ISU ENJIT JET : TUBUHKAN SEGERA SURUHANJAYA DIRAJA

Pengumuman Peguam Negara bahawa tidak ada pegawai atasan tentera dan ahli politik terlibat di dalam kes penjualan enjin jet F5E 2 hari lepas tidak diterima oleh banyak pihak. Ada pihak yang menyifatkan ianya seperti cerita lawak dan sarkas.

Bagi mereka tidak munasabah enjin jet pejuang negara yang begitu sulit boleh terlolos keluar dengan begitu mudah dengan hanya melibat anggota tentera berpangkat sarjan ke bawah.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pengumuman itu menggemparkan negara dan tanpa penjelasan pihak kerajaan, ia dikhuatiri menimbulkan syak wujudkan konspirasi untuk melindungi pihak atasan, termasuk pemimpin politik.

Beliau berkata bagaimana Peguam Negara boleh membuat ‘kesimpulan’ tiada penglibatan pegawai atasan dalam kes itu, sedangkan polis memberitahu siasatan masih berjalan?

Menurutnya hasil siasatan itu seperti 'cerita lawak' dan tidak munasabah. Bagaimana pegawai bawahan boleh mencuri dan menjual enjin pesawat ke luar negara? Adakah perkara itu boleh berlaku dengan mudah jika tiada campur tangan pihak atasan soalnya ketika dihubungi media semalam.

Sehubungan dengan itu saya menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu ini kerana rakyat tidak yakin dengan kewibawaan pasukan penyiasat yang ada sekarang lebih-lebih lagi hasil penyiasatan tersebut disangsikan banyak pihak dan ianya disifatkan lucu bagaikan cerita lawak.

Kita berdepan dengan banyak pengalaman sebelum ini seperti dalam kes mata lebam Anwar di mana hanya Suruhanjaya Diraja sahaja yang berjaya membongkar siapa terlibat dan bersalah sedangkan penyiasatan sebelumnya gagal mencari punca dan pesalahnya.

Jadi rakyat sebenarnya mahu suatu siasatan yang menyeluruh melibatkan pegawai tentera, pegawai-pegawai agensi yang terbabit serta menteri-menteri yang bertanggungjawab terhadap Kementerian Pertahanan dan TUDM. Sudah pasti jika bukan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat isu ini maka dikhuatiri pasukan penyiasat itu tidak mampu dan takut untuk menyiasat pegawai atasan dan menteri-menteri berkenaan.

Gambar atas sekadar hiasan

Comments

Anonymous said…
Ini bukan cerita lawak. Ini menunjukan bagaimana ANgkatan TUDM kita mempunyai general yang bahlol dan bengap bolih di tipu dengan mereka dalam pangkat rendah.
Saudara bayangkan kebodohan Panglima ATM sendiri yang tidak tahu bahawa injin yang sudah 30 tahun masih berharga 50 juta. Panglima ATM adalah Panglima Tentera Udara semasa injin tu hilang tetapi dia senyap sahaja sebab nak jadi Panglima ATM- ada apa apa ka? Yang jadi general jaga store yang injin hilang pun depa naik kan pangkat, apa pasal orang tak competent yang tak tahu jaga harta negara bolih naik pangkat?
Bila depa ni nak letak jawatan!!!!!! sebab bangang dan bahlol.