan mesti diambil bagi mengatasi masalah rakyat tidak mendaftar sebagai pengundi. SPR sendiri mesti mencari jalan untuk menyelesaikan isu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan lebih 3.7 juta rakyat negara ini yang sudah layak mengundi, masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga bulan Julai 2009.

27,497,240 rakyat negara ini yang direkodkan pada Julai tahun lalu, hanya 11.03 juta berdaftar sebagai pemilih sehingga 31 Mac lalu.


Kira-kira 500,000 daripada 2.37 juta penduduk Perak yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih terutama golongan muda yang berumur 21 tahun ke atas sehingga bulan Disember.

Cadangan saya :

1) Jalankan pendaftaran secara automatik antara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR. Tidak perlu tunggu rakyat datang mendaftar sendiri. JPN mesti menghantar senarai rakyat yang berumur 21 tahun keatas kepada SPR dan daftarkan mereka secara automatik (online).

2) Tetapkan tarikh akhir kepada rakyat yang belum mendaftar sebagai pemilih. Misalnya sesiapa yang gagal mendaftar sebagai pemilih pada atau sebelum 31 Disember 2010 akan didenda sebagai RM500 atau lebih (sebagai contoh)



ISU NAMA ALLAH : BINCANG LEBIH BAIK DARI DEMO?

Di saat Umno dan NGO 'beriya-iya' mahu mengadakan demonstrasi besar-besaran esok, Pemuda PAS menghantar surat untuk berbincang dengan Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.
Persoalannya mana satu tindakan yang lebih baik dan berkesan.?
Pemuda Umno bersama beberapa Ngo telah merancang untuk mengadakan demo bagi membantah keputusan mahkamah itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein pula dalam langkah yang mengejutkan telah membenarkan demo itu diadakan walaupun jelas demo itu akan memanaskan hubungan antara agama dan kaum di negara ini.
Ini merupakan tindakan 'double standard' kerana dalam isu lain seperti isu murtas, keganasan Israel, PPSMI, BERSIH dan lain-lain demonstrasi tidak dibenarkan malah para peserta demonstrasi dihalang dan dizalimi.
Pemuda PAS dilihat lebih matang dan tidak mahu mengeruhkan suasana. Mereka mahu menggunakan ruang diplomasi masih ada dan pihak Pemuda PAS menolak sebarang tindakan agreasif bersifat provokasi yang boleh memburukan lagi keadaan ini.

06 January 2010

ULASAN ISU-ISU TERKINI 6 JAN

1) Isu kehilangan enjin jet - tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat

2) Isu penggunaan nama Allah - rakyat mesti sensitif kepada apa juga isu.

3) Pembunuhan Kejam - manusia sudah hilang nilai kemanusiaan

Umno pertahan nama Allah, tapi khianat Islam

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan sikap Umno yang menangguk di air keruh dan mempolitikan isu nama Allah demi kepentingan mereka yang mahu diiktiraf 'juara rakyat' secara 'fast track'.
Maka PAS mendesak Umno yang bangga dengan status 12 penggal mentadbir Malaysia untuk meminda Perlembagaan bagi menghalang pengaruh agama-agama lain terhadap umat Islam..Harus diingat bahawa Umno bertanggungjawab dalam mewujudkan Enakmen Syariah bagi Mahkamah Syariah di negara ini, yang mana didalamnya terkandung klausa yang membolehkan umat Islam memohon untuk murtad sedangkan amalan perundangan ini tiada dalam hukum Islam. PAS menuntut klausa ini dimansuhkan segera.
PAS juga kesal kerana Umno suatu ketika dahulu pernah cuba membuang nama Islam dari digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam. Umno juga bertindak zalim dengan merobohkan serta mengunci beberapa masjid dan surau sebelum ini kerana dendam politik.
PAS juga yakin bahawa rakyat turut berasa kesal kerana pemimpin-pemimpin Umno yang tegar mempertahankan nama Allah hari ini masih enggan mematuhi seruan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menegah mana-mana umat Islam bertafakur dihadapan tugu negara yang dianggap sebagai perbuatan syirik yang 'berlesen besar'.
Umat Islam juga jelak dengan pemimpin Umno yang berdegil membenarkan ahli-ahlinya menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat judi dan arak dinegara ini. Malah Umno juga enggan mengeluarkan larangan kepada umat Islam untuk bekerja di premis arak dan judi. Pemimpin-pemimpin Umno juga bertanggungjawab dalam menekan Jabatan-jabatan Agama yang melakukan operasi dipusat-pusat hiburan dan maksiat.
Suatu ketika dahulu Umno pernah mempertikaikan tindakan JAWI menahan umat Islam yang didapati minum arak secara terbuka di Kelab Malam Zouk di Jalan Ampang. PAS dan umat Islam juga belum dapat memaafkan dosa Umno yang menarik bantuan kepada Sekolah-sekolah Agama rakyat yang menyebabkan berpuluh sekolah terpaksa ditutup dan pendidikan agama anak-anak umat Islam disekat.
Umno juga pernah mencuba untuk menyekat perkembangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang ditubuhkan PAS bagi memberikan didikan kepada anak-anak pra-sekolah, malahan PASTI di Melaka telah disaman oleh kerajaan Umno di Melaka.
Tidak dilupakan juga, rakaman debat olok-olok yang diadakan oleh Umno bagi mempertikaikan dasar-dasar Islam yang dibawa PAS. Walaupun akhirnya debat itu berjaya menjelaskan kejahilan Umno terhadap Islam, namun rakyat melihat mereka sebenarnya mereka sengaja mempermainkan-mainkan dasar-dasar Islam dalam debat yang dianggap memperolokkan Islam keseluruhannya.
Terlalu banyak bukti yang menunjukkan pengkhianatan Umno kepada Islam dan PAS berharap isu nama Allah ini akan memberikan keinsafan buat Umno. Akibat dari kecurangan mereka terhadap Islam maka, sudah ada orang berani mencabar Islam di negara ini.. PAS menolak sebarang aktiviti ekstrim dan provokasi melampau dalam isu ini.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

ISU ENJIT JET : TUBUHKAN SEGERA SURUHANJAYA DIRAJA

Pengumuman Peguam Negara bahawa tidak ada pegawai atasan tentera dan ahli politik terlibat di dalam kes penjualan enjin jet F5E 2 hari lepas tidak diterima oleh banyak pihak. Ada pihak yang menyifatkan ianya seperti cerita lawak dan sarkas.

Bagi mereka tidak munasabah enjin jet pejuang negara yang begitu sulit boleh terlolos keluar dengan begitu mudah dengan hanya melibat anggota tentera berpangkat sarjan ke bawah.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pengumuman itu menggemparkan negara dan tanpa penjelasan pihak kerajaan, ia dikhuatiri menimbulkan syak wujudkan konspirasi untuk melindungi pihak atasan, termasuk pemimpin politik.

Beliau berkata bagaimana Peguam Negara boleh membuat ‘kesimpulan’ tiada penglibatan pegawai atasan dalam kes itu, sedangkan polis memberitahu siasatan masih berjalan?

Menurutnya hasil siasatan itu seperti 'cerita lawak' dan tidak munasabah. Bagaimana pegawai bawahan boleh mencuri dan menjual enjin pesawat ke luar negara? Adakah perkara itu boleh berlaku dengan mudah jika tiada campur tangan pihak atasan soalnya ketika dihubungi media semalam.

Sehubungan dengan itu saya menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu ini kerana rakyat tidak yakin dengan kewibawaan pasukan penyiasat yang ada sekarang lebih-lebih lagi hasil penyiasatan tersebut disangsikan banyak pihak dan ianya disifatkan lucu bagaikan cerita lawak.

Kita berdepan dengan banyak pengalaman sebelum ini seperti dalam kes mata lebam Anwar di mana hanya Suruhanjaya Diraja sahaja yang berjaya membongkar siapa terlibat dan bersalah sedangkan penyiasatan sebelumnya gagal mencari punca dan pesalahnya.

Jadi rakyat sebenarnya mahu suatu siasatan yang menyeluruh melibatkan pegawai tentera, pegawai-pegawai agensi yang terbabit serta menteri-menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan dan TUDM. Sudah pasti jika bukan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat isu ini maka dikhuatiri pasukan penyiasat itu tidak mampu dan takut untuk menyiasat pegawai atasan dan menteri-menteri berkenaan.

Gambar atas sekadar hiasan

MANUSIA SUDAH HILANG NILAI KEMANUSIAANNYA

Apa lagi yang boleh kita ungkapkan selain tergambar di dalam minda kita bahawa manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya apabila sanggup melakukan kekejaman tanpa rasa kasihan belas terhadap sesama manusia.

Saya yakin sesiapa sahaja yang membaca berita pembunuhan kejam Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan semalam akan sependapat dengan saya.

Entah di mana silapnya, empat sekeluarga menemui ajal dalam keadaan yang sangat mengerikan di tangan penjenayah yang tidak berperikemanusiaan.
Mereka yang malang itu ialah imam masjid kampung berkenaan Atan Daud, 90, isterinya Sutiah Katas, 80, menantu pasangan itu Ismail Awang, 76, dan cucu mereka Siti Khatijah Ismail, 22.

Bagi yang sempurna akal tentunya tidak terfikir bagaimana penderitaan keempat-empat mangsa yang ditinggalkan oleh pembunuh mereka dalam keadaan cukup terseksa – putus kepala, putus tangan dan pisau tercacak di dada. Ianya seumpama adegan sebuah filem, tetapi sebenarnya tidak malah kejadian itu adalah kisah benar yang kejam dan menyayat hati.
Mayat Ismail Awang ditemui dalam keadaan putus kepala sementara anaknya Siti Khadijah ditemui dengan pisau masih terpacak di dada, manakala Atan dan Sutiah ditemui dengan kesan tetakan pada tangan, seolah-olah mempertahankan diri daripada serangan.

Lebih memilukan, kesemua mangsa itu sebenarnya bukanlah individu yang mampu bertindak melawan apabila tiga daripadanya adalah warga emas dan seorang lagi wanita yang lemah.

Inilah bala Allah ke atas negara kita sekarang. Indeks jenayah semakin meningkat, perasaan belas dan kemanusia sudah tercabut di hati manusia. Semuanya ini ada sebab dan musababnya mengapa Allah menurunkan bala sedemikian. Kita semua samada kerajaan atau rakyat mesti memuhasabah diri kita sendiri apa kesalahan yang mungkin kita lakukan?

Malangnya pemerintah dan rakyat masih belum sedar dan sentiasa menjauhi kebenaran dan petunjuk Allah. Al Qur'an yang sepatutnya menjadi rujukan dan amalan dipinggirkan hanya sekadar untuk musabaqah tahunan. Undang-undang Islam jauh sekali untuk dikanunkan sebaliknya ia dicemuh dan dihina. Kerajaan terus mendaulatkan slogan-slogan yang jauh malah menyimpang dari Islam.

Saya mendoakan agar pimpinan dan rakyat negara kita kembali insaf dan sedar betapa pentingnya kita kembali kepada Islam agar kita semua selamat dan dipelihara oleh Allah.

PERENCANAAN RAPI UNTUK JATUHKAN KELANTAN

Jelas sekali ada pihak-pihak tertentu membuat perancangan yang cukup rapi dan sistematik untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan. Serangan bertali arus kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Husam Musa, keluarga Tok Guru, kerajaan negeri Kelantan, PMBK, pengganti Tok Guru, saman RM800 juta dan lain-lain benar-benar menguji keutuhan dan keteguhan kerajaan negeri.
Terbaru ada usaha-usaha pihak tertentu yang cuba mengeruhkan hubungan kerajaan negeri dan pihak istana sedangkan sebelum ini hubungan kedua-dua institusi itu amat baik dan intim.
Dalam situasi sekarang apa yang penting ialah semua pihak di dalam kerajaan negeri dan PAS Negeri mesti berlapang dada, bertoleransi dan sentiasa mengutamakan kepentingan Islam dan rakyat mengatasi kepentingan diri. Lupakan segala persengketaan dan perselisihan faham sesama sendiri jika ada demi keutuhan Islam dan rakyat negeri Kelantan.
Kita semua yakin Tuan Guru akan sentiasa berpegang kepada prinsip Islam dan terbuka menerima teguran, nasihat dan patuh kepada undang-undang. Sebab itulah Tuan Guru sentiasa bersedia untuk disiasat dan memuba ointu kepada SPRM dan Polis untuk menyiasat diri dan kakitangannya bila-bila masa 24 jam.
Namun kita yakin Tuan Guru dan kepimpinannya mampu menepis dan menyelesaikan isu ini walaupun ianya dilihat sukar untuk diselesaikan. Saya yakin pengalaman dan kekuatan iman serta semangat Islam yang ditanam di dalam setiap pemimpin dan rakyat negeri Kelantan mampu untuk menepis serangan hebat ini.
Insya Allah serangan kali ini akan berakhir dengan kegagalan sebagaimana serangan dan fitnah yang dilancarkan musuh sejak kemenangan Islam di Kelantan pada tahun 1990. Sama-sama kita doakan agar musuh-musuh Islam dilemah dan ditumbangkan.

ISU NAMA ALLAH : PIMPINAN DAN AHLI PAS MATANG

Ternyata pimpinan dan ahli PAS matang dalam menangani isu ini. Mereka tidak cepat melatah dan terpedaya dengan taktik dan strategi pihak-pihak tertentu yang cuba mempolitikkan isu ini untuk keuntungan politik mereka.
Di saat pihak-pihak menunjukkan sikap keras dan provokatif mereka pimpinan dan ahli PAS tetap tenang dan sabar dengan perkembangan semasa. Mereka tidak tergopoh gapah mengambil keputusan sendiri sebaliknya bertindak secara kolektif dan sepakat tentang isu ini. Penjelasan dan keputusan mesyuarat PAS Pusat semalam membuktikan PAS sentiasa matang, bertanggungjawab dan bijak menangani sesuatu isu.
Persoalannya sekarang mengapa pihak-pihak tertentu begitu bersemangat dalam isu ini tetapi berdiam diri dalam isu murtad, rasuah, penafian bantuan SAR, maksiat, gejala sosial, ISA, penyalahgunaan kuasa, skandal-skandal seperti PKFZ, kehilangan enjin jet dan lain-lain yang jelas merosak dan membahayakan umat Islam dan negara.
Sepatutnya kita semua 'react' dan sensitif dengan semua isu yang menyentuh Islam, umat Islam dan yang berkaitan dengannya. Bukannya kita memilih isu-isu tertentu sahaja untuk bertindak.
Umat

05 January 2010

ULASAN ISU TERKINI - 6.00 PTG

1) Isu hospital - Dewan Bedah gagal disiapkan

2) Isu Melaka Negeri Maju 2010

ISU HOSPITAL: SIASAT DAKWAAN MB TERENGGANU

Menteri Besar Terengganu Ahmad Said mendakwa hampir kesemua dewan bedah di hospital di Terengganu yang tidak dapat beroperasi seperti dijadualkan.

Beliau berkata keadaan itu bukan sahaja merugikan kerajaan daripada segi kos tetapi turut merisikokan nyawa pesakit.

Menurutnya hampir semua dewan bedah hospital di negeri ini gagal (tidak berfungsi dan lambat siap) termasuk Dewan Bedah Hospital Besut setelah hampir enam tahun dibina, Hospital Kemaman (tiga-empat tahun), dewan bedah Hospital Setiu (tujuh tahun).

Beliau mendakwa bukan sahaja kerugian daripada segi kos terpaksa ditanggung tetapi juga melibatkan soal nyawa.
Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Peralatan Tomografi Berkomputer Multislice (MSCT) kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu hari ini.

Katanya, kebanyakan masalah yang dihadapi oleh dewan bedah hospital di negeri ini hampir sama iaitu masalah hama dan kebocoran.
Saya menggesa satu siasatan menyeluruh mesti dilakukan untuk mengetahui punca mengapa ianya lewat siap dan juga tidak menepati spesifikasi. Jika terdapat penyelewengan dan salah laku serta unsur rasuah pihak yang terbabit mesti dihadapkan ke mahkamah.
Menteri yang terlibat iaitu Menteri Kerja Raya dan Menteri Kesihatan mesti bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isu ini yang jelas membuktikan kerajaan dan agensinya lemah dan gagal menguruskan pembinaan dewan bedah ini dengan sistematik dan menepati spesifikasi dan serta masa yang ditetapkan.
Kedua-dua menteri terbabit mesti tampil memberikan jawapan dan bertanggungjawab kepada masalah ini. Rakyat menagih jawapan dan penjelasan dengan segera jika benar dakwaan Menteri Besar Terengganu ini.

DULU CUBA HARAMKAN NAMA ISLAM SEKARANG PERTAHAN NAMA ALLAH

Tahniah diatas kesungguhan Umno dan kuncu-kuncu mempertahankan nama Islam dari digunakan oleh Majalah Herald Catholic Weekly. Umno memang hebat dan kelihatan sanggup mati mempertahankan nama Allah.
Ke sana ke mari pimpinan Umno dan pengikutnya melaung-laungkan kalimah hidup Islam, Allahu Akhbar dan selamatkan Islam. Tahniah.
Jelas Umno seolah-olah sudah insaf dan mahu kembali kepada Islam sepenuhnya. Pada masa yang sama Umno menempelak PAS kerana dikatakan berdiam diri dan tidak membela nama Allah.
Namun begitu masih ingatkan kita :-
  • Siapa yang berusaha untuk membuang nama Islam dari institusi tertentu tidak berapa lama dahulu.?
  • Siapa yang berusaha menggagalkan pelaksanaan hukum hudud dan qisas di Kelantan dan Terengganu walaupun ianya telah diluluskan oleh DUN kedua-dua negeri tersebut?
  • Siapa yang menghalalkan judi dan arak dengan memberikan lesen untuk syarikat-syarikat tersebut beroperasi secara berleluasa dan semakin banyak bilangannya di Malaysia?
  • Siapa yang menjuarai rasuah, penyelewengan, penipuan dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri?
  • Siapa yang membiarkan program maksiat, pergaulan bebas, pelacuran, konsert liar dan sebagainya terus merebak dan membarah?
  • Siapa yang membiarkan sistem ekonomi riba, undang-undang bukan Islam terus diamalkan di Malaysia.?
  • Siapa yang membiarkan gejala murtad malah mempersenda-sendakan angka murtad yang dinyatakan oleh mufti Perak?
  • Siapa yang memecat Mufti dan memperlekeh-lekehkan Ulama'
  • Siapa yang menghentikan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sehingga perkembangan ilmu Islam terbantut?
  • SIAPA? SIAPA? SIAPA?

Jadi apakah Umno dan kuncu-kuncunya benar-benar ikhlas memperjuangkan nama Allah sedangkan pada masa yang sama meminggirkan Islam dari undang-undang negara, membiarkan rasuah, maksiat dan riba berleluasa????????

ULASAN ISU TERKINI 5 JAN 2010

1) Isu nama Allah digunakan oleh majalah Herald Catholic Weekly

2) Isu Bahasa Melayu Bahasa Ke 6 dunia

3) Isu buka tudung untuk dapatkan habuan dunia.

JANGAN GADAI HUKUM TUHAN UNTUK HABUAN DUNIA

Niat murni pelakon untuk bertudung ternyata menggembirakan peminatnya. Namun tindakannya membuka tudung dalam sesetengah drama sejak akhir-akhir ini pula mengundang perkara negatif seolah-olah hukum tuhan boleh dipermainkan.

Jawapan pelakon tersebut dalam media bahawa beliau terpaksa membuka tudung demi mencari rezeki adalah jawapan yang tidak boleh diterima.
Persoalannya adakah kita terpaksa menggadai hukum Allah dan kewajipan menutup aurat hanya kerana untuk mendapat rezeki. Jika begitu adakah halal seseorang itu melakukan maksiat seperti mencuri dan menipu hanya kerana untuk mendapatkan duit.
Bukankah dunia Allah ini luas dan rezekinya melimpah ruah. Ramai yang bertudung dan tidak mendedahkan aurat tetapi mereka masih mendapat rezeki.
Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam soal ini. Saya hanya berdoa agar diri saya dan sahabat sekelian tidak diuji dengan ujian yang hebat sehingga terpaksa memilih antara dua meninggalkan maksiat atau tidak dapat duit (kalau tak buat maksiat tak dapat duit, buat maksiat dapat duit).
Saya doakan pelakon tersebut diberi kekuatan oleh Allah untuk mempertahankan imannya dengan terus bertudung dan tidak membukanya demi rezeki dan habuan dunia.
Hukum Allah ini tidak boleh dibuat main-main. Kita bimbang akan ada wanita diluar sana yang tidak faham, sekejap pakai sekejap buka tudung. Bahaya akidah dan iman semacam ini.......

BM BAHASA KE 6 DI DUNIA, MANSUHKAN PPSMI SEKARANG?

Pandangan bahawa menggunakan Bahasa Melayu itu kononnya kurang sofistikated harus dikikis kerana ia berada di tahap keenam paling luas digunakan di dunia selepas bahasa Cina, Inggeris, Perancis, Rusia dan India, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Dr Rais Yatim.

Rais berkata kita harus kikis pandangan dan amalan bahawa menggunakan Bahasa Melayu itu kononnya kurang sofistikated kerana sebenarnya bukan begitu.

Menurutnya Bahasa Melayu seharusnya menjadi bahasa pengantar, bahasa perpaduan, bahasa tamadun dan bahasa pentadbiran

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menjadi tetamu dalam wacana eksklusif bersama Radio Klasik Nasional di Angkasapuri semalam.

Rais berkata, Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu menjadi saluran utama mempopularkan penggunaan Bahasa Melayu manakala media swasta harus mempertingkatkan penggunaannya.
Saya menyokong penuh saranan dan kenyataan Rais tersebut malangnya ia tidak diamalkan dan didaulatkan sebagaimana yang Rais nyatakan. Buktinya kerajaan memperkenalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan mengenepikan Bahasa Melayu yang diakui sebagai bahasa ilmu.

Setelah didesak oleh rakyat dan pejuang bangsa barulah PPSMI hendak dimansuhkan itupun tahun 2012 bukannya sekarang.

Jika benar Rais ingin mendaulatkan Bahasa Melayu saya cabar beliau desak dan gesa kerajaan mansuhkan PPSMI sekarang. Jangan hanya bercakap tetapi tidak berani mengambil tindakan dan usaha ke arah mendaulatkan Bahasa Melayu.

Semua orang sedar bahawa cara paling penting dan berkesan untuk mendaulatkan bahasa ialah melalui pendidikan.

HARAP USTAZ UMNO JAWAB BUKAN USTAZ PAS

Walaupun soalan-soalan di bawah diajukan oleh saudara Li Fook Gao kepada Ustaz-ustaz PAS namun bagi saya ianya lebih wajar dan patut dijawab oleh Ustaz-ustaz Umno kerana banyak perkara-perkara yang diajukan oleh Li melibatkan Umno/BN yang mempunyai kuasa untuk memperbaikinya seperti dalam isu rasuah, integriti dan lain-lain.

Soalan-soalan yang diajukan oleh Li Fook Gao (Harakahdaily).

Wahai ustaz-ustaz PAS sekalian,

Diharap ustaz-ustaz dapat membantu saya dalam mencari jawapan-jawapan terhadap beberapa kebuntuan dan persoalan saya mengenai agama Islam dan juga isu hangat yang sedang dibincangkan sekarang mengenai kalimah Allah.

Untuk makluman ustaz-ustaz, saya pernah membaca buku al-Quran demi memahami intipati saranan ajaran Islam yang dipeluk oleh beribu juta manusia ciptaan Tuhan (Bolehkah saya menggunakan perkataan Allah di sini?). Walaupun pernah membacanya, masih ada banyak perkara yang saya tidak faham mengenai ajaran Islam; mungkin sebab itulah sehingga kini saya tetap tergolong dalam kategori seorang yang kafir.

Soalan 1: Perkara-perkara haram.

Mengapa umat Islam mempunyai perasaan berbeza terhadap perkara-perkara dan benda-benda yang dikelaskan sebagai haram di dalam ajaran Islam? Umpamanya – mengapa umat Islam lebih senang merasa jijik dan mempunyai ketahanan diri yang jauh lebih tinggi terhadap binatang haram seperti khinzir daripada perkara-perkara seperti rasuah, berjudi, berminum arak dan berzina sedangkan perkara-perkara ini sama haramnya di sisi agama Islam?

Adakah fenomena ini berlaku disebabkan budaya kita yang suka untuk membezakan bangsa atau kesilapan proses pengajaran dan penghayatan terhadap agama Islam itu sendiri? Bagaimana ustaz-ustaz sekalian boleh memperbetulkan keadaan ini supaya umat-umat Islam boleh menjauhkan diri dan merasa jijik terhadap benda-benda haram secara sama rata tanpa ada tafsiran tersendiri?

Soalan 2: Persoalan mengenai khutbah.

Di sini saya ingin memberikan satu senario untuk dibahaskan bersama ustaz-ustaz sekalian. Setahu saya, ramai ustaz yang memberikan ceramah agama di masjid-masjid. Persoalan pertama saya, adakah ustaz-ustaz menyediakan khutbah-khutbah itu sendiri ataupun khutbah ini telah disediakan oleh orang lain untuk dibaca ustaz-ustaz sekalian sahaja?

Andai kata jikalau khutbah yang disediakan (sama ada sendiri ataupun orang lain) itu bermasalah dan mempunyai unsur menyeleweng daripada agama Islam, apakah hukum dan tahap dosanya terhadap ustaz-ustaz yang masih sanggup membacanya kepada para hadirin solat sekalian kerana takut dikenakan hukuman manusia seperti penarik-balikan sijil tauliah mereka?

Jika benar perkara di atas berlaku, apakah yang perlu dilakukan oleh ustaz-ustaz untuk mengatasi masalah di atas dalam membendung terlahirnya lebih banyak umat Islam yang berfikiran sempit di dunia ini?

Soalan 3: Kalimah Allah dan nama baik Islam.


Pada pendapat saya, sebuah negara yang majoritinya Muslim perlu sentiasa kelihatan bersih, amanah, cekap dan berintegriti di mata rakyat dan juga dunia. Sebarang kecalaran pada imej negara tersebut akibat amalan rasuah yang berleluasa, kroniisme, nepotisme dan tidak menghormati undang-undang patut dilihat sebagai satu penghinaan besar terhadap nama baik Islam. Sedihnya, sehingga kini tidak banyak pertubuhan gerakan Islam (selain PAS) menggerakkan jentera untuk membantah atau memboikot parti pemimpin yang merosakkan nama baik Islam.

Dalam isu kalimah Allah ini pula, umat-umat Islam negara kita telahpun mula menggerakkan bantahan demi bantahan sekitar negara dengan alasan untuk menjaga kalimah Allah daripada dihina dan disalahgunakan. Semangat “sediakan payung sebelum hujan” di sini amatlah dikagumkan, tapi perkara ini juga amat membinggungkan banyak orang kafir seperti saya, kerana, kebanyakan kami hairan mengapa pula semangat yang membara ini tidak wujud dalam hal isu menjaga nama baik Islam daripada dikaitkan dengan amalan rasuah, kroniisme dan nepotisme yang dipraktikkan secara terang-terangan oleh pemimpin-pemimpin negara kita.

Wahai ustaz-ustaz PAS sekalian,


Mengapa umat Islam tidak pula mempunyai semangat yang membara (seperti semangat yang ditunjukkan dalam mempertahankan kalimah Allah daripada disalahgunakan) terhadap penghinaan terhadap nama baik Islam akibat perbuatan pemimpin-pemimpin Muslim yang jauh menyeleweng daripada ajaran Islam walaupun setelah 29 tahun lamanya? Adakah ini menunjukkan nama baik Islam tidak lebih penting daripada kalimah Allah? Saya rasa sudah tentu tidak, akan tetapi saya tidak tahu di mana silapnya. Adakah ustaz-ustaz sekalian tahu jawapannya?

Sekiranya semangat yang membara dalam menjaga kalimah Allah ini dapat diaplikasikan oleh umat Islam secara sama rata dalam hal penjagaan nama baik Islam daripada diseleweng pemimpin-pemimpin negara yang jahat; sudah pasti kejadian-kejadian seperti kehilangan enjin pesawat, kematian saksi di MACC, bumbung-bumbung bangunan yang sering keruntuhan, skandal kes pembunuhan, pembelian RM42,000 untuk komputer dan katak-katak diutamakan daripada rakyat tidak akan berlaku. Betul tak?

Itulah sahaja soalan-soalan daripada saya pada masa ini. Diharap dapat mendengar jawapan daripada ustaz-ustaz PAS yang sudi menjawab. Saya memohon beribu ampun sekiranya terdapat silap bahasa dan ketelanjuran ayat-ayat saya yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Buku ilmiah dibawa belayar,
Untuk dibaca mencari tema,
Niat saya mahu belajar,
Bertanya demi muafakat bersama.

-------------------------------------------
Li Fook Gao @ Tohkong Mosjid

MINUM PETANG PELAJAR ASRAMA DIMANSUHKAN?

Saya mendapat maklumat bahawa pihak berkenaan telah memansuhkan minum petang di asrama-asrama sekolah rancangan khas dan agama di seluruh negeri Melaka.

Seorang penjaga murid, Mat Yan, 42 dari Bukit Baru kesal dengan tindakan pihak berkenaan memberhentikan program minum petang ini kerana ianya sudah tentu menjejaskan kesejahteraan murid yang sudah biasa minum petang.
"Mengapa program ini diberhentikan, adakah untuk menjimatkan kos sehingga mengorbankan keselesaan dan kesejahteraan anak-anak untuk belajar dan beriadah" ujar Mat Yan.
"Takkan kerajaan dah tak ada duit kot, kalau tak ada duit pun janganlah bebankan murid dan penjaganya pula" ujar Mat Yan.

KENYATAAN BERANI TERBUKA DAN BERTANGGUNGJAWAB

Mesyuarat PAS Pusat semalam telah menghasilkan keputusan yang positif berhubung isu penggunaan nama Allah oleh majalah Herald the catholic weekly. PAS ternyata matang dan bertanggungjawab dalam menangani apa juga isu dengan tidak menggadaikan prinsip Islam yang dipegangnya.

PAS melihat isu ini adalah isu sensitif yang tidak sepatutnya dipolitikkan dan tidak digunakan untuk meraih sokongan secara murahan.

Tahniah di atas kematangan dan ketelusan serta keikhlasan yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin PAS.

Berikut adalah kenyataan penuh mengenai pendirian PAS dalam isu berkenaan:

PAS sebagai sebuah parti Islam amat menghormati prinsip kebebasan beragama sepertimana yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama, melainkan ia merupakan pilihan sendiri. Prinsip kebebasan beragama ini juga telah dimaktub dalam perkara 11
Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun demikian, dalam kontak masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira di atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian berbagai kaum dan agama. Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini.

PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.

PAS dengan tegasnya ingin menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat.

PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan dan dijamin oleh Islam
.

04 January 2010

HEBAT : 'PREBET' JUAL ENJIN

Malaysia antara negara paling pelik di dunia apabila 'Prebet' atau askar berpangkat rendah boleh meloloskan enjin jet di jual ke luar negeri.
Biasanya kita tahu anggota berpangkat rendah ini tidak boleh 'speaking' dengan baik bagaimana mereka boleh berurusan untuk menjual enjin tersebut.
Biasanya 'prebet' ini tiada akses untuk masuk tempat-tempat sulit dan terlarang.
Tapi lain pula di Malaysia ini. 'Prebet' dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya pula berjaya mencuri enjin dan memperdayakan boss-boss mereka. Hairan.
Tapi itulah kenyataan pelik yang dilaporkan media hari ini di mana Peguam Negara, Abdul Gani Patail mendedahkan bahawa tidak ada pegawai kanan tentera udara yang terbabit dalam kecurian dua enjin jet pejuang F-5E milik TUDM dari pangkalan tentera di Sungai Besi pada 2007.

Katanya, hanya anggota pangkat rendah yang terbabit dalam kehilangan enjin buatan Amerika Syarikat yang bernilai RM100 juta itu.

Tambahnya mereka akan didakwa tidak lama lagi.

"Siasatan masih dijalankan," kata Abdul Gani dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya.

Beliau tidak mendedahkan berapa ramai yang disoalsiasat oleh pihak polis.

Beliau juga mendedahkan bahawa destinasi terakhir dua enjin tersebut dibawa ialah Uruguay.

Abdul Gani tidak pasti sama ada enjin itu masih berada di sana atau sama ada telah dipindahkan ke tempat lain.

"Keutamaan sekarang ialah mencari enjin tersebut," katanya.

PELIK WAL AJAIB.

ISU PERKATAAN ALLAH DAN GOLONGAN MUNAFIK

Keputusan 31 Disember tentang penggunaan kalimat Allah oleh Mahkamah Tinggi menutup tirai tahun 2009 dan membuka 2010 dengan penuh kontraversi. Mungkin tidak sehebat jet engine hilang atau gula naik 20sen. Tetapi isu ini telah menjadi sepak mula arena isu di negara ini semenjak 1 Jan lagi.

Saya boleh memahami mengapa ianya menjadi isu yang menarik, kerana di Malaysia apa sahaja yang berbau sensitif pasti akan menarik minat pihak tertentu, apatah lagi pihak tertentu mempunyai agenda tersendiri dalam keadaan mereka mendapati diri mereka sempit dan tidak boleh bernafas dengan kemunculan wajah baru politik Malaysia.

Malangnya ramai yang menjadi mangsa kepada golongan desperado ini. Walaupun mangsa golongan tersepit yang menggunakan isu kalimah Allah ini untuk survival politik mereka dieksploitasikan namun, garisan penghujahan jika diteliti berbeza antara yang berkepentingan dan mereka yang melihat secara objektif dalam permasalahan yang timbul.

Saya meneliti garis penghujahan yang menentang keputusan Hakim Lau tempoh hari mempunyai rasionalnya tersendiri dan perlu diambil kira pandangannya. Apa yang saya tidak berminat untuk melihat ialah pihak tertentu yang hanya mengambil kesempatan dengan apa yang ada dan sekaligus menunjukkan sikap hipokrasi mereka dan double standards yang memualkan lagi menjijikkan.

Kerana golongan hipokrit ini bahaya kepada pembentukan masa hadapan politik Malaysia saya terpaksa dedahkan topeng sebenar mereka yang jelas tidak konsisten dalam “perjuangan” mereka.

Antaranya ialah golongan inilah yang yang satu ketika dahulu pernah mencadangkan supaya nama Islam dibuang dari dikaitkan kepada mana-mana pertubuhan kerana “menggunakan Islam” untuk kepentingan. Cadangan ini menjadikan umat Islam marah kerana menganggap nama Islam itulah yang memberikan keistimewaan sesebuah pertubuhan untuk dikenali identitinya, sama jika ianya sebuah pertubuhan yang identitinya Kristian atau Buddha.

Alhamdulillah, Raja-Raja Melayu menolak cadangan ini bahkan menggalakkan supaya nama Islam dalam pertubuhan digunakan. Asal cadangan ini kerana mereka mahu mengharamkan PAS dari menggunakan nama yang begitu sinonim dengan rakyat Malaysia iaitu Parti Islam Se Malaysia, mungkin mereka cemburu kerana Umno tidak ada sinonim itu.

Golongan ini jugalah yang tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja dan Persatuan Peguam Syari’e serta para ulamak tergesa-gesa membuat keputusan tentang hak penjagaan anak yang ibubapanya tukar agama mengikut agama asal ibu-bapa. Arahan ini adalah satu kebiadaban kepada undang-undang yang sedia ada kerana mereka telah mencampuri urusan Legaslatif yang tidakpun dibawa untuk berbincang.

Akhirnya Raja-Raja Melayu menolak untuk dibawa ke perbahasan kerana ia bertentangan dengan enakmen-enakmen yang tersedia ada di negeri masing-masing dan bertentangan dengan kehendak perlembagaan.

Begitu juga golongan ini yang menjadi parti pemerintah di peringkat Federal, masih belum mampu “menyebat” Kartika yang sudah puas menanti bilakah dia akan disebat, mereka mempertahankan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, tetapi peruntukan undang-undang Islam yang sedia ada iaitu sebatan enam rotan ke atas Kartika yang rela disebat pun hingga hari ini tak dapat dijalankan?

Berlatarbelakangkan sikap golongan opportunis ini, seseorang tidak dapat menahan diri untuk bertanya mengapa kali ini mereka seolah-olah menjadi juara pula nak mempertahankan kalimah Allah supaya tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, bukankah usaha satu ketika dahulu membuang nama Islam kepada pertubuhan satu cadangan yang lebih teruk daripada isu kalimat “Allah?”

Kalau melarang bukan Islam menggunakan perkataan Allah, apa halnya melarang orang Islam sendiri untuk menggunakan nama Islam kepada pertubuhan mereka? Kalau mereka mendakwa nama Allah akan menghina umat Islam, apakah yang lebih hina kalau peruntukan syariat yang dah sedia ada pun mereka tak dapat laksanakan?

Jika mereka mendakwa penggunaan itu akan menimbulkan keadaan tidak sihat, apa pula yang sihatnya kalau Kabinet dari parti sempit ini melanggar sempadan Legaslatif tanpa dibawa perbincangan?

Manakala garis penghujjahan seolah dilihat sama oleh mereka yang menentang penggunaan kalimat Allah, tetapi jelas matlamat dan kesempatan yang dicari darinya berbeza. Saya memahami beberapa argumen dari PGSRM, contohnya, begitu juga JIM dan Abim, mereka ini berhujjah secara objektif dan jauh dari penghujjahan golongan sempit perkauman dan provokatis dan mereka yang sama waktu dengannya.

Respons kepada keputusan Hakim Lau secara spontan dibalas dengan logic perundangan. Saya memahami intepretasi artikel 3, artikel 11 (4), 12 (2), 130 dan 121 (1A), bagi saya itu adalah aspek penghujahan berperlembagaan yang praktikal dan ada local standinya. Terpulanglah sejauhmana hujah rayuan nanti yang akan dinilai secara perundangan dengan ruh perlembagaan dan adat resam sebagai latarnya.

Bagi saya kumpulan ini hanya menjalankan tugas dan tanggungjawab cuba memahami intepretasi peruntukan Perlembagaan dengan cara yang professional. Ini akan membantu mematangkan kefahaman kita kepada Perlembagaan Persekutuan yang sifatnya sentiasa terdedah kepada makna-makna baru bagi membuktikan ianya memang satu dokumen besar rakyat ini yang tanpanya tiadalah Malaysia hari ini.

Ada satu lagi masalah yang perlu digarap iaitu, apakah hukum Islam dalam penggunaan kalimat Allah bagi bukan Islam. Dalil yang menunjukkan keharusannya lebih kukuh daripada mengharamkannya. Ini adalah kerana untuk mengharamkan sesuatu ia perlu kepada ketegasan tanpa ta’wilan, manakala yang mengharuskannya, tidak pula ada ta’wilan kepadanya seperti dalam surah Az Zukhruf ayat 87-89. Oleh itu tanpa niat dan alasan menghina kalimat Allah hukum menurut Islam tiada halangan.

Adapun apakah makna dan mafhum Allah itu adalah akademik dan terdedah kepada wacana yang penghujungnya akan membuktikan konsep ketuhanan masing-masing jika ada pun perdebatan. Tanpa perdebatan pun pandangan tentang maksud “Allah” menurut fahaman masing-masing adalah dalam hal rumahtangga masing-masing “La Ikraha Fid Din”

Andaian-andaian tentang kekeliruan nanti, usaha menyebar dan pengaruh agama Kristian hanyalah kebimbangan-kebimbangan yang memang biasa kerana mahu mempertahankan agama masing-masing, namun kebimbangan tidak mampu menyelesaikan masalah, yang perlu ada kepada umat Islam ialah KEYAKINAN DIRI DAN KEIMANAN bahawa bukan penggunaan kalimat Allah oleh orang Kristian yang akan melemahkan kita tetapi persoalannya apakah Tauhid dan Penghayatannya telah benar meresap ke dalam jiwa umat Islam, bagi saya kelemahan untuk menghayati makna Tauhid dalam kehidupanlah yang perlu dibimbangi oleh umat Islam!

Apa sikap saya? Saya mengatakan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dari segi syara’ tiada masalah, tetapi saya turut menghormati perlembagaan dan peruntukannya dalam memberi hak kepada sesiapa untuk mempertahankan pandangannya secara perundangan, tetapi yang pasti saya amat membenci golongan “munafiq” yang berhujah “atas kebenaran” untuk matlamat kebatilan, iaitu mencapai maksud politik sempit, opportunis dan musang berbulu ayam.

Saya lebih sedih ramai yang menjadi mangsa. Lagipun pertembungan perundangan belum berakhir, kita tunggu dan lihat, pada waktu yang sama

“JAGA-JAGA DARI KUMPULAN MUNAFIQ YANG MENCARI MANGSA YANG TIDAK BERDOSA”

Oleh YB Dr Mujahid Ar Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar, AJK PAS Pusat dipetik dari Malaysiainsider.

TAHNIAH ABU KASSIM : MOGA SPRM LEBIH BERINTEGRITI

Kandungan :-

1) Ucapan tahniah buat Pesuruhjaya SPRM yang baru Datuk Abu Kassim Mohamed

2) Ucapan tahniah buat kerajaan, Polis dan rakyat Kelantan

3) Pilihanraya Kampus mesti telus dan professional.

ULASAN ISU TERKINI : ISU NAMA ALLAH DAN CAMPURTANGAN POLITIK DI SURAU

Ralat : Dalam video disebut 4 Januari 2009 sebenarnya ialah 4 Januari 2010.


ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH : JANGAN LUPA ISU LAIN

Isu penggunaan nama Allah oleh majalah Herald - The Catholic Weekly menenggelamkan isu lain yang juga menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia.
Antaranya isu yang membelenggu rakyat ialah :-
1) Isu bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat akibat kenaikan harga gula
2) Isu penjualan enjin jet F5E
3) Isu PKFZ
4) Isu kemelut MCA
5) Isu kematian Beng Hock
6) Isu Altantuya
7) Isu VK Linggam
7) dan lain-lain
Kita tidak menafikan bahawa kerajaan mesti menyelesaikan isu penggunaan nama Allah secepat mungkin tetapi pada masa yang sama rakyat jangan lupa tetapi isu-isu lain yang sebahagian sudah berlanjutan sejak sekian lama masih gagal ditangani atau diselesaikan.
Jangan kita mudah lupa dengan isu-isu yang jelas sangat penting yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat, keselamatan negara, imej dan kedaulatan negara serta lain-lain.

JENAYAH MENURUN DI KELANTAN

Kadar indeks jenayah di Kelantan mencatatkan penurunan sebanyak enam peratus atau 7,306 kes tahun lepas berbanding 7,749 kes pada tahun sebelumnya. Kenyataannya dinyatakan oleh Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi yang saya petik dari Bernama hari ini.
Tahniah kepada kerajaan negeri, pihak Polis dan rakyat Kelantan di atas kejayaan menurunkan kadar jenayah di Kelantan.

BANJIR DAH 10 TAHUN BARU SEKARANG NAK ATASI

Pelbagai pihak menyifatkan kerajaan negeri Melaka lemah dan gagal menangani masalah banjir yang berlanjutan lebih 10tahun.
"Nampaknya kerajaan negeri lewat 10 tahun bertindak, baru sekarang mereka bertindak sedangkan rakyat sudah menderita sejak sekian lama".
"Mengapa baru sekarang kerajaan BN sedar sedangkan kami sudah lama menderita" kata seorang penduduk di sekitar Taman Harta Pertama yang dikenali dengan nama Mat Yan.
Seorang penduduk Bukit Baru, Amid Wahab berkata kerajaan sepatutnya sudah lama mengatasi masalah tersebut kerana ianya bukan masalah baru tetapi sudah berlarutan selama 10 tahun.
"Kami penduduk Bukit Baru memang sudah lama menghadapi masalah tetapi aduan kami kepada pihak berwajib tidak mendapat tindakan segera" katanya kesal.
Semalam Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata masalah banjir kilat yang sering dihadapi penduduk Taman Harta Pertama di Bukit Baru dianggap sebagai selesai memandangkan pelbagai usaha sudah diambil kerajaan untuk mengatasinya.

Ketua Menteri berkata, kerja-kerja pembinaan parit dan longkang di kawasan berkenaan sudah berjaya disiapkan dan ia dijangka akan dapat membantu dalam mengelakkan kejadian serupa berulang.

SURAU TERUS DIPOLITIKKAN UMNO

Surau di negeri Melaka ini terus menjadi alat politik Umno. Beberapa minggu lalu 3 orang Imam Surau An Najihin Batu Berendam meletakkan jawatan selepas solat Jumaat selepas tidak tahan dengan campurtangan politik.

Semalam dalam tinjauan saya di Kampung Bukit Baru Dalam, Umno tanpa segan silu mengibarkan bendera parti itu di kawasan surau iaitu di tiang bendera surau. (gambar).

Inilah yang dikatakan surau dicemari dengan politik kepartian yang selama ini dikaitkan dengan PAS sedangkan yang sebenarnya Umnolah yang menggunakan politik untuk mencengkam pentadbiran surau dan kariahnya.
Jadi kita mengharapkan selepas ini Umno tidak lagi mencampuri urusan surau dengan politik kepartian mereka yang akhirnya memecahbelahkan masyarakat. Juga kita menyeru kepada Umno seluruh negeri Melaka supaya tidak memasang bendera Umno di kawasan premis awam seperti surau, masjid, balai raya dan lain-lain.

MELAKA MAJU 2010 : RAKYAT MENUMPANG TANAH REZAB KUBUR JEPUN

Negeri Melaka dikatakan mencapai taraf negeri maju pada 2010. Namun dari tinjauan saya di Kampung Bukit Baru Dalam semalam, masih ada rakyat yang menumpang di tanah rezab kubur tentera Jepun di kampung tersebut.
Kampung ini terletak dalam DUN Bukit Baru yang diwakili oleh Ketua Menteri Melaka.
Rumah salah seorang penduduk kampung tersebut terletak betul-betul ditepi pagar Perkuburan Tentera Jepun tersebut (gambar).

Di harapkan pihak berkenaan dapat memberikan bantuan kepada sahabat kita ini yang terpaksa menumpang di kawasan tersebut.

Jangan negeri sahaja dikatakan maju tetapi rakyat masih mundur dan miskin.

GIATKAN USAHA BEBASKAN MELAKA DARI BN

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman menyeru seluruh jentera PAS dan penyokongnya menggiatkan usaha menyedarkan rakyat negeri Melaka tentang penyelewengan dan kebobrokan Umno/BN yang memerintah Melaka sejak lebih 50 tahun dahulu.
Menurut Ustaz Ghani banyak sekali kepincangan yang dilakukan oleh kerajaan BN Melaka seperti yang dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara 2008.
Antaranya penyelewengan wang peruntukan untuk sekolah agama dan lain-lain.
Perkara itu dapat diperolehi dengan lengkap jika kita meneliti Laporan Ketua Audit Negara 2008. Tuan-tuan boleh memperolehinya dari laman http:// http://www.audit.gov.my/ sila rujuk laporan untuk negeri Melaka.

03 January 2010

KENYATAAN MEDIA HARI INI



Kenyataan media berhubung isu Menteri Besar bukan Melayu dan kenaikan harga gula.

GULA NAIK 20 SEN BEBANKAN RAKYAT

Rakyat sudah pasti terbeban dengan kenaikan harga gula 20 sen baru-baru ini. Kita semua faham apabila sesuatu barangan itu naik harganya sudah pasti ianya akan menyebabkan harga barangan yang berkaitan dengannya juga akan naik.

Ekoran dari kenaikan harga gula ini sudah pasti makanan lain yang menggunakan gula sebagai kandungannya akan juga naik disebabkan kos bahan mentahnya iaitu gula naik.

Kenyataan bahawa kerajaan akan memantau dan memastikan harga barangan lain tidak naik adalah kenyataan yang hanya untuk menyedapkan hati rakyat.

Sudah banyak kali kerajaan memberikan jaminan sedemikian apabila harga barang naik tetapi jaminan itu hanya tinggal jaminan sahaja di mana akhirnya kerajaan gagal mengawal kenaikan harga barangan ini.

Saya yakin selepas ini akan berlaku kenaikan harga barangan yang berasaskan gula tanpa kawalan di mana kerajaan gagal mengawalnya. Jadi akhirnya rakyat terbanyak akan menjadi mangsa sekali lagi.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter