Apa lagi yang boleh kita ungkapkan selain tergambar di dalam minda kita bahawa manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya apabila sanggup melakukan kekejaman tanpa rasa kasihan belas terhadap sesama manusia.Lebih memilukan, kesemua mangsa itu sebenarnya bukanlah individu yang mampu bertindak melawan apabila tiga daripadanya adalah warga emas dan seorang lagi wanita yang lemah.
Inilah bala Allah ke atas negara kita sekarang. Indeks jenayah semakin meningkat, perasaan belas dan kemanusia sudah tercabut di hati manusia. Semuanya ini ada sebab dan musababnya mengapa Allah menurunkan bala sedemikian. Kita semua samada kerajaan atau rakyat mesti memuhasabah diri kita sendiri apa kesalahan yang mungkin kita lakukan?
Malangnya pemerintah dan rakyat masih belum sedar dan sentiasa menjauhi kebenaran dan petunjuk Allah. Al Qur'an yang sepatutnya menjadi rujukan dan amalan dipinggirkan hanya sekadar untuk musabaqah tahunan. Undang-undang Islam jauh sekali untuk dikanunkan sebaliknya ia dicemuh dan dihina. Kerajaan terus mendaulatkan slogan-slogan yang jauh malah menyimpang dari Islam.
Saya mendoakan agar pimpinan dan rakyat negara kita kembali insaf dan sedar betapa pentingnya kita kembali kepada Islam agar kita semua selamat dan dipelihara oleh Allah.
Comments