MELAKA MAJU 2010 : RAKYAT MENUMPANG TANAH REZAB KUBUR JEPUN

Negeri Melaka dikatakan mencapai taraf negeri maju pada 2010. Namun dari tinjauan saya di Kampung Bukit Baru Dalam semalam, masih ada rakyat yang menumpang di tanah rezab kubur tentera Jepun di kampung tersebut.
Kampung ini terletak dalam DUN Bukit Baru yang diwakili oleh Ketua Menteri Melaka.
Rumah salah seorang penduduk kampung tersebut terletak betul-betul ditepi pagar Perkuburan Tentera Jepun tersebut (gambar).

Di harapkan pihak berkenaan dapat memberikan bantuan kepada sahabat kita ini yang terpaksa menumpang di kawasan tersebut.

Jangan negeri sahaja dikatakan maju tetapi rakyat masih mundur dan miskin.

Comments

Anonymous said…
MUNGKIN orang tu yang menumpang tanah haram tu. Org tu MUNGKIN berduit tapi suka duduk kt tanah haram. Cuba siasat mana tau MUNGKIN dia ada lesen kontraktor tapi di Ali Babakan. Depan rumah dia MUNGKIN ada Pajero ke. MUNGKIN setiap bulan ada kontraktor hantar duit pada dia ke. Cuba siasat keMUNGKINan yang MUNGKIN berlaku dahulu.
Anonymous said…
Mane ko tahu umah 2 ade pajero.....??? wah kuat gak spy2 kat pas nyh erk....